Friday, May 16, 2014

HEADER BARU

Assalamualaikum ...


Dah 5 bulan berlalu untuk 2014, aku baru terasa nak tukar header. Lama jugalah aku guna header awek dan boifrennye tu. Aku bukan reti nak buat header cantik cam korang. Main hentam je. Tak kreatif sangat. Semalam, lepas balik keje ... menunggu hasben balik, mai kita godek blog. Pandang blog sendiri rasa ... sama je ... macam tu je. Takde perubahan pun? Makanye dengan sedikit ilmu dan idea yang tak berapa nak kretip, akhirnya terhasillah header kanta pembesar nie. he he he. Tak semenggah je rasa. Tapi bolehlah. Dari takde apa perubahan langsungkan. Nanti esok-esok ada masa aku try edit yang baru lagi. 



Boleh la dari takde. Header lama tu aku simpan buat kenangan dalam folder. he he he. Sesekali nak juga ubah citarasa. Aku nie bukannya reti sangat bab IT. Selalunya google je kalau nak buat benda-benda berkaitan blog nie. Kalau ada kelas, bolehlah join sama. hu hu hu.



Ini header yang lama. Dan lama jugalah aku bersama header mak dan anak gajah ni. Dari aku bujang sampailah dah kahwin. he he he. Esok kalau aku rajin, aku buat lagi header lain. Sampai aku rasa macam dah letih sangat ... jadi gunalah apa yang ada. Kalau takde header rasa macam bogel pulak blog aku nie. Dah la blog pun biasa-biasa je. Header pula takde. Tak ke rasa macam sadis je nanti. he he he

Okeylah. Mata dah kuyu. Masuk tidur dulu. Esok dah Jumaat .... lusa dah cuti. Tapi aku tak cuti. Sabtu Ahad maybe kena keje, tapi aku plan ngan hasben nak pi tengok Red Bull Air Race dekat Presint 4, 5 dan 6 Putrajaya. Dapat tiket free kau! 9 keping ada lagi kat aku. 1 dah letgo kat kawan. Esok kawan hasben nak dua .. so adalah baki dalam 3-4 lagi. Tatau nak kasi sape. Benda percuma, so kita kasi orang pun percuma. Tak rugi apa-apapun.

dah dah ... start melalut plak. nite ye.

Update : Sebelum tidur aku try lagi buat satu header. so sekarang, ... ini header terkini yang aku guna. he he he. Sempat lagi tuh! Aku kan species manusia yang susah puashati dengan keje sendiri. Nak cerewet dengan diri sendiri takpe, jangan cerewet dengan orang lain, nanti orang menyampah.







p/s : Rabu keje sampai malam, tadi balik keje letih sesangat!

1 comment:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!