Monday, March 12, 2012

Taste Of Asia .... ermmmmm!

Assalamualaikum ...





Masa aku nak fly ke kampung aritu, sampai LCCT perut aku mula melapar! Bajet nak makan dekat Mc D je ... tapi ramai pula yang beratur. Kang sibuk beratur, kena tinggal kapal terobang plak! Pastu aku pi cari KFC, orang tak ramai, tapi aku bau cam bahan cemical dekat lantai dia. Chemical yang bau semacam toilet tuh. Terus batalkan hasrat nak makan situ. Kendian aku ajak si MB makan dekat Marry Brown, dia plak sibuk tanya ... sedap ke idak sedap ke idak! Adus, terus potong selera aku. Last sekali aku decide makan dekat Taste of Asia.



Aku tahu Taste of Asia nie memang mahal bebenor, tapi perut aku memang dah lapar. Kalau beli makan kat atas awan sana lagi lagilah mahal! Orang cakap Nasi Lemak Pak Nasser sedap, tapi aku belum ada perasaan nak teruja try nasi lemak tu. Aku order nasi lemak special dekat Taste of Asia sebab teringat masa pergi Sarawak hari tu, rendang daging dia boleh tahan sedap juga. Si MB pula order bihun goreng special. Dia ambik rendang ayam!



Ini bihun goreng special yang berharga RM9.90, rasa dia amat sedih kali nie. Rendang ayam dia tak sedap langsung. Terkial-kial aku nak habiskan. Si MB bagi seketul pun aku rasa macam nak keluar balik je! Tak sedap sungguh pada tekak aku.



Nasi lemak special Taste of Asia. Harga sama je! Kalau beli tepi jalan baru RM5 lauk cenggini. Nasi lemak dia okey, sambal pun bolehlah .... cuma rendang daging dia memang oooooooooooout terus! Aku tak leh terima. Apsal aritu sedap, kali ini tak sedap sangat! Akhirnya aku makan dengan telur je. Makan pulak tak habis.



Bila aku dah check in, flight plak delay. Patut 7:50 terbang ... dekat 8:50pm barulah terbang. Dah tu, aku rasa macam flight tu nak terhempas je sebab cuaca tak elok. Hujan! Makcik belakang aku asyik istigfar je ... aku pulak rasa macam nak luruh jantung bila terasa flight tu macam terlanggar sesuatu dengan kerapkali. Langgar awan gamaknya!



Lepas nie bila balik dengan flight, aku nak makan dekat tempat lain. Takmolah makan dekat Taste of Asia lagi ... mahal dan kurang sedap pada tekak aku! Tekak korang tak tahulah. Memang, Taste of Asia nie .... errrmmmmmmmm!





Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!








CK : Ya-Allah permudahkan dan permurahkan rezeki ibu ayah, abang, aku dan adik-adik aku! Permudahkan urusan hidup abang aku Ya-Allah. Amin.

2 comments:

  1. ini baru betul malaysian typical

    i like it.

    ReplyDelete
  2. byk da rase mkanan e...mmm xpe la lain org lain citerase kn ;)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!