Thursday, March 1, 2012

SELERA LAMAN PERDANA, PRESINT 1 PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...



1 Mac 2012, Selera Laman Perdana Presint 1 Putrajaya telah dibuka kepada pengunjung! Waktu operasi dari 4 petang hingga 11 malam setiap hari. Kerana aku baik hati, aku dah cari info dan copy paste info berkenaan untuk tatapan korang semua! Info aku ambil dari laman web Perbadanan Putrajaya sendiri tanpa sebarang edit. he he he!


Aku rasa nak pergi merasmikan roti canai yang ada kat Selera Laman Perdana, sedap ke idak ... nanti aku story mory dekat korang later-laterlah ye!





Sukacita dimaklumkan bahawa operasi perniagaan di Selera Laman Perdana, Presint 1, Putrajaya akan bermula pada 1 Mac 2012 dan beroperasi dari jam 4.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari. Terletak secara strategik di antara Bangunan Putra Perdana dan Kompeks Jabatan Perdana Menteri (JPM), Selera Laman Perdana adalah lokasi terbaik untuk pengunjung menjamu selera dalam suasana yang relaks dan santai.


Medan Selera berkonsep outdoor-café ini menempatkan 8 unit kios F&B yang menawarkan pelbagai hidangan termasuklah Char Kuey Teow Mutiara, Nasi Ayam Berempah, Sup Urat Ketin, Burger, Roti Canai, Masakan Barat, Sate Special dan pelbagai menu istimewa lain.




Okeh la, untuk korang yang dekat-dekat Putrajaya ... nanti datanglah ye! Kot-kot dapat jumpa aku kat sana nanti. Rasanya kalau menarik boleh jadi port baik untuk aku menjamu selera!





CK : Makan dan makan ...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!