Aku tidak mengharap terlalu lebih dalam hidup ini
Cuma aku harap, aku dapat apa yang sepatutnya aku dapat.
Itu sahaja.
Aku tahu Allah Maha Adil
Allah Maha Pengasih
Allah Maha Penyayang
dan kerna itu apa yang aku terima selalunya adalah yang terbaik
Yang tidak baik selalunya datang dari pihak aku.
Aku rasa, bukan satu kesalahan jika dalam kehidupan sementara ini
Aku dapat apa yang sepatutnya aku dapat.
Ada tidak semestinya cukup
Tidak ada tidak semestinya kurang!
Apapun, syukur adalah jawapan pada segala ketenangan!
p/s : Boleh tak kita senyum, untuk merasai nikmatnya bahagia itu ;)
yeah. i'm always expecting too much. sigh
ReplyDelete