Friday, March 15, 2013

REZEKI YANG BERKAT!

Assalamualaikum ...






Aku rasa macam nak print dan tampal je ayat nie dekat sorang kakak kat office aku. Geram! Naik gaji salah ... tak naik gaji lagilah salah. Semua gaji yang naik dia kata ... "alah, sikit je naik!". Cubalah ko cakap, Alhamdulillah ... murah rezeki! Ingat lagi dulu masa ura-ura nak laksanakan SBPA, kiraan gaji dia kenaikan sampai dekat RM700 kalau tak salah aku. Boleh dia cakap SIKIT!! Terloponglah mulut kitaorang. Bagi orang macam aku yang golongan sederhana nie, RM700 tu cukup besar. Sangat besar. Boleh buat macam-macam kalau bijak berbelanja dan menyimpan.


RM700 bagi dia sikit, walhal kitaorang yang bawah-bawah nie naik dalam RM150 pun diam je. Syukur! Buat apa nak kecoh-kecoh. Bersyukurlah ada kenaikan daripada takde! RM1 pun kalau orang bagi, syukurlah. Kalau tak, sape nak bagikan? Sikit pun rezeki ... banyak pun rezeki. 


Kalau kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diberi Allah dan rezeki itu berkat, maka banyak ke sikit ke ... kita akan sentiasa rasa cukup senantiasa.



Belajar kata cukup dan belajar bersyukur!!





CK : Aku rasa RM150 kat kakak tu takde nilai sangatlah ....

4 comments:

  1. sgt setuju! bersyukur means berterima kasih dgn apa yg diperolehi. kalau merungut je dgn apa yg kita dpt tu, means kita tergolong dlm golongan org yg x reti nak berterima kasih. kalau nak dpt lebih, kena ikhtiar, usaha cari sumber yg lain utk tambahkan yg sedia ada. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya naik 50 ringgit pun banyak.

    ReplyDelete
  3. Dah biasa hidup mewah lah tu.
    Tak pun saja-saja je nak tunjuk yang dia kaya.

    *Mengumpat di pagi jumaat.haha

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!