Aku ada 2 orang adik. Sorang dah kahwin dan sorang lagi adik yang bongsu bakal berkahwin hujung tahun nie. Insya-Allah kalau tiada aral melintang, maka akan berlangsunglah majlis indah itu. Pheeew, aku yang tak sabar-sabar nie! Adik bongsu aku nie stay dengan aku sekarang nie, dah masuk tahun ke-2 stay dengan aku lepas dia habis study. Ada juga teman ... tapi kadang rasa macam tak ada pun sebabnya dia leka bebenor dengan internet. Aiyak .. budak-budak biasalah!
Adik bongsu aku nie memang tahu masak, bab deco cake pun dia pandai. Lagi pandai dari aku, cuma satu je masalah, penyakit M dia agak besar. Hu hu ! Anak bongsulah katakan, semuanya dimanja ... so, akak dia nie terpaksalah terima apapun. Aku pun dah jenis malas nak bebel banyak-banyak. Buat rimas kepala dan buat hati sakit je. Aku selesa diam je.
Kadang aku ada juga penyakit M, bila datang je penyakit nie ... memalam aku suruh je dia masak. Tapi bukan selalu, amat jarang sekali. Sebulan sekali pun susah. Kalau aku malas masak, aku makan je roti ke ... biskut ke. Apa-apa makanan, asal boleh rasa kenyang kat perut kecik nie. Dan dia pulak bila aku suruh masak, menu nielah rasanya selalu dibuat ... hu hu! Menu apa?? Sila scroooooll ...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BUBUR NASI!
Ini bubur nasi yang dibuat oleh adik minggu lepas. Punyalah pedas ... hai, pedas bebenor tau! Aku makan je, kadang ngomel juga ... punyalah banyak bahan dalam fridge tu, setiap kali suruh masak je ... asyik bubur! Telan ajelah. Bila aku cakap banyak kang, sure dia jawab ... "bubur kan senang masak, campur je semua!". Okeh fine, esok kau dah kahwin jangan hari-hari jamu laki kau makan bubur ... kena hempuk kang!
Sabar ajelah adik oi! Asal kau bahagia ....
CK : Takda apa nak cakap ...
hahaha..mudah n pantas..
ReplyDeletebubur pun bubur la kak...jnji sodappppppp...:)
ReplyDeletehehehe.. ok la tuh..
ReplyDeletesaya neh masak megi je terror.. muahahahaha~
hujan2 nie mkn bubur pun sodap..hehe :D
ReplyDeleteAhaha. Bubur lagi senang ke? Tak pernah try lagi. Nasi goreng lagi senang kot. Hehe~
ReplyDeletesedap tgk bubur nasi tu....
ReplyDeletekalau hujan2 gini pekena moi sup tu pergh alangkah indahnya