Sunday, March 4, 2012

MELEPEK DAN MEMAKAN DI HUJUNG MINGGU!

Assalamualaikum ...






Semalam dok rumah, hari ni pun aku dok rumah. Tak pi mana pun. Ingat nak pi kerja, tapi bila fikir ... badan dan kepala perlu rehat! Nak dating, partner lak takdak! Si MB balik kampung. Untung la hang kampung dekat, boleh balik tetiap minggu. Tinggallah chek dok Putrajaya layan perasaan sorang-sorang! Tapi semalam sebelum dia balik kampung yang dekat sekangkang kera tu, sempatlah kami berkelah dekat Taman Ampangan, Presint 5. Dekat Dame tu ... aku masak untuk tengahari. Pastu ajaq dia kuar. Sambil makan, sambil ambil gambaq! Itu hajat aku sebenarnya, nak ambil gambaq time panas lit lit oghang kata! Cer tengok gambaq yang aku amek nie .... ok dak? he he he








Time berkelah semalam aku bawa bekal masak lemak cili api ikan kembung, sambal bilis, pari goreng dengan sayur kucai! Gambaq tak sempat ambik pun, sebab dua dua lapaq sangat. Lepas baca doa terus ngap dengan selera! Habis licin kami hadap 2 orang ... lepas tu dok sembang-sembang pasal kerja masing-masing! Kul 3 petang camtu dia pun balik. Aku plak balik rumah aku. Ingat naklah kemas rumah segala. Mood malas plak datang, terfikir lamanya tak dapat tidur petang ... sambil layan tv aku pun zigzag sekali. Siap mimpi di siang hari semua ada. Cheh, tak senonoh aku nie!



Disebabkan semalam aku dah melantak nasi, malam tadi pula aku kena tazkirah sebab makan biskut. So, si MB paksa aku makan nasi juga tengah malam pun. Dia risau sebab dahlah dia jauh, kang aku angin satu badan ... dah satu hal plak. Takda sape nak bawa aku gi clinic. So, ari nie aku selongkar la kabinet dapur aku. Nak masak! Nak makan nasi cam dah malas sket .... selongkar punya selongkar jumpa 4 keping lasagna. Cukuplah kot ... untuk aku dan adik aku kan! he he he. Asal perut terisi sudahlah. Adat dok rumah macam nielah .... melepek kendian memakan! Asyik ulang kerja melepek dan memakan je!



Beef Lasagna aku dah pun siap. Ini kali kedua aku mencuba. Rasanya yang nie lagi best dari yang 1st aritu. Makan panas-panas cicah sos cili! Memang sedap beb. Ceh, puji diri! Aku post dekat wall FB, my BFF nak suruh aku bawa esok. he he he, sian dia ... nak bawa kasi dia camne, tak cukup. Kalau keping lasagna tu lebih bolehlah aku antar kat dia petang. Sorry ye June!! Next time beb!


Lepas makan lasagna, terjumpalah ayam seketul! Baik habiskan ... terus aku buat ayam bakar madu! Kuat melantak pula aku hari nie ... he he he! Penat kemas rumah dengan ion baju untuk 2 minggu pagi tadi kot. So, skang kita tambah tenaga.




Itulah aktiviti aku di hujung minggu kalau tak kerja! Melepek dan memakan. Bangun pagi layan blog, ion baju, kemas dapur .... mandi masak dan makan dan makan! he he he. Itulah salah satu sebab aku tak suka dok rumah weekend! Kerja aku masak kendian aku yang makan. Kendian plak, aku yang GEMUKS!!!



But, Alhamdulillah .... maknanya Allah masih berikan aku rezeki. Patut bersyukur! Cuma bab makan aku kenalah kontrol. Sekarang nie pun aku dah start puasa 2-3 hari seminggu. he he he. Bukan untuk kurus sangat, cuma nak kekalkan bentuk badan yang comel nie agar tak naik dan naik je! Cuma part muka tembam je aku tak reti nak buat bagi slim. Siapa tahu nak kuruskan muka?? Sila bantu saya!





Okeh ... aku nak sambung kemas bilik beradu aku plak. Ta ta  .... thanks for reading ya!






CK : Nikmat gak dok rumah ye!

6 comments:

  1. Jejak sini harap sudi balas kunjungan.. (^-^)

    ReplyDelete
  2. rajinnya masak2.... nampak mcm sedap. nak kuruskan muka????tak pernah dgr lagi la sis

    ReplyDelete
  3. @Muhamad Azam Tq datang sini, sudah berbalas kunjungan

    ReplyDelete
  4. @Telor Power Hujung minggu dik, takda apa nak buat ... masak jelah yg tahu pun. Itulah akk tgh cari petua kuruskan muka nie...menembam dah

    ReplyDelete
  5. awat sdp2 sgt mknn akk ni..nk tnyela..akk tngkp gmbr2 ni smua pki kmera apa ye??cntik2la gmbr dia..:)

    ReplyDelete
  6. @conan Akak pakai compact camera biasa je. ada dalam entry akk...cer cari entry pasal camera.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!