Wednesday, March 28, 2012

Jalan, Order dan Makan : RESTORAN TUUUU DIA PAK TAM, SELAYANG SELANGOR

Assalamualaikum ...




Up entry jalan, order dan makan. Kisah nie pada hari Sabtu baru nie. Kejadian selepas bershopping dan mendapat sakit di Sogo tempoh hari. Nak tahu kisah, klik kat sini ya.  Penat shopping, masing-masing perut dah lapaq. Aku je tak lapaq sangat sebab dah makan yee mee hot plate yang tak sedap tu.


Si MB sibuk je nak ajak pi Selayang untuk makan. Mak aih, jauh bebenor rasanya dari KL nak ke Selayang tu. Dahlah time tu dah 3.00pm, lagi mahu ke sana. Dekat-dekat sudahlah. Tapi dia cakap, alang-alang dah sampai jomlah pi cari Restoran Tuuu Dia Pak Tam yang masuk tv tu katanya. Masuk Jalan-jalan Cari Makan kot! Aku tak sure sebab bukan aku yang tengok pun. Aku mengikut ajelah sebab korum yang lain cam setuju je.


Bangunan restoran berkenaan.

Nasib baik senang je cari restoran tu. Landmark dia dekat dengan Stadium Selayang. Haaa, pandai-pandailah korang cari ye. he he he. Dekat area situ ada banyak juga port makan. Disebabkan si dia tu memang nak pergi Restoran Tuuuu Dia Pak Tam, so memasing follow ajelah. Dia asyik cakap, kat restoran nie kalau masak sotong mesti dalam 3-4 jenis masakan, camtulah lauk pauk lain pun. Okeh, mari kita cuba!




Menu yang si dia amek. Sotong kari, toofu telur, kari ikan masin dan sayur sawi. Sotong dia sedap jugaklah. Yang lain, rasa biasa-biasa je pun.


Ini menu dari pinggan aku. Nasi beriani, sambal tempoyak, ayam masak kicap pedas, tauhu kering kari dan peria goreng tepung. Yang paling sedap peria goreng tepung tu! Memang sodap ... yang lain-lain, biasa ajelah!
 

Menu adik ipar si MB. Dia amek sotong kari dengan ayam goreng kampung. Rasa?? Ntahlah ... sotong kari tu aku tahulah sedap. Yang lain aku takdelah nak rasa pula. he he he. Cuma menu adik MB je aku tak amek gambar, seganlah! 


Secara keseluruhannya, aku bagi 3 bintang je kot daripada 5. Rasa dia biasa je pun. Walaupun restoran nie ramai orang .... mungkin sebab dah dekat kul 4 masih ada nasi campur dan time orang lapar kot, rasa dia tidak seenak kita tengok tv kata si MB. Dari segi kebersihan aku bagi B. Restoran nie kena jaga kebersihan ke tahap yang lebih baik dan upkan rasa makanan. Kurang feel pada lidah kami.


Kalau tak salah aku Tuuuu Dia Pak Tam ada branch dekat RnR Bernam ke mana ntah. Trylah bihun sup dia ... memang sodaaaaaaaaaaaaaaap sangat. Meletops. Tapi yang dekat Selayang aku tataulah sedap ke idak.




Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!









CK : Aritu ... diet aku hancur lagi. erghhhhhhhhhhhhhh kena paksa makan!

7 comments:

  1. setuju!!!bihun sup dia sedap giler!!!

    ReplyDelete
  2. restoran ni dekat selayang la ye?

    ReplyDelete
  3. CM suke pegi mkn kat kedai sebelah paktam tuh..air buah gelas besar..ari sabtu baru ni baru je g sane..bwk akak g mkn sane...tomyam die spesel..ade ketam..tak pcy?tgk entry label mkn smp knyg kat blog CM..hehe..tapi last week g sana tomyam tak sedap spt dulu lagi..

    ReplyDelete
  4. Nampak sodap.
    Peria goreng tepung dia tak pahitkah?
    Sotong dia besar-besar nau.

    ReplyDelete
  5. wahhhhh mcm sedap.nk kena try ni.

    ReplyDelete
  6. akak..peria goreng mmg sedapppp....
    nk hilangkan pahit peria tue...rendam dengn air garam lpas tue goreng cm biasa letak tepung....nyam2 :D

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!