Blog aku antara tumpuan mengenai diet atkins. Walaupun aku belum berjaya sepenuhnya sebagai atkiner! Tahun 2012 memang aku agak tegar mengenai diet atkins ini sehinggalah pertengahan 2013. Dengan jayanya dapat turunkan berat sebanyak 10kg dari berat asal 65kg kepada 55kg. Serius time tu aku memang suke sampai lompat bintang. Kalau ada lompat bulan pun aku akan try juga time tu. Kemain happy habaq hang! Dapatlah aku merasa dengan badan yang comel tapi tak berapa nak slim sangat dengan 55kg masa bertunang pada 6 Julai 2013. Yeebaaaa sangat tau bila pakai baju tunang terus perasan macam suwet! kikikiki.
Malangnya, after aku bertunang ... terlebih happy gamaknye, makan pun tak jaga. Dah tak follow pun rule atkins. Manusia kalau dah happy memang camtu. Manjang lupa diri!Yang lupa diri tu hakulah. Bayangkan, aku tunang bulan Julai ... then November dah nak nikah ... kurang lebih 4 bulan je tunang. Mak ayah aku cakap tunang takyah lelama. Tak elok dan tak manis. Adik aku yg no. 1 ngan abang aku bertunang 6 bulan. Adik bongsu aku sorang je bertunang sampai setahun. Lepas tu ayah asyik bising ... bila nak tetap tarikh nikah. Bernanah telinga kau dik ... dengar ayah bising. hehehehe. Nasib baik aku tunang 4 bulan je, sebab utamanya duit semua dah cukup. Lagipun aku sorang yg last dan kahwin lambat dari semua orang. So, wat pe nak simpan lelama kan ... mai kita kahwin. eh ... eh ... ! Nak cerita pasal atkins tercerita bab kahwin plak. Sowwy!
Back to the story ... disebabkan tak jaga makan, before nikah berat aku naik lebih kurang 4kg. So, jadilah 59kg. Masa sanding aku nampak sangat bam-bam hokeh. Padan muke, sapa suruh tak jaga makan. Muke bulat, rasa macam nak sesaiz dengan hasben dah cuma aku ni spesies katek dan serama. kui kui kui. Pas sebulan kahwin, berat masih okey .. kejap 58 .. kejap 59 ... kejap 58! Camtulah! Tapi bila dah masuk 6 bulan kahwin nie ... berat aku dah naik 65kg balik. Sia-sia aku diet atkins tau. Ngoook sungguh! Aku asyik teman hasben makan dengan aku-aku sekali makan. Pastu, hasben asyik cakap lengan aku neh kalau siku orang boleh mati. Sampai hati cakap camtu ....
Now ... aku diet sukahati aku. Rasa nak diet, aku diet ... rasa nak makan sampai pengsan, aku makan. Dalam tempoh 6 bulan ni aku try nak atkins pun tak dapat-dapat lagi. Jeans aku semua dah ketat. Kain baju kurung macam nak pecah zip ... okeh ni tipu. Tapi terasalah ketat sangat ... nak kancing pun susah!
Korang-korang yang rasa nak diet atkins ... bolehlah cuba. Bagi aku diet ni bagus. Dan diet ni lah satu-satunya yang dapat turunkan berat aku. Cuma aku je sekarang yang berat hati nak tinggalkan makanan sedap yang tinggi karbo tu. Tapi takpe, memandangkan hasben aku asyik buli je manjang ... aku akan cekalkan hati kembali diet. Cheeewaaaah...kikikiki, boleh percaya ke achik oi? Walaupun aku masih gagal, aku taknaklah korang pun gagal macam aku ... bagi yang nak cuba diet atkins boleh gali ilmu kat blog di bawah nie. Sebelum atkins ... paham bebetul dulu diet nie macam mana ... apa yang boleh dan tak boleh! Nak buat apa-apapun kena ada ilmu, jangan main hentam kormo je hokeh.
- BLOG BICIKUT (dia nie admin Kelab Diet Atkins di FB)
- BLOG PROFHARIZ (dia dah berjaya turunkan 17kg dalam masa 2 bulan ... teruja tak?)
- BLOG TAKNAK GEMUK (dia dah berjaya turunkan 60kg tau ... student lagi neh)
- BLOG MYOLIZA
Dan kalau korang nak resepi atkins yang sedap dan gorjes dan kasi meleleh air liur korang ... boleh refer kat Blog InaAchik ni. Blog dia best. Makanan nampak sedap-sedap je. Serius jeles tengok. Buat aku rasa lapar pun ada. Meh aku share sikit recipe inaAchik yang super duper yummie. Tengok gambar pun dah tau sodap neh ... hehehehehe. Minta share ye InaAchik!
Banyak recipe kat blog InaAchik yang gorjes. Korang nak, sendiri terjahlah dekat blog dia yek. Lagi lama aku pandang blog InaAchik buat perut makin lapar. Kalau dapat menu-menu yang best macam nie, nak atkins pun akan sentiasa bersemangat. Barulah best ... takdelah nak rasa loya tekak hadap telur rebus je hari-hari ... he he he
Selain blog InaAchik, blog ini juga share recipe atkins. Boleh cuba ye. Blog Lyn Mohd!
Sebenarnya nak diet kena rajin.
#rajin masak menu yang pelbagai yang halal atkins
#rajin workout
#rajin berdoa kat Allah jua!
p/s: Harap aku kembali kuat semangat!
tak reti lah diet... hobi:makan -.-''
ReplyDeletediet atkins boleh je makan ... cuma tinggalkan karbo dan gula untuk seketika... ;)
Deletesamalah.. dgn DA ni best!
ReplyDeleteDA memang best, tapi akk masih lagi gagal .. hukhuk
Deletegula saya boleh tinggal kak, tapi karbo..ahh tidakk..hehe
ReplyDeleteUhuk huk huk… terbatuk batuk inaachik. Rupanya ada org seru :p
ReplyDeleteAla, saya sendiri kedaung dah dietnya. Skrg plak kena stop diet atk8ns ni sebab br lps operate buang apendiks last week.