Tuesday, March 13, 2012

MACAM-MACAM RINDU!

Assalamualaikum ...




Aku rindu nak update blog macam dulu,


Rindu nak update sehari 4-5 entry,


Rindu nak update dengan gambaq sekali,

Rindu nak blogwalking dan sape kengkawan setiap masa macam dulu,


Rindu nak cerita macam-macam,

Rindu nak cerita pasal edisi J.O.M!,

Rindu komen dekat blog oghang lain macam selalu, 


Rindu sesangat edit olah blog sendiri!




Bak kata semua yang berkaitan dengan blog aku memang rindu giles babeng jugalah. Awatnya tak rindu, dulu mula berblog, masa aku macam terlebih banyak ja dari orang lain. Ada ja masa nak update 4-5 entry, komen blog oghang, blogwalking, ping entry .... edit blog sendiri dari kurang cun jadi cun la sket. Bila ingat balik mula-mula aku wat blog, memang suam dan suramlah blog nie. Skang nie, Alhamdulillah ... perkembangan pun dah makin baik. Turut berkembang macam mana tuan blog berkembang. Huh! 



Skang nie, adeh ... nak dapat satu entry pun, aku kena selak-selak masa yang ada. Sorong-sorong celah-celah masa yang rasa memang takda apa nak buat. Time tulah aku ngadap blog, itupun dah tak lama macam dulu. Kalau dulu, 3-4 jam sekali jalan depan blog memang no hal bagi aku. Sekarang nie nak menatap blog untuk sejam pun aku cam terkial-kial. Mana nak ketuk kepala bagi keluaq idea lagi, mana nak edit gambaq lagi. Aiyak! Boleh pitam okeh.



Nampak macam busy, tapi tak adalah sangat. Cuma masa aku lebih kepada tumpuan pada diri sendiri. Tapi ia tidak bermaksud aku bersungguh-sungguh menternak lemak di ruang sudut badan aku nie. Tidak ... tidak sama sekali! Kalau ia berlaku, hanya kebetulan sahaja. Harap maklum.



Demi minat aku suka tulis-tulis dalam erti kata cam merapu jugalah, aku teruskan juga tulis blog nie. Oh! nak habaq kat hangpa, balik kampung baru nie aku selongkaq segala diari lama kau. Imbas kenangan cintan cintun dengan 'monyet' ... hahahha. Ada banyak sajak, ayat-ayat jiwang ... luahan hati, mula ingat nak retulis di sini, but aku batalkan niat aku tu. Takmolah imbas kenangan 15 tahun lepas tu, buang karan je! Terus petang sebelum balik KL, aku bakaq semua diary aku. ha ha ha, puashati, memang saygoodbyelah!



Niat asal bukannya nak lupa kenangan pun, tapi aku takmau abang or adik-adik aku jumpa semua diary tu. Mahu esok lusa aku kena bahan! Mesti ada yang cakap, "ha tulah, orang suruh pi mengaji dok berjiwang-jiwang!". Tapi kalau ada yang dok cakap camtu, memang den cili mulut ekau, den masa belajar dari darjah 1 sampai masuk U, boipren special pun takda! Mak ayah aku dah warning awai-awai, kalau nak mengaji jangan dok menggatal! Pull stop!



Aku tak tahu bila aku nak ubat kerinduan aku pada kelakukan menulis blog nie. Alahai, aku paling rindu nak beramah mesra dengan blogger yang datang ke blog aku dan meninggalkan komen! Serius aku sangat-sangat hargai korang! Semangat tau komen korang pada aku. Semangat utk aku menulis dengan rela!



Lepas nie aku akan usahakan kembali segala tabiat-tabiat aku berblog bagai dulu! Insya-Allah .... dan aku harap hangpa semua tak bosanlah dengan blog aku nie ye ... ye .... ye!








CK : Bukan mudah nak berjaya, tapi bila berjaya jangan pula mudah lupa diri!

5 comments:

  1. takpe, take your time! bila ada kelapangan update lah..

    ReplyDelete
  2. Skrg ni muaim org mls tla bog kot.. Hehehe... Mcm sy kalo takde idea or ade smtg to do mmg ilang tros mood nk tulis blog..

    ReplyDelete
  3. hehe, sila rindu merindui.. hehe..

    tapi emmang betullah, rindu nak update blog banyak2 kan!:)

    sis, kalau minat nak al-quran pelangi, it's now available and you can take order with me!:)

    ReplyDelete
  4. sis...azie suka bc entry2 blog sis best....chaiyokk sis

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!