Friday, March 16, 2012

TERIMA KASIHLAH BUSUK!

Assalamualaikum ...





Hari ini aku sakit tekak, badan pun terasa panas seakan nak demam. Dugaan ... dugaan! Dua hari ini mood kerja pun biasa-biasa, office kadang sunyi je. Maklumlah cuti sekolah, ramai yang bercuti termasuk boss aku. Aman sikit kot rasanya bila dia tak ada.  he he he, macam kucing tiada tikus berkeliaran. Tapi aku nie, boss ada ke tak ada ke, aku masih setia di kerusi sendiri. Kecuali kalau kena pergi site je! Bila mood aku nak menghilang, boss ada pun aku boleh jadi halimunan! he he he. 


Okeh, stop pasal tu. Aku nak say thanks dekat busuk.org! Setelah sekian lama tak ping entry blog kat FB atau mana-mana medium yang boleh naikkan traffic blog, 2-3 hari ini mood nak ping entry mendatang. Maknanya aku dah rajin nak promote blog sendiri. he he he, rajin aku bermusim sikit bab memping entry nie. Lagipun aku lebih selesa update tanpa ping entry. Paling koman like dengan FB sendiri je. Nampak nau pemalas, camno nak maju dan berjaya kalau tak usaha .... ye dak? Adik-adik blogger yang lain jangan tiru sikap malas akak blogger neh ye! 


Sekali hari tu aku terlintas nak ping entry dekat busuk, saja-saja suka. Takda kerja sama. Jadi gunalah masa yang ada untuk mengeping entry. Tak sangka pula bila aku ping entry ini, ia telah dijadikan artikel pilihan busuk! So, macam ada perasaan sukeeee sangat di situ. Terimakasihlah busuk sebab sudi jadikan ia sebagai salah satu pilihan. Berbesar hati pun ada even entry itu tak mendapat satu komen pun. Ai okey je uolls nak komen ke idak ai punya entry. Kalau korang komen, ia lebih baik kerana menjadi semangat. Kalau tak komen pun, ia baik juga kerana aku akan menulis sampai aku dapat komen berjuta-juta lemon. he he he, tapi aku nak komen yang tak kejilah. Kalau rasa nak keji tu pi main jauh-jauhlah, sebab aku nak cari kawan bukan nak cari musuh!





Tengok anak panah seakan warna merah tu, itulah entry yang jadi artikel pilihan busuk. Bermaafan itu lebih baik! Memang baik pun. Nak masam-macam muka pun buat apa. So, kesempatan ini (poyo beb, macam raya je ayat kau!) aku nak ucap berbanyak terima berbanyak kepada busuk sebab sudi pilih artikel aku!



DAN, 


Aku juga nak ucap terima kasih juta-juta lemon kepada Nuffnang sayang yang satu nie, BE hari itu ... hari-hari meningkat incomenye! Nak BE lagi boleh ke Nuffnang .... hehehhe paaaaang, tamak ye kau!! Kena usaha lebih nie, agar Nuff boleh kasi BE bergoyang bebanyak kat blog nie, then boleh cashout lagi bila dah banyak. Yeeee suke!



Okeylah, mata aku pun dah kuyu, mengantuk sangat nie! Esok kita sambung, nanti aku nak load pic hot air balloon. Aku tengah usaha ambil gambar yang agak cantik bagi tatapan korang nanti. Insya=Allah.. 



Selamat malam readers!


 



CK : Aku nie makin mengarutlah!





1 comment:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!