Kalau dulu, asal Airasia (AA) atau MAS buat promosi, akulah antara orang yang sanggup berjaga depan lappy sehingga 1-2 pagi semata-mata nak dapat tiket murah. Walaupun servis AA ni tidaklah sebaik MAS, tapi asal tiket murah dan aku selamat sampai ke destinasi cukuplah. Gaji aku belum berkepuk-kepuk lagi untuk naik MAS setiap kali balik kampung yang jauh nun di utara sana. Sesekali merasa macam orang tersikit kaya fly dengan MAS bolehlah. Sekali sekala je.
Pernah 2-3 tahun lepas aku dapat promo MAS paling murah rasanya pergi balik dengan harga RM100 (KUL-AOR), masa tu aku pulun book untuk setahun. Setahun 4 kali balik naik flight. Dengan bangga dapat naik MAS. Seronok ko! Dapatlah merasa minum fresh orange dengan kacang MAS yang sedap tu dengan percuma. Cukuplah tu, perjalanan cuma 45 minit je pun takkan nak minta makan nasi lemak telanjang pulak.
Naik AA kalau tak pre-order makanan, sila telan air liur berketul-ketul. Kalau nak makan mengunyah bagai silalah beli makanan di udara yang agak mahal tu. Tapi aku memanjang je seludup bawa naik roti kat flight AA. Sanggup ko nak telan air liur 45 minit? Kadang dok kat awan biru sana, perut jadi lapar tetiba. Toleh kanan, toleh kiri ... steward/ess takde ... terus buka roti gardenia perisa jagung dan kunyah lelaju. Motif bagitahu perisa?
Sepanjang minggu ni aku dok pulun survey tiket AA yang murah untuk balik Alor Star. Aku tengah rindu sangat-sangat kat mak ayah aku. Serius rindu tahap terlampau. Antara tiket murah yang aku rasa berbaloi untuk penerbangan pergi balik
bagi dua orang. Murah la juga. Kalau drive dari Putrajaya ke Alor Star
pergi balik biasanya kos pengangkutan dah lebih kurang RM300.00 (tol dan
minyak). Belum campur duit makan lagi. Drive penat lagi. Perjalanan
ambil masa lebih kurang 5-6 jam. Berdamar orang kata! Naik flight, penat
kurang sikit. Lebih cepat sampai.Cumanya kalau drive nie, ko boleh berenti sana sini, boleh singgah mana-mana lokasi yang ko suke. Biasanya aku dan hasben kalau balik Alor Star atau dari Alor Star ke Putrajaya drive sendiri mesti nak singgah Ipoh, Kuala Kangsar dan Penang. Tempat ni antara lokasi yang best untuk lepak dan makan makan makan sampai pengsan!
Tiket yang ni mahal sikit, tapi masih berbaloi jika dibandingkan dengan drive sendiri. |
Tiket promo AA yang boleh dikatakan murah untuk 2 orang .... belum masuk baggage lagi ni. |
Paling murah ... untuk pergi balik ke KUL-AOR untuk 2 orang. |
Walaupun tiket-tiket yang aku survey ni dah cukup murah bagi aku, malangnya aku tak boleh nak book suka hati aku! Nangis okeh! Kena tanya hasben dulu, bila time dia free. Jadual hidup aku kan sekarang ni bergantung kepada jadual harian dia. Kalau dia busy, maka kebusy'an itu turut terjebak dalam harian aku. Sadis jap! ngeh ngeh ngeh ngeh. So, segala tiket murah ini hanya untuk aku pandang dan tenung sahaja buat masa sekarang. Hasben belum bagi greenlite untuk book. Apa boleh buat, taik kambing bulat-bulat :)
Sekarang ni setiap kali plan nak balik kampung aku, kena tengok jadual aktiviti hasben dulu. Nak balik kampung sesuka hati macam dulu memang tak dapeklah. Ko nangis guling guling pun belum tentu hasben aku bagi balik sorang. Kenalah tunggu dekat-dekat puasa nanti baru balik. Lamanye nak tunggu!
Takpelah ... pandanglah dulu tiket yang murah tu ... belek-belek, telek-telek ... dengan harapan hasben akan cakap, "oklah boleh boooook tiket tuh!". Masa tu akulah manusia yang happy tahap terlampau!!
p/s : Baru call mak ucap "Selamat Hari Ibu!". Tapi sebenarnya hari-hari adalah hari ibu dan ayah ....
xpe xpeeee nnti raya pulun balik lelama kg tu k. hehehehhehhe
ReplyDelete