Tuesday, March 20, 2012

ANDAIAN | JADUAL PENGIRAAN GAJI BARU SSM 2012

Assalamualaikum ...






Kalau cerita bab gaji, rasanya semua orang suka. Tambah pula bila ada kenaikan gaji atau bonus. JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) belum pun keluarkan Pekeliling  baru pasai gaji dan semua 1.4 juta penjawat awam sudah tentunya tak sabar-sabar menunggu tentang kenaikan gaji sebanyak 13%, 9%, 8% dan 7% mengikut kumpulan jawatan masing-masing.





Bila SBPA dibatalkan, baru hari ini aku nak bercerita yang aku rasa puashati. Syukur. Kekeliruan terjawab. Nampak keadilan di situ. Bila YAB Najib, Perdana Menteri kita mengumumkannya, akulah orang yang bertepuk tangan depan TV dengan ayah aku. Suke sangat! Bila SSM diumumkan untuk ditambahbaikkan .... Alhamdulillah! Terima kasih juga buat Mantan KPPA, Tan Sri Ismail Adam yang mengepalai usaha review SBPA atas arahan PM. Salute! Aku tahu Tan Sri Ismail Adam nie seorang KPPA yang bagus. 


Mungkin aku orang yang lambat bercerita tentang pemansuhan SBPA. Idea siapalah SBPA nie, nampak sangat tak telus! Serius. Perkara yang menjadi tumpuan dalam SBPA dan SSM yang akan ditambahbaikkan adalah GAJI! Ya ... ramai sangat yang tak puashati dengan pengiraan dan kenaikan gaji dalam SBPA. Aku? Gred macam aku tak kisah sangat bab kenaikan gaji, kalau Kerajaan Malaysia bagi kenaikan gaji RM100 pun aku dah bersyukur, mungkin nampak sikit, tapi ia besar untuk golongan macam aku. RM100 tu, siapa nak bagikan? Cuma bila aku sendiri tak faham mana mana kaedah pengiraan gaji dalam SBPA dan senioriti terabai, memang aku sangat-sangat tak puashati. Bluuuuur okeh! Hari-hari doa bagi ada keadilan di situ.


Tapi, dalam SBPA yang tak dapat berjalan sepenuhnya baru nie, ada senior yang bercakap ... "Ala sikit je naik gaji ... baru RM500! baru RM800!". Bila ditanya berapa gaji naik? Jawapan yang diberi ... "Alah, tak banyak pun RM500. Nak buat apa dengan RM500 tu ... sikit!". Hello, duit sebanyak tu lepas banyak duit kereta atasu separuh duit rumah bulan-bulan tau!



Terkedu aku ... RM500 dan RM800 tu sikit ke?? Aku dengan member aku yang dengar masa tu, memang terdiam. Bagi mereka RM500 dan RM800 tu sedikit. Habis bagaimana pula aku dan kawan-kawan yang naik gaji masa tu tak sampai pun RM250? Tapi aku okey je. Ya-Allah, apa ke tamak sangat orang macam nie. Nasib baik SBPA tu dimansuhkan. Ada juga hikmahnya. Belajarlah bersyukur dan berkata cukup.  Manusia nie, lagi diberi ... lagi tamak jadinya.


Semalam aku blogwalking ke blog The Plain Yard, tertarik aku dengan pengiraan gaji yang dibuat oleh beliau. Sangat mudah faham. Tengok, bila SSM ditambahbaikkan nanti ... Insya-Allah semua orang akan faham. Tak semesti yang baru itu bagus dan tak semestinya yang lama itu perlu dibuang terus. Terima kasih sekali lagi buat YAB Najib atas pemansuhan SBPA. Dan terima kasih buat team yang mengkaji semula SBPA dan memansuhkan ia serta merancang menambahbaikkan SSM. Syukur! So, bila aku tertarik dengan pengiraan gaji di The Plain Yard, dengan murah hati aku sharelah dengan korang atas keizinan tuan belog jua.




Bagusnya blogger ini, dibuatnya jadual siap dengan formula. Dan korang boleh tukarkan berapa gaji korang sendiri. Kalau nak download sila ke blog The Plain Yard! Ini cuma andaian sahaja. Janganlah pula dah merancang yang bukan-bukan. Apapun tunggu pekeliling daripada JPA dahulu. Lepas tu, korang bolehlah rancang apa yang korang inginkan. Berjimat sama ye!




Itu sahaja cerita aku pasal gaji SSM 2012! Alhamdulillah .... syukur! Moga dapat dikongsi dengan semua yang menjadi kesayangan aku terutama mak dan ayah. 








CK : Tunggu berapa kenaikan gaji, nak tambah pelaburan dalam ASB nanti. Insya-Allah.

4 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!