Tuesday, May 27, 2014

BUSY

Assalamualaikum ...


Blog sepi sekejap
Keje opis belambak
Keje rumah pun belambak juga

So, blog dok sini sorang2 dulu yek
Cik puan sesangat busy.
Pada yang sudi singgah walau tiada entry baru, terima kasih daun keladi
ngeh ngeh ngeh

Friday, May 23, 2014

RED BULL AIR RACE DI PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...


Dah suam acara ni ... dah habis pun baru nak update. Aku kan jenis update blog ikut suka hati aku. Takde kesinambungan langsung. Main taram je mana dan kan. Sabtu Ahad baru ni ada Red Bull Air Race di Presint 4 dan 5, Putrajaya. Gigih aku dan hasben ke sana. Tak pernah tengok race kapal terobangkan. So, mari kita saksikan ia. Julung-julung kali diadakan di Malaysia. Kat Putrajaya pulak tu. Tumpang bangga sekejap.

Ingatkan pergi hari Sabtu je layan air race tu. Aku dah kabor, untuk final race ni hari Ahad macam malas je nak pergi. Sebabnya aku pergi office. Ada keja. Malas aku nak ngomel panjang. Gambar dah lama terperam. Meh kita share sikit dulu. Ada banyak lagi gambar yang belum sempat nak edit. Kemudian-kemudianlah. Aku ni busy, tak sabar nak habeskan bulan Mei. June nanti harap-harap tak busy macam sekarang. Semput achik tau!


Masa aku dah hasben sampai, dorang ni tengah sibuk nak alihkan banner kat tepi tasik nie. Untuk first entry Redbull kita layan suasana yang ada dulu. Aku ni kan spesies suka tengok orang bila pi event. Seronok pulak tengok gelagat orang nie.


Siap ada yang bawa tikar macam berpiknik pun ada. Bentang tikar. Lepak ramai-ramai anak beranak. Omputih ni sibuk je bincang apa ntah, pasai Redbull kot. Tak pun dia mesti cakap, cantik betul Putrajaya! ekekeke. Tengok si baby sampai tertidur di bahu ayahnye. Dah la panas. ... sian baby! 


Suasana. Orang ramai. Bangunan 4 sekawan.


Inilah acaranye! Red Bull Air Race. Bersambung di entry akan datang. ta ta ti ti tu tu .....




p/s : Seronok tapi panas dan berlengas

Wednesday, May 21, 2014

MEE HAILAM YANG SEDAP DAN GORJES!

Assalamualaikum ....


Aku kan gigih semacam dan susah nak putus asa untuk sesetengah perkara. Cuma aku nie jenis tak riuh nak bagitau sana sini. Apa yang aku plan, sume aku pendam. Hah, nak-nak dalam memasak ni ... selagi tak jadi selagi itulah aku akan cuba sampai jadi. Bila dah jadi, anytime boleh stop! Anggaplah dah pandai ... muahahaha. 

Kan aku cakap sebelum ni yang aku tak mereti pun nak masak mee/kuewteow/bihun hailam, sup, ladna dan yang seangkatan dengannye. Goreng-goreng bolehlah. Masakan berkuah ni agak kurang. Memandangkan hasben jenis bawa bekal pegi keje for breakfast and lunch, maka gigihlah isteri belajar menu baru. Asyik-asyik goreng je, aku yang tak makan pun bosan nak masak. Nak gak try menu lain kaaaaannnn! Sejak sebulan lebih hasben bawa bekal pegi keje, betapa jimatnye duit belanja dia tau. Untung! Duit dia semata-mata buat isi minyak motor je. Hasben nak bawa bekal gi keje, kita layan je. Tak kisah. Janji happy! Tapi penat sketlah bab nak bangun awal tu ... kena setting masa dan keje bebaik. 

2-3 hari ni aku dok try buat mee hailam, nak-nak aku puasa ... so nafsu makan kadang tak keruan sangat. Balik keje asyik teringat mee hailam je, ntah kenapa ntah. Pembawakan budak ke? Rasanye belum ada pape lagi. Takpelah mungkin nafsu serakah biasa kot. Dekat office petang semalam, gigih aku google recipe mee hailam paling sedap. ngeh ngeh ngeh. Nak belajar masak hanya berguru dengan blog2 masakan je. Okeh juga tuh, ilmu penting dicari. Akhirnya menjadilah mee hailam aku. Tengok pic bawah ni yek. Sebelum ni aku masak mee hailam, bantat! Dah macam mee basah dah. Kali ini superb jugak rasanya. Standard kalau masuk lif tekan sendiri. muahahaha


Sila terliur dengan mee hailam aku. Tak terkata hasben aku makan tau. Sedaplah tu! Tak sia-sia aku google recipe dekat office. Walaupun belum sampai skill masak dengan pejam mata dan masih kena belek recipe, sekurang2nya ada usaha nak mencuba. Sila bangga dengan diri sendiri. ngeh ngeh ngeh. Resepi adalah seperti di bawah. Kalau nak try bolehlah, pasti tak mengecewakan anda. 

Resepi : Mee Hailam Paling Sedap
Sumber : Open Minda
Pencuba : Cik Puan Rann

Bahan-bahan ( Hidangan untuk 4 )
  • 1/2 kg. mee kuning
  • 1/4 kg daging ayam dan daging lembu
  • 10 ekor udang (sedang)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 sudu besar ciliboh
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1 potong kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 bungkus ‘baby corn’ - aku tak masukkan sebab takde
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang
  • 2 biji limau nipis
  • Sos cili dan sos tomato Kicap
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air

Cara-cara

  1. Ayam dan daging direbus bersama 4 cawan air.
  2. Tumis bawang (putih dan merah) yang telah ditumbuk sehingga naik baunya. Kemudian masukkan ciliboh dan kacau hingga garing.
  3. Masukkan udang dan rebusan daging serta ayam tadi.Tambah garam, ajinomoto serta sedikit gula (secukup rasa). Masukkan lobak merah,’baby corn’ dan kobis.Masukkan pula sawi dan mee.Tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi.
  4. Tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau.
  5. Akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak. Untuk menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta hirisan limau nipis.
*nak lagi best, pecahkan telur ... biar separuh masak. slurrrppppppppp sedap tau. gambar yang ada telur malas aku nak edit. layan ajelah gambar seketoi ni pun ookey. bukti aku masak. he he he he

Dan pagi ini plak, aku bekalkan suami mee sup ayam dan bihun sup. Cerita mee sup nanti-nantilah yek. Dah nak pegi keje dah ni. Sekarang ni sebelum pegi keje aku update blog dulu kalau sempat. Dekat office jangan haraplah nak dapat update blog. Blogwalking pun curi-curi je. Keje banyak satu hal, nanti ada yang report plak aku dok update blogkan. So, time keje kita buat keje bebaik! Nanti boss sayang ....aicheeeeh!!

Okeylah achik cau cin cau dulu. Selamat mencuba recipe mee hailam paling sedap dan gorjes ni yek. 




p/s : Hari kedua puasa untuk minggu nie. Alhamdulillah. Minggu depan nak target penuh seminggu kalau dapat. Kalau dapatlah .....

Tuesday, May 20, 2014

BISNES

Assalamualaikum ...



Sama macam orang lain, aku kekadang ada juga kehendak untuk berbisnes.Tujuan utama mestilah nak menambah pendapatan sampingan buat pergi spaSebelum ini, aku gigih menerima tempahan buat kuih yang simple dan aku sendiri suke makan. Macam roti jala, roti sosej, popia sardin, popia nestum, popia twisties. Masak ni memang seronok, walaupun penat … tapi bila dapat hasil rasa puas hati sangat. Cumanya kadang tempahan datang tak kena dengan masa. So, suka tak suka aku kenalah tolak orderkan. Buat kuih ni bukan full time, keje dengan gomen je yang full timenye. So, Marilah utamakan mana yang utama okeh.


After kahwin aku dah kurang ambil tempahan buat kuih. Hasben kata kesian tengok aku penat je kadang tu. Kadang aku ambil juga especially dengan kawan-kawan. Tak sampai hati. Dengan kawan-kawan pun ada masanya terpaksa aku tolak order sebab selalu balik kampung mertua. Pasrah. Now, aku banyak buat kuih untuk stok di rumah ajelah. Frozenkan. Cuma 2-3 minggu ni je belum start engine buat kuih frozen. Sibuk.

Dalam buat kuih, sempat juga aku jual Shaklee kat kengkawan. Yang kadang ada mood rajin, kadang mood malas. Yang malasnye nak pi pos laju lah ngepos barang. Walhal poslaju dengan opis sekangkang kera je pun. Dah dasar M besar kan … tak leh buat apa. Hatidan kehendak beriya nak berbisnes, tapi tahap kerajinan kurang. So, janganlah ko mengharap kejayaan yang besar dalam kehidupan ini. Kejayaan dalam bisnes ni hanya untuk orang-orang yang rajin berusaha je. Berdoa dan bertawakal. Kalau tak rajin, sila duduk tepi sikit ye. Bagi laluan kepada yang nak berjaya. Ekekekeke.

Apapun, aku tetap akan berusaha capai impian aku dalam bisnes. Kalau tak sia-sia company yang telah didaftarkan tu. Bukan apa, bisnes ni pekerjaan yang bagi kepuasaan. Pernah merasa jadi peniaga kecil … dan tahu jugaklah selok belok susah payah. Lagipun, aku kan cucu sang peniaga. Nenek aku adalah peniaga kain dan ubat. Heh, jual ubat pun hokeh jugakkan??







P/S :Ini bukan angan-angan, tapi impian yang sedang didoakan untuk jadi kenyataan.

MACAM SAHUR

Assalamualaikum ...


Dah 12.30am.
Hasben masak nasi dan buat nasi goreng daging.
Dia kejutkan aku bangun.
Makan.
Tengok blog.
Mata dah nak lelap.

Terima kasih hasben untuk nasi goreng daging yang sedap
Dah macam sahur.
Esok boleh puasa sunat Rejab.

Penat punya pasal. Sabtu Ahad keje.
Isnin balik keje lambat.
Hasben pulak jadi tukang masak.
Walaupun best, jangan amalkan. Not good.
Diri tetiba rasa bersalah.

Apapun, terima kasih hasben. Love u so much.
Jom tidur! Pagi nanti nak bangun awal.
Keje!


p/s : Isteri kadang ikut kata hati yang penat. Nak lelap je mata.

Sunday, May 18, 2014

MENU WAJIB SETIAP BULAN

Assalamualaikum ...


Happy Sunday. Esok dah keje. Semalam pun aku keje dan hari ini pun kejap lagi aku masuk keje. Pasrah! Semalam sempat juga aku pergi tengok Redbull Air Race dekat Presint 4 dan 5 Putrajaya dengan hasben dan adik ipar aku. Walaupun tak paham sangat race ni, tapi happening jugalah. Teruja jugaklah dengan aksi kapal terobang berkenaan. Aku ada ambil gambar, nanti yek aku share ceritanye. Malam ni kalau sempat aku buat entry pasal Redbull Air Race ni oke. Hari ini last air race nie, tak sure nak pergi ke tidak.

Rini takde idea nak cerita apa sangat. Sambil nak siap pi keje, kasi update satu entry la untuk tatapan korang yang disayangi. Aicheeeeeh! Sekarang ni aku dalam proses nak pelbagaikan menu simple di rumah dan bekalan untuk suami ke kantor. Masih lagi dalam proses nak belajar masak yang best-best. Setakat goreng-goreng tu kira luluslah kot ... tak dapat A, B pun ok ye dok. he he he. Aku tak pandai sangat nak masak mee/bihun/kuewteow hailam, ladna, kungfu, kantonis dan serba mak nenek menu. Pernah try, kadang jadi ... selebihnya tidaklah. Selalunya rupa je sama, tapi rasa dia lain.

Dah kerana masih dalam proses belajar dan risau nak bekalkan hasben dengan menu misteri takut dia tak makan ... aku bekalkan dan buat menu yang hampir sama je kat rumah. Meh kita layan menu-menu aku yang slamber. Ini antara menu wajib setiap bulan tau. 


Bihun goreng simple ... 


Bihun sup. Menu malam di kala hujan. Selain maggi kari, hasben juga akan request menu ni


Maggi goreng chickenballs kesukaan aku. Kalau hasben suka maggi kari/sup ... aku pulak suka maggi goreng! Nak-nak maggi goreng ayam restoran mamak. Sedap tau!


Mee kasar ni aku try buat style hailam. Hasben aku cakap ... macam tak jadi je, bantat! muahahahah


Mee goreng. Telur mata.


Menu minum potang untuk hasben sebelum dinner. Sosej roll dan popia sardin aku baut sendiri. Frozen. Kentang tu je aku beli. 


Dan ini adalah menu pagi Ahad. Kan dah cakap aku suka makan maggi goreng. Dan ini adalah maggi goreng tomyam. Buat bekal pegi keje sekali ni. 



sekian.cerita menu aku yang sangat-sangat simple. recipe? alaa goreng-goreng je pun, budak 12 tahun pun pandai. he he he. aku baru belajar buat menu budak 12 tahun. impian nak belajar masak macam-macam, tapi masih lagi jadi impian. entah bilalah nak cuba masak yang best-best.



p/s : sebab asyik makan, maka gemuklah saya.

Saturday, May 17, 2014

OVERTIME

Assalamualaikum ...


Salam. Happy Weekend. Walaupun weekend, aku sedih kot kena keje juga. Bapak malas sekang nak keje hari cuti. Banyak keje punya pasal tambah plak benda yang takde dalam SKT ditambah, suka tak suka aku rela buat overtime (ot). Orang cakap ot nie memang masyuk. Masyuk bagi yang gaji besar. Gaji kecik macam aku, cukup Alhamdulillah. Lepas la buat pi spa. muahahaha. Sebut pasai spa, malam tadi aku cakap kat hasben, "sejak balik dari Bandung ... badan ni terasa nak gi spa je manjang!". Ewah ... terus menjeling sengat hasben aku. Mesti hati dia berkata-kata, tu nak perabih duit aku la tu! hu hu hu

Macam aku dah kabor dekat korang, bulan Mei ni perlu keje dengan tengkuling telangkup. Busy ngalahkan PM habaq hang. Tangan ada dua ja, kaki pun sama .. otak ada satu, nak buat yang tu nak buat yang ni ... nak pikir itu nak pikir ini. Last-last ada juga yang aku terlupa dan tak terbuat. Sadis. Hari ini, lepas goreng bihun daging burger (tiru style hasben yang buat nasi goreng daging burger ... peniru aku nie), siap-siap datang keje. 11.30 pagi baru masuk office. Okeylah tu, janji keje rumah kena settlekan dulu. Kemas rumah, hasben la buat. muahahaha. Malam tadi dia dah promise nak kemas rumah kecik kami. Thanks laling! Love love u so much tau. But ... but, pagi tadi hasben dah cakap ... start June, try la untuk tak ot weekend. Yes, laling ai paham sangat. Sekarang ni keadaan memaksa T__T .... sapa yang nak keje 7/7, giler ko .. penat tau. Orang lain berjimba-jimba tapi kau kena keje. Best ke camtu? Of course la tak kaaaan!


Sebenarnya keje menjadi susah sebab kurang kejesama. Kadang aku pandang, konsep keje kat office aku ni, lebih kepada 'fardhu kifayah' ... orang lain buat kita tak payah. Paling susah nak membentuk semula hati-hati tua yang masih meneruskan sikap-sikap keje orang gomen zaman dulu kala. Ada juga yang muda-muda ni dah jadikan yang tua tu sebagai mentor. Perangai lebih kurang sama. So, perit! Aku plak, ada masa lebih suka berdiam diri, malas nak bercakap ... malas nak bertegur sebab taknak bergaduh dan taknak ada yang akan terasa hati dengan cakap-cakap aku nanti. Daripada buat dosa, baik diam. Kalau kita tegur, orang nak menerima ... so, finelah! Kalau jenis suka juga nak melihat keruntuhan atas apa benda baik orang lain buat, susahlah!

Actaully, susah nak ubah sikap dan mentaliti orang. Dan kerana itu bagi sesetengah perkara kita terpaksa korbankan diri sendiri untuk selesaikan keje. Nak buat macam mana .... cuma hati ni terus berfikir untuk pencen muda! Itu je.




p/s :Paling menyakitkan hati, bila ada yang cakap-cakap belakang. Nak menolong tidak, nak menjahanamkan laju je. Perit!

Friday, May 16, 2014

SUAMI DAN KERAJINANNYA

Assalamualaikum ....


Hari ini aku lambat masuk office. Buat macam office mak ayah sendiri yek. hu hu hu. Malam tadi tido lewat, plan nak bangun 4.30 pagi untuk masak dan sahur. Tapi hanyut entah kemana. Minggu ni kan minggu puasa aku. Oh, belum cerita lagi la bab puasa dekat korang. Aku dah dapat 3 hari puasa minggu ni. Alhamdulillah. Target nak direct je untuk 5 hari dan Sabtu Ahad tak perlu puasa. Biasalah bila percubaan puasa ini, adalah syaitan yang datang menggoda. Goda bab makanlah. Orang ajak pi bersukanlah. Nak belanja makanlah. Semua ada. Betullah ustaz ustazah cakap, kalau kita nak sesuatu ke arah kebaikan, godaan akan datang dari setiap sudut. Atas, bawah, tepi, kiri kanan ... belakang, semua ada dugaan. Jadi, perlulah bertabah sentiasa dan bersabar. Kuat semangat! Lagipun aku memang dah niat nak puasa sunat untuk bulan Rejab dan Syaaban ni. Sebelum ketibaan Ramadan, baik aku bersedia dulu. Dan ini pulak adalah tahun pertama berpuasa sebagai isteri. Practice make prefect! muahahahahaha. Alhamdulillah, minggu ni aku dapat 3 hari puasa sunat. Boss aku dah pesan, isteri kalau nak puasa sunat kena minta izin suami. Boss aku ni memang lawak, sejak aku kahwin memacam dia nasihat. Kadang merepek je lebih!

Okey dah bab puasa. Intro je tu. Sebenarnya nak cerita bab lain tapi still ada kaitan dengan puasalah. Minggu ni adalah minggu sibuk aku. Stress achik tau! Nak kata minggu ni pun tak juga, sejak 2-3 bulan ni aku memang busy. Nak rehat kadang tak sempat. Dan sejak kahwin aku dah jarang balik keje jam 8 atau 9 malam. Selalunya before 7pm tu aku dah cabut balik dah. Sabtu Ahad pun aku dah jarang OT sangat. Baik dok rumah. Bermanjaan lagi best. ooopsssss. Cumanya bila masuk Mei, aku dah kelam kabut sebab beban keje tetiba jadi luar biasa. Dan Rabu baru ni aku balik keje 8.15 malam. 8.30 malam baru sampai rumah. Kesian hasben dekat rumah sensorang. Sambil buat keje sambil fikir, apalah hasben makan. Mesti dia dah lapar. Tetibanye aku dekat pintu grill rumah, nampak macam kelibat orang dekat dapur. Eh, hasben masak ke? Well, hasben aiollss memang pandai masak, cuma bila dah kahwin nie tugas masak memasak, basuh baju semua aku ambil alih. Hasben aiolls dok depan tv ajelah sambil goyang kaki. But ... but ... tak bermakna dia tak membantu aku. Hasben banyak tolong kemas rumah dengan lipat kain. Kadang dia bebel juga, eh macam dah satu tanggungjawab plak. Isteri plak dok jual ayat, "perkahwinankan satu perkongsian ... kenalah kita sesama berkongsi buat keje rumah!". Hangeeeen je hasben. he he he

Walaupun macam tu, hasben aku ada masa dia memang sangat memahami. Macam aku dah balik keje lambat baru nie, sampai rumah dia dah masak. Siap masak nasi, kemudian buat nasi goreng. Nasi goreng gorjes air tangan si suami! Bila orang lain yang masak, sesekali selera berubah ... terus rasa sedap. Yes, diakui hasben aku memang pandai masak cuma dia dah tak rajin masuk dapur T_T. Dari aku yang diet nasi ni, seminggu sekali je makan nasi itupun kalau balik rumah mertua, kalau tak balik ... memang aku tak akan makan nasi. Aku makan siap bertambah kot. Sedap. Hasben aku kalau dia tengok aku punya nafsu makan semacam, jadi apa jua keadaan dia akan offer aku untuk habiskan. Macam tau tau je. Dia akan makan cukup-cukup kenyang je. Takde terlajak kenyang. Aku plak dah orang lain yang masak kan, gelojoh lah sikit. Macam bertahun tak jumpa makan ... he he he 


Inilah rupa nasi gorengnye. Ada daging. Ada fishcake. Style hasben masak pun tak sama macam aku. Malam tadi rasa macam nak request je nasi goreng camnie. Tapi susah la nak dapat ... tunggu balik keje lambatlah pulak baru dapat nasi goreng sesedap camni. Lelaki sekali tunjuk power masak, terbalik segala perempuan. he he he.

Dan pagi ini, bangun lambat ... hasben juga yang ionkan baju keje aku. Alhamdulillah. Terima kasih yayang. Lebiu sangat! Hasben aku ni rajin bila saat mendesak. Itu yang kadang sukar nak jangka dia nak buat sesuatu atau pun tak kan. Walaupun tak selalu hasben tolong, tapi aku rasa sangat bersyukur. Yelah, aku keje ... dia pun keje. So, bila balik keje sesama penat. Jadi adalah lebih baik sesama bantu membantu untuk meringakan beban keje di rumah. Kadang aku penat sangat, aku tidur je. Dah tak terdaya ... nak buat macam mana. Paksa buat keje kang, pengsan plak. Hospitallah jawabnye! Oleh itu, marilah kita saling bantu sesama suami isteri supaya kita sentiasa sihat dan rasa tenang serta menambah kenikmatan kehidupan rumahtangga. Ewaaaah ... nasihat dari orang yang tak sampai setahun jagung kahwin. Bapakkk poyos!!

Sebulan sekali hasben aku tolong buat kerja rumah, boleh buat aku senyum seminggu. he he he. Isteri biasanya rasa seronok dan bangga bila hasben tolong dia. Tak banyak, sikit pun jadilah! Nak-nak zaman sekarang isteri semuanya bekerjaya, so ... suami amat diperlukan untuk membantu keje-keje di rumah. Alah, tolong lipat kain je. Tolong mop lantai ... yang tak perlu buat selalu tu. Okehlah kan ... kan ... kan ... itu tak bermakna isteri adalah queen control ye. Kang marah plak suami-suami kat luar sana dengan aku. Ampun yek! Aku cuma cerita realiti kehendak hati seorang isteri. Tu je .... jangan marah ok. Not gooooood!

Apapun, saya sayang suami saya. Eh ...!



p/s : Kadang tu ada gak selisih faham pasal keje rumah. Muahahahah gaduh-gaduh sayang.

HEADER BARU

Assalamualaikum ...


Dah 5 bulan berlalu untuk 2014, aku baru terasa nak tukar header. Lama jugalah aku guna header awek dan boifrennye tu. Aku bukan reti nak buat header cantik cam korang. Main hentam je. Tak kreatif sangat. Semalam, lepas balik keje ... menunggu hasben balik, mai kita godek blog. Pandang blog sendiri rasa ... sama je ... macam tu je. Takde perubahan pun? Makanye dengan sedikit ilmu dan idea yang tak berapa nak kretip, akhirnya terhasillah header kanta pembesar nie. he he he. Tak semenggah je rasa. Tapi bolehlah. Dari takde apa perubahan langsungkan. Nanti esok-esok ada masa aku try edit yang baru lagi. 



Boleh la dari takde. Header lama tu aku simpan buat kenangan dalam folder. he he he. Sesekali nak juga ubah citarasa. Aku nie bukannya reti sangat bab IT. Selalunya google je kalau nak buat benda-benda berkaitan blog nie. Kalau ada kelas, bolehlah join sama. hu hu hu.



Ini header yang lama. Dan lama jugalah aku bersama header mak dan anak gajah ni. Dari aku bujang sampailah dah kahwin. he he he. Esok kalau aku rajin, aku buat lagi header lain. Sampai aku rasa macam dah letih sangat ... jadi gunalah apa yang ada. Kalau takde header rasa macam bogel pulak blog aku nie. Dah la blog pun biasa-biasa je. Header pula takde. Tak ke rasa macam sadis je nanti. he he he

Okeylah. Mata dah kuyu. Masuk tidur dulu. Esok dah Jumaat .... lusa dah cuti. Tapi aku tak cuti. Sabtu Ahad maybe kena keje, tapi aku plan ngan hasben nak pi tengok Red Bull Air Race dekat Presint 4, 5 dan 6 Putrajaya. Dapat tiket free kau! 9 keping ada lagi kat aku. 1 dah letgo kat kawan. Esok kawan hasben nak dua .. so adalah baki dalam 3-4 lagi. Tatau nak kasi sape. Benda percuma, so kita kasi orang pun percuma. Tak rugi apa-apapun.

dah dah ... start melalut plak. nite ye.

Update : Sebelum tidur aku try lagi buat satu header. so sekarang, ... ini header terkini yang aku guna. he he he. Sempat lagi tuh! Aku kan species manusia yang susah puashati dengan keje sendiri. Nak cerewet dengan diri sendiri takpe, jangan cerewet dengan orang lain, nanti orang menyampah.







p/s : Rabu keje sampai malam, tadi balik keje letih sesangat!

Thursday, May 15, 2014

PUTRAJAYA HORSE CARRIAGE

Assalamualaikum ...


Walaupun aku stay di Putrajaya, tapi masih ada perkara yang berlaku di Putrajaya yang aku ketinggalan. Sibuk sangat dengan keje sendiri dan diri sendiri, tuh banyak benda dan event dekat Putrajaya aku tak amek port sangat pun. Kadang rasa macam tak penting. Dan kadang rasa macam tak best mana pun  untuk amek tahu. he he he he. Cumanya ada satu benda ni aku rasa best bagi aku. Tadi tergodek-godek FB Perbadanan Putrajaya, terjumpa plak FB Putrajaya Horse Carriage. Wah, ini macam best jerk. Mari aku kongsi dengan korang. Nanti bawa anak-anak datang yek. Aku pun rasa macam nak ajak hasben aku naik kete kude ni. Tapi dia mau ka?









Koleksi gambar semuanya aku ambil dari facebook Putrajaya Horse Carriage. Tengok, cantikkan kereta kude dia. Serius boleh buat diri sendiri perasan jadi Cinderella tau kalau naik kete kude macam nie. Yang warna putih tu aku berkenan. Terus terasa macam orang kaye kaye. he he he. Nampak sangat aku spesies kuat berangan.

Kalau korang berminat nak naik kereta kude nie, bolehlah pergi dekat Dataran Putra, Presint 1, Putrajaya. Depan Masjid Putra dan bangunan Perdana Menteri tu je pun. Nak info lanjut boleh contact no tuan punya kude neh ... ekekeke ... 016-323 8778. Eh, betul ke tuan punye kude? Pengurus kude kot nieh. he he he.

Okeh, selamatlah menaiki kete kude. Nanti story-story la kat aku cajnye berapa yek ...



p/s : First time menunggang kude 2 tahun lepas, terus rasa insaf. Giler gayat kooot!

Wednesday, May 14, 2014

MAGGI LAGI

Assalamualaikum ...


Kadang aku rasa pelik dengan hasben. Dia suke je nak makan maggi kari. Tapi bukan maggi yang cepat dimasak sedap dimakan tu. Itu masak 2 minit je. Yang ni lambat masak tapi double super duper sedap dimakan. he he he. Malam tadi lepas balik keje, hasben ajak pi Pasar Borong Selangor (PBS). Dah lama tak ke sana. Aku memang suke biler pi PBS tu. Suke tengok sayur-sayur hijau yang segar-segar. Sampai rasa buntang mata tengok. Lagi satu, rege sayur kat sini murah berbanding dengan Pasar Tani Putrajaya. Lagi berbaloi shopping kat PBS. Duit lebih boleh simpan untuk travel. kikikiki.

Mula tu pi Balaji dulu, borong segala bawang, kentang, suhun, fuchuk, cili boh bagai ... then baru pi kat pasar basah pulak untuk beli sayur dan ikan. As usual, beli barang basah/mentah mesti untuk stok seminggu. Malaslah aku nak ke pasar berkali-kali seminggu. So leceh hokeh! Nak-nak pasar awam Presint 8 yang mahal serbagala tu, lagilah aku tak suke pegi. Mahal dowh ikan, ayam ... sayur ... bak kata bagi aku semua mahal. Boleh bilang dengan jarilah setahun berapa kali aku pi pasar awam Presint 8 tu. Kecuali terpaksa, suka tak suka kenalah pegi juga. Pasar Tani Putrajaya pun mahal jugek barang2nye. Lagipun, PBS dengan Putrajaya bukan jauh sangat pun. Nak kira minyak dengan parking pun masih berbaloi shopping barang mentah/basah kat PBS. Lagi jimat duit! Lagi macam-macam boleh beli.

Balik dari PBS terus pergi Cyberjaya, jumpa adik ipar aku sekejap bagi barang. Pastu borak kejap then terus balik. Sampai rumah dah 10pm. Ikut hati aku nak mandi dan tidur je. he he he. Tapi dah ada suami, ko kenalah isi perut suami dulu. Jangan buat tak nampak plak suami dok depan tv tu. Aku terus masuk dapur nak kemas barang .. terus tanya hasben nak makan ape. Ingat tu malas dah nak masak sebab menu siang tadi pun ada lagi. Tak masak kang, hasben aku tak suke sangat makan makanan dipanaskan semula ni. Kalau boleh dia nak yang fresh je ... yang baru masak camtu. Dah tahu sangat dah pe'el dia.

So, dia request maggi kari. Eh, dia request ke aku yang bagi cadangan yek... dah lupe. he he he. Kalau aku tak bagi cadangan pun hasben aku memang suke je makan maggi kari hujan-hujan nie. Hujan + maggi sup/kari memang dah sinonim dengan hasben aku. Aku bersyukur sangat, memalam biasanya hasben tak pernah lagilah request menu yang susah-susah untuk aku buat. Aku rasa dia pun faham kadang aku penat keje. Apapun, aku juga kena prihatin gak dengan tekak dia. Takkan nak melantak menu simple je memanjang. Sesekali nak gak try buat mee rebus ke ... mee bandung ke ... nasi arab ke (ewaaah cam poyo je nak buat nasi arab nie, walhal tak reti pun!).

[gambar tak memuaskan, guna camera hengpong jerk]

Hasil dinner untuk hasben malam tadi. Maggi kari sotong yang super duper yummie. Siapa lagi nak pujikan kalau bukan diri sendiri. ngeh ngeh ngeh. Curlasss ko, masak maggi kari letak sotong ... telur bagaikan. Manalah tak taksub hasben makan. Siap minta tambah. Makin bam-bamlah hasben achik ... hu hu hu. Aku tak dinner malam tadi. Sebab masa balik keje aku dah bantai makan dulu sebelum pi PBS. Lapaq sangat. So, aku cuma temankan hasben makan ajelah sambil borak kosong. Isteri kena teman suami makan, barulah tak rasa sunyi dia makan sorang-sorang. Echeeeeh ... poyos!!

Sekian cerita perihal maggi .... punyalah panjang lebar. Harap korang takdelah jemu nak baca apa yanga ku sedang merepek nieh. Sama-samalah kita merepek yek. 





p/s : Bila fridge dah penuh dengan bahan-bahan mentah, baru mood nak masak meningkat dengan jayanya! echeeeeh.

Tuesday, May 13, 2014

NAK KEMBALI BERDIET, TAPI ASYIK GAGAL

Assalamualaikum ...


Blog aku antara tumpuan mengenai diet atkins. Walaupun aku belum berjaya sepenuhnya sebagai atkiner! Tahun 2012 memang aku agak tegar mengenai diet atkins ini sehinggalah pertengahan 2013. Dengan jayanya dapat turunkan berat sebanyak 10kg dari berat asal 65kg kepada 55kg. Serius time tu aku memang suke sampai lompat bintang. Kalau ada lompat bulan pun aku akan try juga time tu. Kemain happy habaq hang! Dapatlah aku merasa dengan badan yang comel tapi tak berapa nak slim sangat dengan 55kg masa bertunang pada 6 Julai 2013. Yeebaaaa sangat tau bila pakai baju tunang terus perasan macam suwet! kikikiki.

Malangnya, after aku bertunang ... terlebih happy gamaknye, makan pun tak jaga. Dah tak follow pun rule atkins. Manusia kalau dah happy memang camtu. Manjang lupa diri!Yang lupa diri tu hakulah. Bayangkan, aku tunang bulan Julai ... then November dah nak nikah ... kurang lebih 4 bulan je tunang. Mak ayah aku cakap tunang takyah lelama. Tak elok dan tak manis. Adik aku yg no. 1 ngan abang aku bertunang 6 bulan. Adik bongsu aku sorang je bertunang sampai setahun. Lepas tu ayah asyik bising ... bila nak tetap tarikh nikah. Bernanah telinga kau dik ... dengar ayah bising. hehehehe. Nasib baik aku tunang 4 bulan je, sebab utamanya duit semua dah cukup. Lagipun aku sorang yg last dan kahwin lambat dari semua orang. So, wat pe nak simpan lelama kan ... mai kita kahwin. eh ... eh ... ! Nak cerita pasal atkins tercerita bab kahwin plak. Sowwy!

Back to the story ... disebabkan tak jaga makan, before nikah berat aku naik lebih kurang 4kg. So, jadilah 59kg. Masa sanding aku nampak sangat bam-bam hokeh. Padan muke, sapa suruh tak jaga makan. Muke bulat, rasa macam nak sesaiz dengan hasben dah cuma aku ni spesies katek dan serama. kui kui kui. Pas sebulan kahwin, berat masih okey .. kejap 58 .. kejap 59 ... kejap 58! Camtulah! Tapi bila dah masuk 6 bulan kahwin nie ... berat aku dah naik 65kg balik. Sia-sia aku diet atkins tau. Ngoook sungguh! Aku asyik teman hasben makan dengan aku-aku sekali makan. Pastu, hasben asyik cakap lengan aku neh kalau siku orang boleh mati. Sampai hati cakap camtu ....

Now ... aku diet sukahati aku. Rasa nak diet, aku diet ... rasa nak makan sampai pengsan, aku makan. Dalam tempoh 6 bulan ni aku try nak atkins pun tak dapat-dapat lagi. Jeans aku semua dah ketat. Kain baju kurung macam nak pecah zip ... okeh ni tipu. Tapi terasalah ketat sangat ... nak kancing pun susah!

Korang-korang yang rasa nak diet atkins ... bolehlah cuba. Bagi aku diet ni bagus. Dan diet ni lah satu-satunya yang dapat turunkan berat aku. Cuma aku je sekarang yang berat hati nak tinggalkan makanan sedap yang tinggi karbo tu. Tapi takpe, memandangkan hasben aku asyik buli je manjang ... aku akan cekalkan hati kembali diet. Cheeewaaaah...kikikiki, boleh percaya ke achik oi? Walaupun aku masih gagal, aku taknaklah korang pun gagal macam aku ... bagi yang nak cuba diet atkins boleh gali ilmu kat blog di bawah nie. Sebelum atkins ... paham bebetul dulu diet nie macam mana ... apa yang boleh dan tak boleh! Nak buat apa-apapun kena ada ilmu, jangan main hentam kormo je hokeh.


Dan kalau korang nak resepi atkins yang sedap dan gorjes dan kasi meleleh air liur korang ... boleh refer kat Blog InaAchik ni. Blog dia best. Makanan nampak sedap-sedap je. Serius jeles tengok. Buat aku rasa lapar pun ada. Meh aku share sikit recipe inaAchik yang super duper yummie. Tengok gambar pun dah tau sodap neh ... hehehehehe. Minta share ye InaAchik!








Banyak recipe kat blog InaAchik yang gorjes. Korang nak, sendiri terjahlah dekat blog dia yek. Lagi lama aku pandang blog InaAchik buat perut makin lapar. Kalau dapat menu-menu yang best macam nie, nak atkins pun akan sentiasa bersemangat. Barulah best ... takdelah nak rasa loya tekak hadap telur rebus je hari-hari ... he he he

Selain blog InaAchik, blog ini juga share recipe atkins. Boleh cuba ye. Blog Lyn Mohd!


Sebenarnya nak diet kena rajin.

#rajin masak menu yang pelbagai yang halal atkins
#rajin workout
#rajin berdoa kat Allah jua!






p/s: Harap aku kembali kuat semangat!

JANGAN MENGHARAP LEBIH

Assalamualaikum ...



Aku tidak mengharap terlalu lebih dalam hidup ini
Cuma aku harap, aku dapat apa yang sepatutnya aku dapat.

Itu sahaja.
Aku tahu Allah Maha Adil
Allah Maha Pengasih
Allah Maha Penyayang

dan kerna itu apa yang aku terima selalunya adalah yang terbaik
Yang tidak baik selalunya datang dari pihak aku.

Aku rasa, bukan satu kesalahan jika dalam kehidupan sementara ini 
Aku dapat apa yang sepatutnya aku dapat.

Ada tidak semestinya cukup
Tidak ada tidak semestinya kurang!

Apapun, syukur adalah jawapan pada segala ketenangan!




p/s : Boleh tak kita senyum, untuk merasai nikmatnya bahagia itu ;)

Sunday, May 11, 2014

HAL KELUARGA ORANG

Assalamualaikum ...


Kita ni masing-masing ada keluarga, meh kita sama-sama jaga dan pantau keluarga sendiri. Aku ni berkawan dan ada kawan-kawan ... tapi aku tak suka campur hal family kawan, atau kalau ada kawan yang belum kahwin, aku tak suka nak campur personal dorang. Melainkan dorang bercerita dan minta pendapat, aku ok je nak bagi pendapat. Antara ko nak terima ngan tak, lantak ko lah!

Masalah aku sekarang, bila ada kawan-kawan yang tanya mana pasangan dia pergi, buat apa dan dengan siapa. Aku jadi susah nak jawab. Satu, sebab aku tak tahu. Dua, sebab aku tak suka masuk campur. Tanya itu boleh, tapi jangan sampai terlalu detail dan silap-silap aku terjebak dalam hal rumahtangga orang. Taknaklah aku.

Aku sayang kawan-kawan aku. Selain family, kawan-kawan juga penceria dan penduka hidup aku. Kehidupan kawan-kawan ni kan macam puzzle, boleh isi mana-mana slot yang kosong. Kalau slot tu sesuai, lamalah jadi kawan. Kalau slot tu tak berapa ngam sekejap ajelah jadi kawan. Selalunye macam tulah. Dan dengan itu, aku tak suka masuk campur personal kawan-kawan. Pesan aku, pandai-pandai jaga diri. Jaga diri hiasi peribadi. 

Yang dah berumahtangga ... pandai-pandai jaga pasangan sendiri. Sayangi apa yang kita ada. Please jangan buat hubungan terlarang pastu dengana aku-aku sekali terhangkut dalam masalah korang. Memang aku marah sangat. Paling tak menahan dulunya, pernah nama aku "dijual" beberapa kali sebab nak menyelamatkan diri sendiri. Sakit hati tau bila kawan-kawan guna nama kita semata-mata nak tutup kesalahan diri. Sekarang benda ni berulang pulak, cuma bukan dengan kawan yang sama. Hati sapa tak sakit. Aku nak tegur dan tak tegur kesalahan kawan sorang ni sama banyak. Pasangan dia pulak asyik tanya aku itu ini. Macam nak jawab? Hal rumahtangga orang, salah bagi jawapan silap haribulan terjerat tengkuk sendiri. Maka, aku manjang jawab .. "ntah la ... tak pasti la ... tak tahu laaa!". Boleh??

Senang cakap, aku taknak jadikan masalah hidup rumahtangga orang sebagai masalah dalam kehidupan aku. Mana yang aku boleh bantu, In Shaa Allah aku bantu. Dan mana yang tidak, aku mampu cakap maaf sahaja. Pada yang dah berfamily, please jagalah family korang baik-baik. Tak kisahlah korang nak bercinta ngan sapa pun ... berkawan dengan sapa pun, yang penting jangan susahkan kawan-kawan dengan masalah terlarang yang kita ciptakan. Jaga batas-batas agama, In Shaa Allah, hidup korang selamat. 




p/s : Memang tegur menegur digalakkan dalam Islam. Tapi biarlah tegur dengan berhemah. Sekarang ni aku mampu tegur kawan aku dari dalam hati dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia dalam solat. Aku tak mampu nak tegur dia depan-depan.

Saturday, May 10, 2014

TIKET PENERBANGAN MURAH UNTUK DIPANDANG

Assalamualaikum ...


Kalau dulu, asal Airasia (AA) atau MAS buat promosi, akulah antara orang yang sanggup berjaga depan lappy sehingga 1-2 pagi semata-mata nak dapat tiket murah. Walaupun servis AA ni tidaklah sebaik MAS, tapi asal  tiket murah dan aku selamat sampai ke destinasi cukuplah. Gaji aku belum berkepuk-kepuk lagi untuk naik MAS setiap kali balik kampung yang jauh nun di utara sana. Sesekali merasa macam orang tersikit kaya fly dengan MAS bolehlah. Sekali sekala je.

Pernah 2-3 tahun lepas aku dapat promo MAS paling murah rasanya pergi balik dengan harga RM100 (KUL-AOR), masa tu aku pulun book untuk setahun. Setahun 4 kali balik naik flight. Dengan bangga dapat naik MAS. Seronok ko! Dapatlah merasa minum fresh orange dengan kacang MAS yang sedap tu dengan percuma. Cukuplah tu, perjalanan cuma 45 minit je pun takkan nak minta makan nasi lemak telanjang pulak. 

Naik AA kalau tak pre-order makanan, sila telan air liur berketul-ketul. Kalau nak makan mengunyah bagai silalah beli makanan di udara yang agak mahal tu. Tapi aku memanjang je seludup bawa naik roti kat flight AA. Sanggup ko nak telan air liur 45 minit? Kadang dok kat awan biru sana, perut jadi lapar tetiba. Toleh kanan, toleh kiri ... steward/ess takde ... terus buka roti gardenia perisa jagung dan kunyah lelaju. Motif bagitahu perisa?

Sepanjang minggu ni aku dok pulun survey tiket AA yang murah untuk balik Alor Star. Aku tengah rindu sangat-sangat kat mak ayah aku. Serius rindu tahap terlampau.  Antara tiket murah yang aku rasa berbaloi untuk penerbangan pergi balik bagi dua orang. Murah la juga. Kalau drive dari Putrajaya ke Alor Star pergi balik biasanya kos pengangkutan dah lebih kurang RM300.00 (tol dan minyak). Belum campur duit makan lagi. Drive penat lagi. Perjalanan ambil masa lebih kurang 5-6 jam. Berdamar orang kata! Naik flight, penat kurang sikit. Lebih cepat sampai.Cumanya kalau drive nie, ko boleh berenti sana sini, boleh singgah mana-mana lokasi yang ko suke. Biasanya aku dan hasben kalau balik Alor Star atau dari Alor Star ke Putrajaya drive sendiri mesti nak singgah Ipoh, Kuala Kangsar dan Penang. Tempat ni antara lokasi yang best untuk lepak dan makan makan makan sampai pengsan!

Tiket yang ni mahal sikit, tapi masih berbaloi jika dibandingkan dengan drive sendiri.


Tiket promo AA yang boleh dikatakan murah untuk 2 orang .... belum masuk baggage lagi ni.


Paling murah ... untuk pergi balik ke KUL-AOR untuk 2 orang.

Walaupun tiket-tiket yang aku survey ni dah cukup murah bagi aku, malangnya aku tak boleh nak book suka hati aku! Nangis okeh! Kena tanya hasben dulu, bila time dia free. Jadual hidup aku kan sekarang ni bergantung kepada jadual harian dia. Kalau dia busy, maka kebusy'an itu turut terjebak dalam harian aku. Sadis jap! ngeh ngeh ngeh ngeh. So, segala tiket murah ini hanya untuk aku pandang dan tenung sahaja buat masa sekarang. Hasben belum bagi greenlite untuk book. Apa boleh buat, taik kambing bulat-bulat :)

Sekarang ni setiap kali plan nak balik kampung aku, kena tengok jadual aktiviti hasben dulu. Nak balik kampung sesuka hati macam dulu memang tak dapeklah. Ko nangis guling guling pun belum tentu hasben aku bagi balik sorang. Kenalah tunggu dekat-dekat puasa nanti baru balik. Lamanye nak tunggu!

Takpelah ... pandanglah dulu tiket yang murah tu ... belek-belek, telek-telek ... dengan harapan hasben akan cakap, "oklah boleh boooook tiket tuh!". Masa tu akulah manusia yang happy tahap terlampau!!




p/s : Baru call mak ucap "Selamat Hari Ibu!". Tapi sebenarnya hari-hari adalah hari ibu dan ayah ....

Thursday, May 8, 2014

JANGAN SALAHKAN AKU SUAMI, BILA TIDUR BERDENGKUR

Assalamualaikum ...


Lately aku penat sangat. Penat travel (tapi best). Penat kerja. Penat buat kerja rumah. Semua penatlah. Kadang dalam penat pun aku pulun juga buat kerja mana yang patut bagi habis. Nak-nak bab kerja ofis dan masak untuk suami. Dua benda nie aku tak bolehlah nak kata penat sangat. Sebab memang tanggungjawab.  penat ke tak penat ke, aku cuba baut sehabis baik. Amanah. Yang lenlain tu boleh tolak tepi sat.

Actually aku baru je balik travel. Belum habis lagi penat travel, boss dah bagi kerja bertingkek-tingkek. Penat bertambah. Tengok rumah pula tak berkemas lagi. Hasil pindah barang rumah tak siap sepenuhnya. Macam mana nak siap, kalau setiap weekend asyik tiada kat rumah, dok berdempek rumah mertua. Sah-sah la kotak-kotak tu tersimpan tepi dinding tanpa usik.

Bila dah penat ni, mulalah  datang dua penyakit aku .... tidur tanpa sedar dan berdengkur tanpa rela! kikikiki. Boleh kadang dok syok borak, hasben aku kata ... aku tidur tanpa sebarang kata. Tengok-tengok dah hanyut. Pastu siap dengkur lagi. ha ha ha ha. Nasiblah ye hasben. Hasben cakap sejak akhir-akhir ni memang aku tidur dengkur, katanya maybe aku penat. Biasanya kalau aku dah berdengkur, dia tak akan kacau aku tidur. Dia dah tahu, aku akan bangun awal ... pukul 5am aku dah bangun untuk masak. Malam kadang penat sangat, lepas masak dan makan aku terus tidur. Ion baju kerja semua pagi-pagi je. Maafkan aku suami. Jangan salahkan aku bila tidur berdengkur. 

Biasanya aku masuk tidur dalam pukul 10 atau 11 malam. Bergantung kepada keadaan dan cuaca. wwooowowowowow. Kalau aku makan malam, lagi cepat aku waktu mengantuk aku datang. Kesian suami sorang-sorang layan tv. Kadang aku paksa dia tidur awal. Alasan takde sape nak tepuk belakang aku, jadi susah nak tidur. Baik punye alasan. muahahahahhaha.

Baru aku tahu, hakikatnya jadi seorang isteri bekerjaya adalah penat. Ermmmm. Sampai terkadang aku fikir nak jadi surirumah sahaja. Supaya rumah aku kemas berkilat dan berseri-seri. Supaya aku boleh masak sedap-sedap dekat suami aku. Ini bukan cakap kosong, ini memang impian aku. Suatu masa, biarlah aku stay at home jadi surirumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan online ... boleh jaga anak, masak sedap-sedap, belajar jahit baju, tanam pokok sayur belakang rumah dan tunggu hasben balik keje dengan girang. Memang ini salah satu impian hidup aku sebenarnya. Jujur! Aku tak tahu bila ia akan jadi kenyataan, tapi aku letakkan ia sebagai impian yang aku ingin dan hendak capai sepenuhnya.

Kalau suami aku baca entry ini, janganlah salahkan aku bila aku tertidur dengan tak sengaja dan berdengkur tanpa rela. Isteri terkadang penat. Berfikir banyak di office. Tapi isteri sentiasa mendoakan agar diberi kesihatan yang baik dan kekuatan untuk terus melayani kerja-kerja di rumah dan pastikan diri kamu tidak terabai. Ayat baikkan? ekekekekek.

Sekarang ini, jadual kehidupan aku bergantung kepada suami, kalau dia sibuk ... maka aku pun akan sibuk membontot dia. Balik kampung, program kemasyarakatan, kenduri kendara .... mesyuarat, bila dia sibuk aku pun turut sibuk jugak!

Aku bukan mengeluh dengan kepenatan. Tapi just nak share pengalaman jadi isteri beberapa bulan ini. Bagi yang dah lama menjadi isteri dan ibu mungkin dah biasa. Cuma aku masih dalam proses menyesuaikan diri lagi ;). Setiap perjalanan kehidupan ada cabarannya yang tersendiri.

Baru aku tahu, bukan senang nak jadi isteri ... dan juga ibu! Suami kerja di tempat kerja sahaja, tapi isteri, kerja di tempat kerja dan balik rumah ada lagi kerja-kerja rumah kena settle. Selagi mata belum lelap, pastinya isteri/ibu belum boleh rehat. Baru aku tahu kenapa mak aku dulu tidur pun sekejap sekejap sahaja. Para suami kenalah rajin membantu isteri di rumah untuk meringankan beban isteri ... bagi aku kalau isteri boleh membantu suami dari segi sumber kewangan apa salahnya kalau suami juga meringankan tangan membantu isteri di rumah ... sidai baju ke, cuci tandas ke ... lipat baju ke ... sekurang-kurangnya, isteri dapat juga duduk berehat selain tidur sebagai rehat. Barulah terasa makin indah dan bermaknanya perkahwinan itu. Barulah bahagia makin tertambah-tambah. Cinta makin meluap-luap.

Perkahwinan juga perlu wujud kerjasama, maka marilah kita berkerjasama dalam apa jua bagi memastikan keindahan perkahwinan berkenaan. Ye tak? Ini pendapat orang yang tak sampai setahun putik jagung kahwin, tuh yang gabra dan poyo semacam .... kehkehkehkeh!



p/s : apapun, saya sayang suami saya. eh .....

CEK NUFFNANG KALI KE-2 TELAH TIBA

Assalamualaikum ...


Alhamdulillah, akhirnya sampai jua. Cek nuffnang yang aku cashout akhir Mac dah sampai. Baru je sembang-sembang kata tengah tunggu cek. Tup-tup 2 hari lepas check post box ada satu sampul ... belek2 tanpa buka ada tulis nuffnang. Senyum lebar sekejap. Apapun nilai yang biasa-biasa ni aku tak boleh belanja sesuka hati. Wajib guna untuk bayar insurans dan roadtax kereta sahaja. Untuk top up kot-kot gaji nanti tak cukup keennng. Tahun lepas aku cashout pendapatan nuffnang untuk buat belanja ke Bandung. Dapat jugalah Rp700,000.00. Lepas jugaklah nak shopping 2-3 benda.

[cek kali kedua]

Seronokkan, menulis merapu ... tapi ada juga hasilnye. Ini bukan hasil untuk sebulan ye. Tapi setahun setengah aku kumpul. Biasalah blogger sipi-sipi cam aku nie dapat cek macam nie pun dah ok. Aku pernah target untuk dapat sebulan RM50. Kiranya setahun dapatlah 600 kan? Dapat separuh pun dah ok ... ada juga manfaatnye. Sekarang aku dah start kumpul balik earnings aku. 

Kadang rasa best giler tengok blogger hebat dapat earning ratus-ratus dan ribu-ribu sebulan. Terfikir juga camnelah dorang ni pulun berblog. Apapun aku rasa dorang ni mesti usaha sakan. Kalau tak takkanlah nak dapat hasil yang super sakan! Tips blogging : rajin-rajinlah update blog, belajar SEO (aku tak pandai yang nie), rajin-rajinlah review produk ... hotel ... atau apa sahaja yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Mana tau kot lepas ni rezeki cpuv mencurah.

Sebagai part time blogger, earnings serupa ini dah cukup Alhamdulillah dah. Apa nak lagi kan ... sesak-sesak boleh juga guna. Nak hebat macam orang lain kenalah beraksi dengan hebat juga ... baru hasilnye gempak ... tak gitu? 

Okeylah ... achik nak cau cin cau dulu. 



p/s : perlukan rehat secukupnya ;(

Wednesday, May 7, 2014

CPUV KE-36 TAHUN 2014

Assalamualaikum ...


Alhamdulillah, sepanjang baru 5 bulan mencecah tahun 2014 nie aku dah dapat 36 CPUV dari nuffnang. Tapi earning biasa-biasa je walau banyak cpuv. Harap banyak je lah, tapi earning agak ciput di situ. Takpe, ciput pun rezeki juga kan. Menerima dengan hati yang riang gumbira. 

Walaupun jarang update seminggu dua nie, dapat juga earnings dari nuffnang. Sekarang ni cuma 2 sahaja yang sedang on going. Harap tu biarlah lama sikit lepak dekat blog aku nie.Bertimbung earnings nanti maka cepatlah tertunai impian aku nak beli sesuatu nie. he he he. Earning sepanjang 2013 aku dah cashout. Tapi cheque belum dapat lagi. Terpaksa juga cashout sebab nak top up duit roadtax dan insurans kereta yang akan tamat pada hujung Mei nie. Dah sebulan cashout tapi nuffnang belum sent pape lagi payment. Sabar menanti neh.


CPUV yang masih berlegar dengan riang ria. Terima kasih nuffnang. Dengan harapan tambah la lagi cpuv yang ada tuh. Campak-campaklah! he he he. Mari bodek nuffnang dengan riang ria. Seronok kan tulis blog nie, mengarut pun boleh dapat duit. he he he. Cuma kalau nak sungguh-sungguh tu kenalah usaha dengan macam-macam cara yek. Disebabkan dapat duit nie lah aku kadang berhati2 dengan entry, kalau boleh aku elak cerita pasal gossip artis yang bukan-bukan ... atau apa sahaja yang tak berapa nak baik. Kengkadang tu terlepas juga aku rasa tersinggung orang lain dengan tak sengaja. Apapun aku memang cuba sedaya upaya mengelak dari ada entry gossip.

Tak best la bila fikir balik, ko dapat duit hasil ko dok bergossip ... tak syok dan rasa duit itu pun macam ermmmmmm. Itu pendapat akulah. Pendapat korang aku tak tahu.



p/s:Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada.

Tuesday, May 6, 2014

AZIZ SATTAR MENINGGAL DUNIA

Assalamualaikum ...



Rasanya baru beberapa bulan lepas tengok Allahyarham Aziz Sattar kat TV. Tadi pula baru terbaca, Aziz Sattar dah meninggal dunia.


Pelakon Veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhirnya di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.


..............................
[sumber wikipedia - Abdul Aziz Sattar]

Aziz Sattar was born in Pekalongan, Central Java, Indonesia on August 8, 1925. When he was three years old, his family migrated to Singapore, where he was raised at Pasir Panjang. There, he met and befriended Salleh Kamil and Shariff Dol, who would later go on to extensive movie careers similar to his own. Sattar's early education was at the Sekolah Melayu Kota Raja, but he could not continue his education beyond the age of 11, due to the Japanese occupation of Malaya at the time. 
By the time Sattar was 10 years old, he displayed talent as a natural comedian and entertainer, performing for local weddings and festivals in his village. When in his early 20s, he worked as a lorry driver.Career
In 1952, Sattar and his two childhood friends were invited to work at the Malay Film Productions studio. Initially, Sattar worked solely as a crew member, but in 1953, he was invited to join the supporting cast of the film Putus Harapan. More film offers continued, and Sattar eventually became a comedian staple of the Malay films of that era, appearing with successful actor P. Ramlee on numerous occasions, most notably in the Bujang Lapok series of films.
Personal lifeSattar has married three times. First was with Siti Rumina Ahmad and second with Dayang Sofiah, both of whom were divorced. On December 16, 2006, he wed Hashimah Delan in a high-profile affair that was covered extensively by the Malaysian media. 



setiap yang bernyawa, pasti akan mati. al-fatihah.



p/s : terkenang filem-filem lakonan arwah.