Monday, March 5, 2012

DI MANA ADA JALAN, DI SITU ADA HIGHWAAAAAAAAAAAAAAAY!

Assalamualaiakum ...




Selamat pagi Isnin korang! Ape cer der? Isnin, korang kena rajin-rajin sket, jangan culas dan jangan jua malas bekerja. Hari ini aku cuba mood baik, semalam dah dapat upah tengok movie. Dah lama sangat tak tengok movie tau!


2 hari aku kena tinggal, so semalam Si MB balik Putrajaya ... itupun dah petang. Siap bawa ikan dan sotong mentah untuk dimasak weekdays nie. Kendian aku pun apalagi, kalau dah terperuk kat rumah mulalah membising nak keluar. Lepas Mahgrib, aku ajak dia tengok movie!


Aku nak tengok Adnan Sempit 2 dan dia plak nak tengok Fist of Dragon. Dia tanya cam nak duga aku je nak tengok cerita apa, sedangkan dia dah tahu. Saja jer nak ngetest! Macam biasalah orang kena tinggal of courselah menang. So, malam tadi layanlah Adnan Sempit 2. Amik kul 8.30pm punya tayangan. Aku nak balik awal, lagipun nak elak mata terlelap masa tengok movie. Dah bukan zaman dah nak tengok midnight, mata cepat je ngantuk! Lepas nie aku rasa malas dah kot nak pi tengok movie, beli CD lagi bagus ... boleh menonton sambil baring. he he he .... pastu ulang layan sampai lembik kan kan kan?


Okeh, kita cerita pasal Adnan Sempit 2 .... bagi aku tak adalah best mana sangat. Tak runtuhlah bumbung gelak. Part yang kelakar pun tak adalah banyak sangat pun. Lain-lain macam tak kelakar sangat. Kalau nak compare dengan yang 1 hari tu, yang dulu lagi best kot. Dan kalau nak compare cerita kelakar aku tengok, Hantu Kak Limah lagi kelakar rasanya! Itu pendapat akulah. Cerita cam suam-suam je Adnan sempit 2 nie ... so, muka mamat sebelah aku pun gelak cam nak tak nak je! Kalau aku tahu, baik tengok Fist Of Dragon tadi! Lepas tu, Adnan Sempit nie langgan je Astro 1st.


Paling membosankan panggilan "papa mama" 2 kekasih nie ... alahai! sungguh tak bestlah! Geli pun ada ... hiks hiks ... Tapi tak kisahlah, mungkin dorang rasa lawak kot. Kalau masih ada yang ketawa berdekah-dekah kat panggung, kira lawaklah tu. Cuma bumbung belum runtuh lagi lah!


Bagi aku movie nie, setakat santai dan hiburan kosong .... bolehlah! Aku belum boleh ambil sebarang pengajaran dalam cerita nie. Mesej yang nak disampaikan pun aku cam blur-blur juga, sebab jalan cerita dia cam terabur sket. Biasalah, orang cakap kalau buat movie bersambung 2 ... 3 ... 4 nie, memang tak boleh lawan yang 1st punyalah. Yang 1st lagi best la! Walaupun cerita nie tak menarik sangat, tapi ada juga part-part yang buat aku ketawa ... kira tak membazirlah RM11.00 aku yang didarab dengan 2 tu. Cuma kepuasan menonton dan menikmati jalan cerita itu sahaja yang tiada.



Walaupun begitu, aku dengar-dengar movie nie dah cecah kutipan 4.5 juta seminggu! Hebat jugak ye ...





Dah ... dah jom kita buat kerja! Usaha tangga kejayaan .... di mana ada jalan di situ ada highway .... eh! betul ke nie??







CK : Minggu nie harap-harap semua ok! Aku harap dan doa, boss aku tak buat hal lagi! Amin ....

6 comments:

  1. dgr cite tu lwk gile..sy pun xsbr nk tgk...tpkn kak..klu lyn cite serm lg berbaloi kak!!tp pstikn yg seram btl2 la..jom lyn sm2 kak..sy pmnt ghost movie ngn horor movie..dua genre yg brbeza kn..huhuhu..:)

    ReplyDelete
  2. rasanya no 1 lagi best sis. no 2 suam2 la lawaknya

    ReplyDelete
  3. Belum tengok lagi. Huu. Tengok CD je kot.

    Tapi hari tu sepupu ada pergi. Beliau cakap cerita tu lawak gila. Hehe.

    Entah. Lain orang, lain feel kot.

    Akhir kata, Sam comel (tak ada kena mengena)~

    ReplyDelete
  4. @conan Akk takut citer seram...kang takleh tidu. hehehhe

    ReplyDelete
  5. @Telor Power a'ahh, akak pun rasa cmtu tau. yag 1st lagi lawak lah

    ReplyDelete
  6. @Siti Nurhuda Husna Zulkarnain tak dinafikan Sam memang comel...rasa nak cubit je pipi dia. hahahaha

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!