Tuesday, March 13, 2012

ANDA MAHU MENGUASAI ATAU DIKUASAI?

Assalamualaikum ..


 




Sesuatu yang baik untuk aku berkongsi dengan korang, motivasi dengan datuk Dr. Maznah Hamid! Untuk sesiap yang suka marah-marah, sila baca dan amek pedoman darinya. Bila aku baca sampai habis, ada benarnya artikel ini. Aku ingat lagi dulu, masa kecik-kecik zaman sekolah, aku memang suka marah-marah. Tapi sekarang marah aku dah banyak kurang, aku mula belajar suntik aura positif bila aku dah mula kerja. Marah itu tidak semuanya hilang, masih ada saki baki untuk digunakan pada waktu tertentu bila perlu. Dan bukannya marah tak tentu pasal.



Untuk sesiapa yang suka marah2, bolehlah selidik diri mulai sekarang. Sebenarnya, kemarahan yang tidak bertempat, akan merugikan kita! Itu yang aku rasai dulu. But Alhamdulillah, sekarang nie, sikap marah-marah sudah hanyut bersama masa yang berlalu! Ambilkan iktibar daripadanya.







Apakah anda seorang yang cepat Marah? Melenting? Kemudian sakit dada? Sesak nafas? Murung sepanjang hari?! 

 
Guru Psikologi saya selalu berkata. 'Seseorang yg. boleh membuatkan kita marah. Sesungguhnya telah berjaya Menguasai dan Menakluki diri kita. 

 
Dulu saya cepat marah dan migrain. Rasa meluat nak jumpa orang yg. saya marahi. Kerana tak mau bayar hutang . Bila jumpa dia. Kita yg. lari. Bukannya dia. Dah terbalik pula. Dia telah berjaya dan menguasai diri kita. Dia mentertawakan kita yg. dlm kesakitan pedih ulu hati! dan kerugian. Kemurungan sepanjang hari. 

 
Guru saya, Mengingatkan bahawa hidup ini adalah 10% apa yg. terjadi pada anda. Manakala 90% adalah bagaimana kita bertindak balas 'Respond' 

 
Kita tidak dapat control segala yg. berlaku di sekeliling kita. Tetapi kita boleh control 'Reaksi ' kita. Kita kena 'Menguasai' dan bukannya 'Di kuasai' Be Smart!

 
'Sesiapa yang boleh menumpaskan 'Sesaat' rasa marah, bererti dia boleh mengelakkan 'kemurungan Sepanjang Hari'.




















CK : Suka berkongsi demi kebaikan ....

4 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!