Wednesday, March 14, 2012

BERMAAFAN ITU LEBIH BAIK!

Assalamualaikum ...




Bermaafan itu lebih baik. Buat apa kita nak bermasam muka, tambah pula kalau kita berada di dalam ruang lingkup yang sama. Bila Ogy Ahmad Daud membuat keputusan memaafkan Johan Raja Lawak, itu adalah satu perkara yang baik dan mulia.


Mula-mula mungkin kita ada perasaan marah, bilamana ada yang mengecilkan hati kita. Tapi sampai  bila kita nak menyimpan rasa marah dan dendam dalam hati. Kelak, yang merana adalah diri kita sendiri. Jika sesuatu perkara itu elok diselesaikan dengan baik, maka selesaikanlah.  Bermaafan adalah satu perbuatan yang mulia malah akan memberikan ketenangan hati pada diri kita.


Apa yang aku cakapkan di sini bukan sahaja berdasarkan cerita Kak Ogy yang sudi memaafkan Johan walaupun agak mengambil masa, tetapi lebih merujuk kepada diri dan pengalaman yang aku lalui sendiri. Kebiasaannya, bila kita marah … bermacam perkara bermain di fikiran kita, semua perkara yang bermain itu adalah negatif belaka. Masa inilah syaitonnirrajim datang menghasut kita dengan pelbagai benda-benda buruk untuk kita lakukan. Syaitornirrajimkan suka kalau anak cucu cicit Nabi Adam nie bermarahan selalu. Mudah kerja dia … katanya!


Dulu, aku pun ambil masa untuk memaafkan orang. Bila dah sejuk. Bila dah mampu berfikir dengan baik, bila dah rasa hati seakan lega. Bila rasa apa yang berlaku adalah perkara kecil sahaja yang tidak merugikan apa-apa, maka … kemaafan itu akan datang dengan sendirinya! Maaf yang datang dengan sendiri itu lebih ikhlas, daripada kita memaksa diri memaafkan seseorang ketika sedang marah! Eh, tapi ada ke tengah marah boleh maafkan orang?? he he he, susah nak percaya la.


Maaf yang datang dengan sendirinya itu akan buat kita lupakan kesilapan seseorang pada kita. Bila dah lupa tu, ikhlaslah jadinya. Insya-Allah! Tapi kalau mulut cakap maaf, tapi hati dan kepala masih ingat dan usaha untuk mengungkit …. payah ceritalah! Taktau mana datangnya ikhlas pulakan??


Kita nie manusia, ada lemah dan ada kurangnya. Tapi kita juga ada kekuatan dan kelebihan. Jangan lupa itu! Kadang-kadang kita lupa … nasihat orang memang pandai, tapi bila kena pada diri … mula ada rasa, “Eh! Susahlah aku nak maafkan dia …. sakit hati aku dengan apa yang dia cakap!". Contoh! Aku kadang-kadang pun macam tu. But, bila dah waras balik (sejuk dah hati maksud aku), barulah start fikir, “apasalahnya aku maafkan dia, tak rugi pun!”. Contoh!


So, jom kita sama-sama bermaafan! Tak rugi pun …. Insya-Allah! Jangan tunggu time Hari Raya Puasa dan Raya Haji je baru nak bermaafan, sebaiknya sebelum tidur kita memaafkan semua orang. Insya-Allah hidup kita akan jadi lebih tenang dan berkat!










CK : Bila marah, muka pun dah jadi tak cun adik aku cakap ... dululah! hahahah

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!