Sunday, May 11, 2014

HAL KELUARGA ORANG

Assalamualaikum ...


Kita ni masing-masing ada keluarga, meh kita sama-sama jaga dan pantau keluarga sendiri. Aku ni berkawan dan ada kawan-kawan ... tapi aku tak suka campur hal family kawan, atau kalau ada kawan yang belum kahwin, aku tak suka nak campur personal dorang. Melainkan dorang bercerita dan minta pendapat, aku ok je nak bagi pendapat. Antara ko nak terima ngan tak, lantak ko lah!

Masalah aku sekarang, bila ada kawan-kawan yang tanya mana pasangan dia pergi, buat apa dan dengan siapa. Aku jadi susah nak jawab. Satu, sebab aku tak tahu. Dua, sebab aku tak suka masuk campur. Tanya itu boleh, tapi jangan sampai terlalu detail dan silap-silap aku terjebak dalam hal rumahtangga orang. Taknaklah aku.

Aku sayang kawan-kawan aku. Selain family, kawan-kawan juga penceria dan penduka hidup aku. Kehidupan kawan-kawan ni kan macam puzzle, boleh isi mana-mana slot yang kosong. Kalau slot tu sesuai, lamalah jadi kawan. Kalau slot tu tak berapa ngam sekejap ajelah jadi kawan. Selalunye macam tulah. Dan dengan itu, aku tak suka masuk campur personal kawan-kawan. Pesan aku, pandai-pandai jaga diri. Jaga diri hiasi peribadi. 

Yang dah berumahtangga ... pandai-pandai jaga pasangan sendiri. Sayangi apa yang kita ada. Please jangan buat hubungan terlarang pastu dengana aku-aku sekali terhangkut dalam masalah korang. Memang aku marah sangat. Paling tak menahan dulunya, pernah nama aku "dijual" beberapa kali sebab nak menyelamatkan diri sendiri. Sakit hati tau bila kawan-kawan guna nama kita semata-mata nak tutup kesalahan diri. Sekarang benda ni berulang pulak, cuma bukan dengan kawan yang sama. Hati sapa tak sakit. Aku nak tegur dan tak tegur kesalahan kawan sorang ni sama banyak. Pasangan dia pulak asyik tanya aku itu ini. Macam nak jawab? Hal rumahtangga orang, salah bagi jawapan silap haribulan terjerat tengkuk sendiri. Maka, aku manjang jawab .. "ntah la ... tak pasti la ... tak tahu laaa!". Boleh??

Senang cakap, aku taknak jadikan masalah hidup rumahtangga orang sebagai masalah dalam kehidupan aku. Mana yang aku boleh bantu, In Shaa Allah aku bantu. Dan mana yang tidak, aku mampu cakap maaf sahaja. Pada yang dah berfamily, please jagalah family korang baik-baik. Tak kisahlah korang nak bercinta ngan sapa pun ... berkawan dengan sapa pun, yang penting jangan susahkan kawan-kawan dengan masalah terlarang yang kita ciptakan. Jaga batas-batas agama, In Shaa Allah, hidup korang selamat. 




p/s : Memang tegur menegur digalakkan dalam Islam. Tapi biarlah tegur dengan berhemah. Sekarang ni aku mampu tegur kawan aku dari dalam hati dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia dalam solat. Aku tak mampu nak tegur dia depan-depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!