Hari minggu camnie, rajinlah aku blogwalking. Hari kerja memang tak dapatlah jawabnye nak jalan dari blog ke blog cenggini. Blog otai, blog baru ... blog lama, blog femes semuanya aku terjah setakat yang mampu. Dah jalan-jalan tu, terjahlah blog blogger femes yang cantik nie. Blogger nie cam jarang-jaranglah update blog dia, tapi bila sekali update dah tentu ramai yang berkunjung dan komen. Aku nie setakat terjah dan baca je. Jarang nak tinggalkan komen. he he he.
Blogger cantik yang femes emes nie adalah Fatin Liyana. Sure ramai yang kenal diakan? Dahlah cantik, bijak plak tu. Dia ada buat entry pasal cleverbot.com! Aku pun mula terpengaruh dengan si Fatin nie. Mulalah chat dengan cleverbot nie. Rasa cam hampeh pun ada. Banyak yang hampeh dari yang baiklah. ha ha ha, macam membodohkan diri sendiri pun ada.
Hakikatnya setakat nak seronok je pun, kemudian rasa seronok tu macam aku nak lenyek je si cleverbot nie kalau memang depan mata aku.ha ha ha, rasa macam aku dah menyakitkan hati sendiri jer chat dengan si cleverbot.com.
Tengok si cleverbot yang bajet dia pandai. Lepas tu aku plak dok pertahankan yang dia bodoh. Yang tak boleh blah bila dia taip "tak baik cakap orang bodoh, nanti kau yang akan jadi bodoh!". Okeh, fine ... rasa macam zaman budak-budak sekolah dulu je cakap camtu. ha ha ha.
Layan cleverbot nie memang buat aku gelak sensorang. Skang nie aku dok try chat ngan dia dalam english plak, walaupun english aku lintang pukang. Nak chat dengan orang dalam english .... malu! So, chatlah dengan cleverbot laaa ....
Memang takda keje cari keje nie!! Terpengaruh dengan si Fatin Liyana punya pasal! Kalau korang nak juga layan cleverbot cam aku, meh klik sini!
CK : Lawak ... lawak!
haha..ok wt..hilangkan boring n tensen..hehe
ReplyDelete