Tuesday, April 23, 2013

RESEPI : MEE GORENG ALA KAMPUNG

Assalamualaikum ...





Pagi-pagi aku dah up resepi. Teringat zaman-zaman kegemilangan aku dok share resepi dengan korang. Walaupun resepi biasa-biasa dan sebenarnya untuk tatapan dan rujukan aku je, tapi ada juga yang sudi mencuba resepi tak seberapa aku tuh .... Sama-sama belajar, sama-sama mencuba!


Aku kan skang dah jarang masak. Aku dah khabarkan sebelum nie. Jarang sangat dah skang nak kentang kentung kuali dan sudip. Bukan malas, tapi non hado orang nak makan. Semalam, di kalau hujan lebat .... teringin pula nak masak. Menu semalam adalah mee goreng ala kampung. Walhal masa aku buat lawatan tapak, tengahari tu dah makan mee goreng mamak. Balik rumah nak try lagi mee goreng ala kampung. Kira cam Melayu style la. Dulu, aku rajin masa mee goreng nie. Tapi orang kata mee ni angin badan kalau makan, so aku kuranglah masak mee. Kalau teringin je aku buatkan. 


Celoteh panjang pun tak guna. Kang aku merapu je lebih. Niat aku pagi nie nak share resepi mee goreng ala kampung. Resepi campak asal jadi rekaan aku. hu hu plus tunjuk ajar mak dulu-dulu. Aku tahu korang pun dah pandai buat mee goreng. Mesti sedap dari aku punya. Tapi aku just nak share style aku goreng je pun. Bahan mesti lebih kurang juga macam korang pernah buat ....


Mee goreng macam-macam ada


Resepi : Mee Goreng Ala Kampung
Sumber : Bonda Cik Kamoo


Bahan-bahan

  • Sebungkus mee kuning
  • Daun sawi - potong siap 
  • Daun bawang - potong siap
  • 5 ekor sotong saiz sederhana - potong bentuk ring
  • 6 ekor udang saiz sederhana
  • Setengah bungkus fishball
  • 3 sudu besar cili boh - aku guna jenama Puteri
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • Sedikit belacan - ramas dengan air
  • Perahan limau kasturi - 2 biji
  • 2 ulas bawang merah dan bawang putih - dimayang halus
  • Minyak untuk menumis


Cara memasak ;

  • Tumis bawang merah dan putih. Tunggu sehingga kekuningan.
  • Bancuhkan cili boh, sos tiram, sos ikan, gula, serbuk perasa, perahan limau, gula dan kicap manis. bancuh dengan sedikit air panas dan gaul sebati.
  • Bila bawang dah sedikit kekuningan masukkan campuran pelbagai cili boh dan sos tadi ....
  • Balik-balikkan sehingga cili masak. Nampak dah naik minyak tu, tunggu dalam 5 minit ... kira dah masak lah. Rasa dulu, kalau semua rasa dah okeh ... baru boleh masukkan ....
  • Masukkan sotong, udang dan fishball .... balik-balikkan sehingga ia sederhana masak. Jangan masak sangat nanti tak manis dan tak sedap.
  • Masukkan mee dan goreng-gorengkan sehingga agak-agak garing tapi tak kering
  • Akhir sekali masukkan potongan sawi dan daun bawang. Goreng sebentar. Sayur jangan terlalu layu, nanti rasa dah tak best.
  • Bila dah rasa sebati semua, tutup api dan siap untuk dihidang.



Resepi mudah aku pagi nie. Selamat mencuba!

 

CK : Tak diet lagi ... he he he! Mentang-mentanglah dah sedikit maintain, lupa diri! Walhal perut dah berlipat

14 comments:

  1. Assalam,pagi-pagi nampak resepi ni terus lapar,hehe..thanks utk resepi ni :)

    ReplyDelete
  2. dah lama x makan mee...sedap nya mau2 ada udang...

    sos ikan tu cmne ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. sos ikan tu dia cair drp kicap...warna lebih cerah dri kicap...ada jual kat tesco

      Delete
  3. memang suka mee yang mcm ni compare ngan mee mamak kat penang ni.

    alahai rasa mcm nak goreng mee lak la malam ni.

    ReplyDelete
  4. wow!! perah asam limau sket buleh?? hehe

    ReplyDelete
  5. udang yang buat dia nampak special tu..heheh

    ReplyDelete
  6. sambil makan mee ni, sambil komen, memang sedap!!! TQ. : )

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. belacan masukkan dgn bancuhan cili boh... lupa lak nk tulis ar

      Delete
  8. Makanan kegemaran saya..tapi x penah confident nak masak sendiri..
    tapi, tgk resepi ni macam simple je..nak try la..harap2 menjadila..hehe

    Jemput ke blog saya

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~ perkongsian tentang kisah hidup, anak2, aktiviti seharian, tips kesihatan, kecantikan dan lain2..

    Moga dapat manfaat daripadanya..insyaAllah..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!