Rasanya baru petang tadi aku berborak dengan si MB pasal Pekeliling kenaikan gaji. Bila aku suarakan bab pekeliling tu, si MB kata abaikan je ... sampai masa nanti akan diedarkan. Kita jangan pening-pening kepala memikirkannya. Okeh, dengar kata. Aku abaikan aje!
Setelah penat seharian berjalan meneman Si MB meraikan hari istimewa dia, sampai je rumah malam nie aku on lappy. Seharian tinggalkan blog. Rindu beb. Sekali aku tengok dekat blog Anastasyea ada cerita pasal Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil. 1/2012 telah diedarkan. Apa lagi teruslah aku terjah ke web Jabatan Perkhidmatan Awam.
Alhamdulillah, memang betul Pekeliling Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Di Bawah Sistem Saraan Malaysia telah diedarkan. Pekeliling yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah telah diedarkan pada 30 Mac 2012! Kalau macam itu, pelarasan dan segala tunggakan gaji mesti akan dibayar pada April 2012. Syukur sangat.
Kalau korang nak download Pekeliling berkenaan, boleh pergi ke laman web JPA tak pun terjah sahaja blog Anastasyea. Gaji dah naik, so bagilah perkhidmatan kepada Kerajaan dan orang ramai dengan cemerlang, penuh dedikasi, amanah dan rasa tanggungjawab! Jangan culas ye.
Syukur, bila Allah beri rezeki di kala ini. Boleh juga membantu pada yang kurang. Ingat, dalam rezeki yang kita terima ... bukan semuanya hak kita. Tadi Si MB dah menyampaikan pesanan bermakna pada aku, pesan dia kat aku lebih kurang cam kat bawah nielah. Ayat aku dah ringkaskan supaya senang fahamlah.
"Kita nie kalau bab sedekah berkira sangat ... kalau nak sedekah masjid ke atau pada orang susah, pasti kita cari duit yang paling kecil nilainya untuk disedekahkan, tapi kalau kita bershopping, kita cari nilai yang besar untuk berbelanja. Sedangkan sedekah itu kita dapat pahala jika ikhlas malah rezeki kita bertambah. Kita semua nie dah kena belajar berubah ke cara yang lebih baik. Cuba setiap kali pergi masjid or surau ... kita sedekah dengan nilai yang lebih baik dan munasabah sikit! Bukan untuk sesiapa ... ke jalan Allah jugak!"
Okeh .... gulp gulp ... rasa insaf di situ! Menusuk tajam dada aku. ha ha ha. Gelak-gelak juga ... tapi ada betul dan benarnya. Kalau korang terasa, masing-masinglah kita berubah ye. Alhamdulillah kita dah naik gaji, so bolehlah sama-sama fikir bab sedekah nie.
CK : Aku temankan dia ... dari petang sampai malam jenjalan sempena hari istimewa dia. nanti aku update lagi ....
syukur ada juga penyelarasan gaji
ReplyDeletepada kaki tangan awam, kalau syarikat swasta sudah 2 thn tiada (syrkt skrg ni la) huhuhuhu terasa sedikit jeles dgn kakitangan kerajaan
@Telor Power Alhamdulillah syukur, takpa awak sabar ... mungkin ada rezeki dari cara lain yg Allah beri tapi kita tak menyedarinya.
ReplyDelete