Monday, March 5, 2012

BAJET JADI ORANG PUTIH SEKETIKA!

Assalamualaikum ...





Balik kerja petang tadi, aku lapaq sangat. Singgah kedai beli roti wholemeal. Bajet nak buat sandwich telur je pun. Serius lapaq sangat. Kalau nak masak, mahu kerepot perut aku sekejap. Hanya fikir menu yang pantas disediakan dan tak melecehkan!


Sampai rumah, terus pecahkan telur 2 biji, buat telur hancur! Lepas tu capai cheese bega dengan roti tadi. Menyapu butter segala, letak telur ... letak cheese dan bakau sekejap! Siap. Mudahkan? Sekali adik aku bawa balik buah strawberry ... jadinya tadi makanlan sandwich dengan stawberry plus air laici suam! Sedapnya ... bajetlah jadi orang putih seketika dengan menu ala western yang tak seberapa. Eh! western ke camnie???



Kalau hari-hari dapat makan strawberry kan best! Ai suka .... macam mana ai suka buah kiwi, camtulah ai suka strawberry! Tapi ... saya lagi double suka buah durian!! he he he


Sekarang dah kenyang! Alhamdulillah .... makan roti je pun untuk dinner malam nie. Cukuplah tu.






Erghhh ... korang dah dinner ke?? Dinner apa tu??







CK : Kejap lagi nak jemput tuan besar balik kerja ... malam nie dia kena kerja lebih masa. Huuu kesiannya!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!