Weekend aku suami isteri sentiasa penuh.
Amat jarang dapat stay at home bermanja-manjaan. Memang tak dapek leer. Asyik
keluar kawasan memanjang. Selalunya kalau tak balik rumah mertua, pasti kena
teman hasben untuk urusan kerja dia. Paling kurang balik rumah mertua sebulan
dua kali. Dah dokek kan ... konolah balik. Tak pun aku yang kena keje weekend.
Itu yang badan aku rasa penat dan lotih. Haiih rumah pun kemas gitu gitu je
takde berhias bagai. Sekali pandang cam rumah org bujang pun ada.
Macam weekend baru ni, hari Sabtu aku pi
wedding adik kepada kawan hasben. Jauh pulak tu. Dekat Rembau, N. sembilan tak
salah aku. Kawasan dia memang kampung betul. Jalan pun boleh masuk ngam ngam
satu kete je. Kalau ada kenderaan lain arah bertentangan dah kita kena
menyimpang dan berhenti tepi jalan dulu. Cuma suasana kampung tu yang
mendamaikan. Syiiiooook!
Menu wedding ayam masak lomak cili api,
kari daging kobau dan sup sayur suhun serta fuchuk. Kari daging kobau dia
sedap. Daging pun fresh. Yolah, somboleh kobau sekor ... dah tu orang kampung
lak masak. Dari niat hati taknak makan nasi ... ambik juga sejomput. Apapun
lebih ratah lauk pauk la. Nasi tu buat alas poghut jo, dah perjalanan jauh
bonar! Poie lapa balik pun lapa.
Tapi malangnye, kerana majlis kahwin tu ... aku dan hasben kena cirit birit. Hasben takdelah teruk sangat. Yang paling teruk aku. Hazabnye la hai. Tak tahulah sebab makanan daj tercemar atau sebab air sirap tu guna air paip. Belas-belas kali aku ulang pi toilet semalam. Sampai lembik satu badan. Malamnye tu aku tak boleh tidor. Asyik ulang alik bawa diri ke toilet. Hasben aku nak tido pun tak sonang. Yolah, orang rumah dia setiap jam akan terjaga je. Mata mula nak lelap ... dah merengek sakit. Rasa memulas je terus berdesup pi cari toilet. Pagi Ahad tu, aku tidur setengah hari. Cover tidur, sebab semalaman aku tak tidur. Hasben pulak sakit dia kejap-kejap je, takdelah seteruk aku. Dia pun ulang alik toilet juga, cuma tak kritikal. Aku ni sampai berry pun dah takde apa yang keluar. Tinggal air je. Badan dah jadi lembik. Petang Ahad tu, hasben aku pi beli 100plus, bagi aku bertenaga sket.
Makan sedap. Tapi tang sakit tuh rasa mak aih ... azab bebenor! Sudahnya hari ini hasben bawa aku pi klinik. Dapatlah MC sehari. Doktor tu pun gelakkan aku sebab aku cerita kat dia, "Semalam dah 15 kali saya ulang alik toilet, pagi ni je 4 kali!". Takdenya aku buat muke kesian nak minta MC, dah memang sakit. Aku terus cakap yang hari ini aku dah tak berdaya nak pergi kerja. Dapatlah sehari MC. Tengahari tadi dah makan ubat. Skang baru bermaya bangun, relaks-relaks, layan tv dan apalagi ... hasben keje, meh kita update blog sat. he he he
(Hasben aku cukup tak suke aku edit gambar combine camni. Dia suke kalau aku edit sesatu. Lotih makcik!)
Hasben aku asyik cakap, " dah susut badan sayang ...!". Lawak ke der?
p/s : Baru 24jam cirit birit aku dah rasa badan dah susut sket. Kalau hari2 bolehlah kurus ... kah kah kah! Kurus dengan cara yang menyeksakan.
Atau...perut dah lapar baru makan. Kadang2 perut kosong, dah start gastrik punya acid keluar dalam usus. Bila makan, menu semuanya pedas, keras2 dan makan dengan laju sebab lapar. So, cirit tu adalah salah satu simptom gastrik juga sebenarnya.
ReplyDeletePssst : Dah improve dah slang yo. Eloklah tu. Dah masuk kampung nie, pandai jadi eh kan?
Sebelum pi kenduri dah makan kat rumah kak. Siap bantai bihun goreng dengan ayam goreng lagi ar. Takut minum air paip masa wedding tu je la. Perut jenis tak tahan lasak.
DeletePssssssst : Boleh la ... tapi omak mertua cakap still tak berapa nak faham sangat pun kak. Masih belajar lagi.