Sharing is caring. Aku kongsi petua yang diambil dari www.epetua.com! Aku share petua yang ada kaitan ngan aku, dagu aku nie dah mula berlapis dah. he he he. Muka pun dah bulat cam pingga. Dulu, masa sekolah kemain lagi urut dagu tak kasi berlapis. Tapi bila dah kerja, masa tu manjang tak sempat. Rela lagi buat-buat benda yang seakan lagha dari dok urut dagu je. he he he. Eh! jomlah pagi nie kita sama-sama kurangkan dagu kita yang berlapis ....
..........
Sejak berzaman lagi, kecantikan sudah menjadi isu penting dalam hidup wanita. Walau usia semakin menginjak, ingin sentiasa tampak cantik dan muda selalu menjadi sebahagian besar naluri wanita. Sehinggakan, ada segelintir yang begitu risau jika wajah sudah mula kendur dan hilang keremajaan. Antara bahagian wajah paling membimbangkan wanita ialah pada dagu kerana dengan kulit yang lembut dan halus, kesannya dimakan usia begitu ketara.
Akibatnya, terbentuk dagu berlapis atau tembam dan ini mula menimbulkan kegusaran serta rasa tidak senang hati. Sememangnya, penuaan tidak boleh dielakkan kerana kajian mendapati ia berpunca daripada kemerosotan sel. Tubuh manusia dibentuk daripada jutaan sel yang secara berterusan mati dan digantikan dengan sel baru. Proses ini mencapai kemuncaknya ketika seseorang berusia pertengahan 30-an dan selepas usia ini, proses penggantian sel baru mula menjadi perlahan, yang mengakibatkan kehilangan keanjalan otot serta wujudnya kedutan.
Faktor yang mempengaruhinya ialah kerana ia tidak perlu menjalani pembedahan plastik, manakala penegangan otot dibuat secara semula jadi. Sesetengah produk seumpama itu menghasilkan kesan yang ketara. Ini tidak mustahil berlaku kerana tisu adipos secara lebih khusus terletak di bahagian bawah muka dan memainkan fungsi penting dalam menentukan raut wajah dan bentuk muka. Ia juga adalah satu daripada faktor yang membolehkan kita menukar raut wajah tanpa menjalani pembedahan kosmetik.
Bagaimanapun, proses ini mengambil masa yang lama dan enapan lemak berlebihan boleh muncul apabila usia meningkat menyebabkan wajah kelihatan berat dan kendur. Keadaan ini bertambah buruk apabila tisu sokongan menjadi lemah. Itulah sebabnya kita perlu bertindak untuk mencegah dan membetulkan keadaan ini. Tekanan, keletihan, kehilangan atau tambahan berat badan dan usia yang meningkat akan memburukkan lagi keadaan.
Kesimpulannya, kaedah ini membawa konsep baru dalam dunia penjagaan kulit dan mencantikkan raut wajah, melicinkan kulit dan memulihkan seri semula jadi kulit supaya sentiasa kelihatan lebih jelita serta muda.
FAKTA: Kaedah asas untuk memulih wajah
1) Memekap dahi dengan dua telapak tangan selama 5 hingga 10 saat.
2) Memekap mata dengan dua telapak tangan selama 10 hingga 20 saat.
3) Memekap pipi dengan dua telapak tangan selama 10 hingga 20 saat.
4) Memekap dagu dengan dua telapak tangan, seperti orang sedang menongkat dagu selama 10 hingga 20 saat.
5) Akhir sekali pekap telinga, bermula di bahagian depan kemudian belakang telinga selama 10 saat.
CK : Nak bagi tau korang semua, terutama yang berada di Putrajaya .... SELERA LAMAN PERDANA, PRESINT 1 (SEBELUM MASJID PUTRA DAN BERDEKATAN PEJABAT PM) AKAN DIBUKA HARI INI. MASA OPERASI ADALAH DARI JAM 4PM-11PM! Nak tahu lebih lanjut rujuk dekat ppj.gov.my. Aku pun ceduk dekat sini! Petang nie nak pi kalau sempat, lepas nie kita review!
hehehe.. petua yg tak tahan gelak bila baca.. sungguh neh?
ReplyDeletebetul ke petua ni
ReplyDeletenice tips...tq for sharing.
ReplyDeletesungguh ka petua nie.hermm leh try nie.selalu mengurut bawah dagu je tak mau bagi "berdouble".heheh
ReplyDeleteBerkesan tak? Biasanya orang cakap dagu berlapis ni sebab badan berisi. Entaj betul entah tidak.
ReplyDelete