Aku baru balik dari kampung. Baru sampai. Penat belum hilang. Rindu kat blog pun meluap-luap. Sampai rumah, letak beg .... terus on lappy. Giler dasyat! Masa balik aritu, aku tak bawa lappy dan tak juga buat autopublish entry. Sibuk bebenor aku time tu, banyak benda nak kena fikir dan buat. Sudahnya aku teranaktirikan blog aku sekejap! Terima kasih yek korang, datang masa aku takda.
Balik dari kampung, ada berita sedih buat kami sekeluarga. Mungkin, masa aku balik ... adalah waktu yang tepat untuk mak meluahkan kesedihan hatinya mengenai ujian yang diterima oleh abang kesayangan aku. Tapi bab sedih ini terlalu personal untuk aku kongsikan di sini. Siang malam aku teringat pasal hal nie, pasal abang yang amat aku sayang. Mak ayah anggap apa yang berlaku adalah ujian dari Allah Ta'ala. Lepas aku tahu cerita, malam itu aku doa dan minta macam-macam dari Allah untuk abang aku dan aku akan terus berdoa untuk dia sampai bila-bila!
Okeh, abaikan bab nie ... sebab aku tak boleh nak cakap pape ... rasa bergenang air mata. Tambah-tambah bila sebut pasal abang, lagi rasa bergenang dan rindu giler dekat dia!
Sambung pasal cerita blog pulak ye. Di saat aku tinggalkan blog beberapa hari, Alhamdulillah ... Mr Nuffnang telah dengan baik hati menghadiahkan aku BE! Sekian lama aku tunggu sejak masuk tahun 2012 dan sejak aku dah cashout earnings aku tu. Blogger lain dok sibuk je jaja pasal BE tahun barukan, tapi aku non- hado! Walaupun non-hado, aku tetap menulis juga. Berkongsi cerita., gambaq dan recipe dengan korang semua. Takkan kerana BE tak menyinggah kita nak jadi malas menulis kan?? Macam bersebab pula kau menulis blog camtu! Ye dak??
Terima kasih Mr. Nuffnang kerana bagi BE Celcom I love Music. Terima kasih Celcom sebab pilih blog aku! Teruja beb ... yelah, ini yang pertama di tahun 2012! Ada juga BE yang sudi hinggap di blog biasa-biasa cam aku nie. Cheeewah, start merendahkan diri yang sudah sedia rendah nie!
Cer tengok, BE aku dah menyumbang RM0.86! Cukuplah tu buat masa sekarang, lepas nie sila menimbun ye earnings nye! he he he. Bila dah dapat BE nie lagi bersemangatlah aku nak menulis ... ha ha ha, dia buat dah! Tapi, macam biasalah ayat aku ... menulis bila ada kelapangan je, kalau tak lapang ... ada BE banyak pun aku tak dapat nak bantu!
Blogger yang dah otai cakap, kalau BE tengah bergoyang diblog kenalah rerajin update blog pasnie. Ye ke??
CK: Penatnye, awal pagi nanti nak travel jauh lagi. Aiyak! Leh pitam ....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!