Friday, March 2, 2012

Jalan, Order dan Makan : MR. KABAB & BIRYANI, PRESINT 15, PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...





Salam Jumaat! Bestkan ... arini dah Jumaat, esok dan lusa dah cuti. Seronok sebab boleh rehat dan jalan-jalan ye tak? Untuk koranglah mungkin seronok, untuk aku belum tentu lagi. Maybe Sabtu kena kerja. Okeh, lupa bab tu, meh aku bawa korang jalan, order dan makan. Dah lama kan aku tak up entry macam nie ... makan2 tambah kilo!


Lokasi kali nie agak special dengan menu dia yang menarik hati aku! Sekian lama juga pendam rasa nak makan nasi arab sebab dah lama sangatlah tak makan. Seingat aku tahun lepas kot makan, itu pun  pertengahan tahun. Lamakan? Macamlah orang Arab, sibuk sangat nak makan nasi Arab. Pelik aku! So, Isnin baru nie aku pilih Mr. Kabab & Biryani Restaurant, Presint 15 Putrajaya sebagai lokasi aku berbuka puasa! Menu pilihan sudah tentu nasi arab. Jom kita tengok apa yang best di sini!



 Ini restaurant berkenaan. MR. KABAB & BIRYANI! Sebaris dengan Ali 1 Bistro kedai mamak tu.

 

 Ini chicken biryani Paskitani! RM14.00. Si MB yang punya. Nasi dia sedap tau. Lembut ... nasi tak banyak, tapi mengenyangkan!


Grilled Chicken with mandy rice! Ini aku yang punya ... ayam dia sedap. Nasi pun sedap, bila ayam dia sedap ... mulalah aku rasa, apsal ayam dia cam sikit je? Okeh .... perasaan tamak dan nafsu makan mula  menguasai. he he he. Berbaloi dengan harga RM13.00! Aku suka tomato blend yang masam-masam dan kuah dalam bekas stainless steel tu. Sedapnye!!


 
Order air murah je ... teh o limau dan nescafe panas! RM3.00 setiap satu. Ini je paling murah. Lain-lain mahal.


 Habis licin makan! Alhamdulillah ...


Antara menu lain. Kot nanti korang teruja nak makan! Harga boleh tahan ... tapi menu sedap. So, ketepikan soal harga. heheheh. Service pun bagus.


Dalam restaurant! Cantikkan ... macam hotel jerk! 5 star ...



Nanti korang plak cuba ye! Lepas tu jangan lupa review dekat aku, sedap ke idak. Kita nie kan lain-lain lidah. Kang aku cakap sedap ... korang tak sedap! Overall bagi aku ... semua ok dan sedap sangat! Kebersihan ok ... sebab aku dah jenguk sampai ke belakang. he he he! Makanan pun sedap. Layanan pun ok dan cepat. So ... lepas nie time gaji bolehlah datang sini. Kalau bukan time gaji, setakat minum air bleh lah!






Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!









CK : Semoga urusan hari ini dipermudahkanNya!

2 comments:

  1. mak aii sedapnye.kamoo suka jalan2 sambil snap pic yg menarik kan.ce try pi area look up point kat ampang.suasana mmg nice sgt2.leh snap pic.dari atas bukit nampak bandaraya Kl.pi time malam lagi nice :)

    ReplyDelete
  2. ehhh macam mane sy mcm x tau je tempat ni...!nt trun ptrajaya nk p sne jgk la hehehe

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!