Hari tu aku ada war-warkan lokasi makan baru di Putrajaya! Bagi aku memang port baik punya untuk bersantai. Memandangkan ia dekat dengan tempat aku kerja, bolehlah aku an the gang try dulu best ke idak? Tapi aku takdalah try semua makanan yang ada di situ. Satu-satu la ... pelan-pelan kayuh beb! Kalau melantak semua, memang balik rumah merangkak bawa perutlah jawabnya!
Nak ulas sket pasai lokasi makan best nie. Diberi nama Selera Laman Perdana, dibuka mulai jam 4 petang hingga 11 malam untuk hari bekerja dan pada hujung minggu pada 4 petang hingga 12 malam! Mula beroperasi pada 1 Mac 2012. Mak aih, kira baby baru lagilah nie ... baru berusia 3 hari dowh!
Tempat memang menarik untuk waktu malam. Memang santai! Memang cun! Kios pun cantik, cuma aku rasa kios dia macam sempitlah, kesian tengok tukang masak tuh, kerja dalam keadaan sempit. Ada air pancur, kawasan yang luas, pemandangan yang indah ... sunyi juga (sesuailah nak bersantai!) sebab dekat Masjid Putra kan.... mana boleh hingar bingar dan juga dekat dengan Prime Minister Office! Jom layan gambaq ye anak-anak ...
Lokasi yang cantik dan luas. Sesuai untuk keluarga bawa anak-anak ... boleh berlari-lari dan sesuai juga untuk couple. Oooooppppps! hee hee hee
Air pancur berkenaan!
Keadaan kios berkenaan. Cantikkan? Cuma sempit je aku tengok! Mula wujud perasaan kesian kepada penggerai ...
Turut disediakan tandas awam ye ... baby chair pun ada. Tandas perempuan dekat kios sate dan tandas lelaki dekat dengan kios roti canai! Ada bermacam-macam menu di sini. Antaranya, sate, roti canai, masakan panas, pelbagai jenis minuman, western food, burger mat salai, char kuew teow mutiara, aneka mee, sup urat keting, sup gear box, sup daging, sup tulang, mee sup, kuewteow sup, rojak, sotong kangkung .... huh, macam-macamlah penat plak aku taip nie! Tapi aku taklah try semua. Aku tulis apa yang aku nampak je tau!
Ini roti john mat salai. Inti serunding ayam! Sedap jugak.
Chicken grill nie sedap ... cuma kuah lada hitam kurang pekat dan kurang menyengat kehangatan ladanya.
Lamb chop. Tataulah sedap ke dak bagi tekak aku, sebab aku tak makan. Tapi, kawan-kawan aku cakap memang sedap! Aku tengok sedap ... tapi aku tak makan lamb der!
Sup tulang dan sate dia pun sedap tau! Tapi aku lupa nak ambil gambar. Terus makan dengan selera. Lepas nie aku nak pi lepak sana lagi. Nak try makanan yang ada. Bila dah ada port makan yang sediakan roti canai Melayu, memang sesuai untuk aku yang suka sangat roti canai Melayu. Lepas nie petang-petang lepas kerja bolehlah mengeteh!!
Lain-lain aku komen OK, kat sini selfservice tau! Order then ambik sendiri. Takda nak layan-layan. Macam korang pi KFC dan Mc Donalds la. Setakat ini yang kurang ok, cuma kios airlah ... agak lambat servicenye. Sebab kios air satu je pun. So, korang kena sabaq banyak-banyaklah. Belajar jadi sabar bila order air nanti. Lain-lain ... ok dan menarik!
Okeh, untuk korang jangan lupa mencuba tau, terutamanya warga Putrajaya!! Selamat menjamu selera ye!
Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!
CK : Aku dah siap masak untuk lunch, tak sabar nak makan. Bismillah ...
pergh.....terliur tgk chiken grill tu
ReplyDeletetiap2 ari nmpk sbb lek keja lalu ctu tp ntah bila la dpt singgah nye sbb x duk putrajya...huhu...harga nye cmner erk?? rsa berpatutan x?? chicken chop tu nmpk sdp, mahal x??
ReplyDeletetq :)