Tuesday, March 20, 2012

NASI LEMAK ROYALE!

Assalamualaikum ...




Selamat pagi pembacaku! he he he, skema plak ayat permulaan aku pagi nie. Pagi-pagi aku cerita pasal makan. Walaupun aku dalam mood diet yang baru bermula, rasanya tak salah kot aku dok cerita pasai makan kat hangpakan. Aku baru dok pelan-pelan kayuh diet nie. Tak boleh drastik sangat. Nanti perut aku terkejut, aku pula yang kejung!


Meh, sini aku nak cerita pasai nasi lemak royale, Anak Bukit Aloq Staq Kedah. Nasi lemak yang aku pekena masa balik kampung 2 minggu lepas. Actually, aku dah lama sangat  nak try nasi lemak royale nie ... sedap ke idak daripada nasi lemak Mikamal. Asyik lalu dekat Istana Anak Bukit tu dok pandang-pandang je orang meramai yang datang. Dalam hati dok cakap, mesti sedap nie. Kalau tak, takkanlah sampai beratuq panjang nak beli nasi lemak dia. Sedaplah kot .... kot .... kot!


So, satu hari tu lepas aku teman mak pi ambil kekabu dekat Kuala Kedah, terus ajak mak pi dekat Istana Anak Bukit. Bukan nak pi mengadap Sultan Kedah ye ... chek nak pi beli nasi lemak je pun. Nasi lemak royale nie sebelum Istana Anak Bukit, memang sebelah sebelah je pun. Betul-betul dengan simpang empat traffic light yang nak masuk ke Pantai Johor.


Sampai je orang tak ramai lagi, aku pun beratur. Beli 3 bungkus nasi lemak. Satu untuk aku, satu untuk ayah dan satu untuk mak. Kita pakat-pakat makan nasi bungkus. he he he. Bukan selalu, hari-hari masak, sesekali nak try juga nasi bungkus. 



Aku beli nasi lemak ayam goreng, nasi lemak ayam pedas madu dan nasi lemak udang. Tiga bungkuih nasi lemak yang aku beli nie harga dia boleh tahan juga mahai dia. Aku rasa mahai dia tang udang tu. Kalau tak salah aku sekoq udang dalam RM7.00. Mahaikan? Tapi nak try punya pasai, mahai pun mahailah. Aku ambik 3 ekoq udang. Nanti boleh dapat sorang sekoq. Bila dah ambik sampai 3 ekoq, jadi nasi lemak udang tulah paling mahai jadinya.



Nie nasi lemak ayam pedas madu. Ayam pedas madu dia sedap tau. Balik rumah makan lauk dia share-share. Mak, ayah dan aku dapat merasa semua lauk yang ada. Lagipun pilihan lauk bagi nasi lemak royale nie tak adalah banyak. Ada juga gulai itik, tapi aku tak makan itik. Tak lalu dek tekak aku nie.




Yang nie nasi lemak udang yang aku habaq dekat hangpa tadi. Udang dia besaqlah juga, sebab tulah mahai kot. Udang dia nasib baik segaq juga. Sedaplah. Cuma keseluruhannya, campuran kuah bagi nasi lemak royale taklah sesedap nasi lemak dekat Restoran Mikamal. Restoran nie pula selepas Istana Anak Bukit. Dulu, aku dah pernah cerita dekat hangpa. So, googlelah sendiri. Malas pulak aku nak link. he he he.


Aku sebenarnya terpengaruh dengan cakap adik aku, dia kata nasi lemak nie sedap sangat. Yelah dulu dia study dekat Polimas, geng-geng dia cakap semua sedap. Tu yang aku teruja nak try juga. Bagi aku biasa-biasa je pun. Okeh, aku faham lidah kita tak sama walau adik beradik seibu dan seayah. he he he. Mak ayah aku cakap pun biasa je. Tak sedap tu bukan sebab nasi dan lauk pauknya, tapi campuran kuah dia yang menjadikan dia kurang kick. Dalam kurang kick pun, habis juga RM32.00 untuk 3  bungkus tu ... hu hu, boleh tahan mahai beb! 


Balik kampung nanti aku nak repeat nasi lemak Mikamal. Aku suka sebab ayam madu dia sangat sedap dan kuah campur dia memang best sangat! Harap-harap aku try 2nd time masih sedap jugalah. Kalau korang rasa nak try nasi lemak royale bolehlah try, manatau kot sedap dekat tekak korang kan kan kan ....


Untuk pengetahuan korang, nasi lemak royale nie ada 2-3 cawangan, tapi sorrylah aku tak tau cawangan lain kat mana. Cuma adik aku cakap, salah satunya dekat Pekan Jitra, Kedah. Bolehlah hangpa pi noooo.



Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!






CK : Bila boss asyik buat hal lagha je, aku pun naik busan! Huuuu sabaq ajelah.

7 comments:

  1. MasyaAllah mahalnya.. Hahaha tapi somehow nampak mengancamla jugak sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. @pizli memang mahal, tpi nasi baik cam ok juga la

    ReplyDelete
  3. Nasi Lemak Royal yang popular di sekitar Alor Setar, Kedah mempunyai cawangan di Ampang. Sesiapa orang Alor Setar yang mengidam boleh lah ke sana untuk melepas geram. Hehe :)

    Lokasi: Club House, Tiara Duta Condominium (Taman Putra Sulaiman), Ampang, Selangor, Malaysia 68000

    ReplyDelete
  4. Nasi Lemak Royal yang popular di sekitar Alor Setar, Kedah mempunyai cawangan di Ampang. Sesiapa orang Alor Setar yang mengidam boleh lah ke sana untuk melepas geram. Hehe :)
    Lokasi: Club House, Tiara Duta Condominium (Taman Putra Sulaiman), Ampang, Selangor, Malaysia 68000

    ReplyDelete
  5. Nasi Lemak Royal yang popular di sekitar Alor Setar, Kedah mempunyai cawangan di Ampang. Sesiapa orang Alor Setar yang mengidam boleh lah ke sana untuk melepas geram. Hehe :)

    Lokasi: Club House, Tiara Duta Condominium (Taman Putra Sulaiman), Ampang, Selangor, Malaysia 68000

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!