Sama
macam orang lain, aku kekadang ada juga kehendak untuk berbisnes.Tujuan
utama mestilah nak menambah pendapatan sampingan buat pergi spa. Sebelum
ini, aku gigih menerima tempahan buat kuih yang simple dan aku sendiri suke
makan. Macam
roti jala, roti sosej, popia sardin, popia nestum, popia twisties. Masak
ni memang seronok, walaupun penat … tapi bila dapat hasil rasa puas hati
sangat. Cumanya
kadang tempahan datang tak kena dengan masa. So, suka tak suka aku kenalah
tolak orderkan. Buat
kuih ni bukan full time, keje dengan gomen je yang full timenye. So, Marilah utamakan
mana yang utama okeh.
After
kahwin aku dah kurang ambil tempahan buat kuih. Hasben kata kesian tengok aku
penat je kadang tu. Kadang aku ambil juga especially dengan kawan-kawan. Tak
sampai hati. Dengan kawan-kawan pun ada masanya terpaksa aku tolak order sebab
selalu balik kampung mertua. Pasrah. Now, aku banyak buat kuih untuk stok di
rumah ajelah. Frozenkan. Cuma 2-3 minggu ni je belum start engine buat kuih
frozen. Sibuk.
Dalam
buat kuih, sempat juga aku jual Shaklee kat kengkawan. Yang kadang ada mood
rajin, kadang mood malas. Yang malasnye nak pi pos laju lah ngepos barang.
Walhal poslaju dengan opis sekangkang kera je pun. Dah dasar M besar kan … tak
leh buat apa. Hatidan kehendak beriya nak berbisnes, tapi tahap kerajinan
kurang. So, janganlah ko mengharap kejayaan yang besar dalam kehidupan ini.
Kejayaan dalam bisnes ni hanya untuk orang-orang yang rajin berusaha je. Berdoa
dan bertawakal. Kalau tak rajin, sila duduk tepi sikit ye. Bagi laluan kepada
yang nak berjaya. Ekekekeke.
Apapun,
aku tetap akan berusaha capai impian aku dalam bisnes. Kalau tak sia-sia
company yang telah didaftarkan tu. Bukan apa, bisnes ni pekerjaan yang bagi
kepuasaan. Pernah merasa jadi peniaga kecil … dan tahu jugaklah selok belok
susah payah. Lagipun, aku kan cucu sang peniaga. Nenek aku adalah peniaga kain
dan ubat. Heh, jual ubat pun hokeh jugakkan??
P/S :Ini
bukan angan-angan, tapi impian yang sedang didoakan untuk jadi kenyataan.
bisnes is passion and soul :)
ReplyDelete