Saturday, May 17, 2014

OVERTIME

Assalamualaikum ...


Salam. Happy Weekend. Walaupun weekend, aku sedih kot kena keje juga. Bapak malas sekang nak keje hari cuti. Banyak keje punya pasal tambah plak benda yang takde dalam SKT ditambah, suka tak suka aku rela buat overtime (ot). Orang cakap ot nie memang masyuk. Masyuk bagi yang gaji besar. Gaji kecik macam aku, cukup Alhamdulillah. Lepas la buat pi spa. muahahaha. Sebut pasai spa, malam tadi aku cakap kat hasben, "sejak balik dari Bandung ... badan ni terasa nak gi spa je manjang!". Ewah ... terus menjeling sengat hasben aku. Mesti hati dia berkata-kata, tu nak perabih duit aku la tu! hu hu hu

Macam aku dah kabor dekat korang, bulan Mei ni perlu keje dengan tengkuling telangkup. Busy ngalahkan PM habaq hang. Tangan ada dua ja, kaki pun sama .. otak ada satu, nak buat yang tu nak buat yang ni ... nak pikir itu nak pikir ini. Last-last ada juga yang aku terlupa dan tak terbuat. Sadis. Hari ini, lepas goreng bihun daging burger (tiru style hasben yang buat nasi goreng daging burger ... peniru aku nie), siap-siap datang keje. 11.30 pagi baru masuk office. Okeylah tu, janji keje rumah kena settlekan dulu. Kemas rumah, hasben la buat. muahahaha. Malam tadi dia dah promise nak kemas rumah kecik kami. Thanks laling! Love love u so much tau. But ... but, pagi tadi hasben dah cakap ... start June, try la untuk tak ot weekend. Yes, laling ai paham sangat. Sekarang ni keadaan memaksa T__T .... sapa yang nak keje 7/7, giler ko .. penat tau. Orang lain berjimba-jimba tapi kau kena keje. Best ke camtu? Of course la tak kaaaan!


Sebenarnya keje menjadi susah sebab kurang kejesama. Kadang aku pandang, konsep keje kat office aku ni, lebih kepada 'fardhu kifayah' ... orang lain buat kita tak payah. Paling susah nak membentuk semula hati-hati tua yang masih meneruskan sikap-sikap keje orang gomen zaman dulu kala. Ada juga yang muda-muda ni dah jadikan yang tua tu sebagai mentor. Perangai lebih kurang sama. So, perit! Aku plak, ada masa lebih suka berdiam diri, malas nak bercakap ... malas nak bertegur sebab taknak bergaduh dan taknak ada yang akan terasa hati dengan cakap-cakap aku nanti. Daripada buat dosa, baik diam. Kalau kita tegur, orang nak menerima ... so, finelah! Kalau jenis suka juga nak melihat keruntuhan atas apa benda baik orang lain buat, susahlah!

Actaully, susah nak ubah sikap dan mentaliti orang. Dan kerana itu bagi sesetengah perkara kita terpaksa korbankan diri sendiri untuk selesaikan keje. Nak buat macam mana .... cuma hati ni terus berfikir untuk pencen muda! Itu je.




p/s :Paling menyakitkan hati, bila ada yang cakap-cakap belakang. Nak menolong tidak, nak menjahanamkan laju je. Perit!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!