Tuesday, March 26, 2013

TAK TAHU NAK MAKAN APA BILA ATKINS?

Assalamualaikum ...





Dulu, masa aku start atkins, memang pening kepala sikit memikirkan menu. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Sudahnye aku asyik hadap sosej dan daging burger. Sebenarnya ia tidak bagus untuk diet ... sebab process foodkan. Tak sesuai sangat. But that time aku tak reti lagi, tak pandai nak memilih menu yang sesuai. Senang cakap tak tahu nak makan apa bila diet atkins!!


Walaupun berat aku kejap turun dan kejap naik, tapi aku masih meneruskan atkins ... cuma tak sedisiplin dulu. Ini bukan salah sesiapa. Salah aku yang tak mampu nak kawal nafsu makan bila tengok eh, sedapnyelah hai tutti fruiti! Kan dah cakap tutti fruiti tak boleh makan! Hancur lebur ko punya ketosis!!


Cumanya aku berbangga bila aku diet atkins sejak setahun lalu, aku bukan lagi peminat nasi sepenuh masa. Bukan lagi peminat mee, bihun goreng ...... dan yang seangkatan dengannya kecuali laksa! Nasi, mee, bihun dan yang seangkatan dengannya aku amek juga. Biasanya tak sampai separuh pun makan. Amek pun 2 minggu sekali. Not hari-hari la! Aku pantang nampak laksa, terutama laksa kedah dan laksa johor. Laksa negeri sembilan takdelah pulak ... he he he. So, dengan atkins diet aku berjaya mengontrol nafsu makan aku. Berat aku tak turun sedebuk sangat pun after dapat turun 10kilos tu, dah rasa hebat dah. Sebab tu asyik diet ke laut dalam je manjang. Berat aku skang maintain antara 57-58kilos!! Bila ko nak dapat 50kilos sweety???????????


Nak tahu dulu, aku memang jenis kaki makan!! Apa sahaja yang nampak sedap, sure terasa teringin nak makan. Sampai tahap macam tulah!! But sekarang tidak lagi, aku dah pandai tolak bila orang pelawa. Kadang amek sikit je untuk jaga hati. Jaga hati orang, orang tak jaga hati kita. Eh, melalut!!


Meh sini aku nak share ... apa yang aku jamah sepanjang atkins. Macam today, aku memang diet atkins. he he he, so aku share menu hari ini dulu .... tapi sampai lunch ajelah ye ;


Breakfast

*Paru goreng - ambil sebanyak mungkin
*Telur goreng separuh masak
*Pulut kuning 1 sudu - ini bukan utk atkins ye, tapi tadi aku teringin sangat. buat lepaskan rasa tekak sudahlah.
*Minumlah 1 liter air putih/mineral


Sebelum lunch 500ml air putih/mineral

Lunch

*Sayur kubis campur
*Seekor ikan keli dimasak sambal
*500ml air putih/mineral

Dalam kul 5-6pm - Air putih/mineral 1L

Dinner

- belum dinner time lagi. Tapi biasanya untuk dinner aku amek sup ayam/sup ekor/tomyam campur atau tomyam ayam. Tengoklah mana yang sesuai dan dapat mengenyangkan perut sukahati.




Aku nie jenis tak boleh sangat makan makanan tak berkuah. So sepanjang atkins aku memang prefer makan tomyam atau sup. Ia amat mengenyangkan. Aku galakkan korang masak sendiri untuk tomyam dan sup nie. Jadi kita tahu kandungan karbo di dalamnya! Nak senang masak je semua menu korang sendiri.


Ada yang tanya aku, telur dan ayam boleh makan? Yes, boleh ...! Pastu ditanya lagi, boleh goreng pakai  minyak atau kena panggang. Boleh je nak goreng pakai minyak. Kalau ayam goreng tak pakai minyak, masak ke isi dia nanti??


Untuk ayam, ikan, udang, ketam (sotong jangan makan semasa induction, karbohidrat tinggi ye!) korang boleh je nak grill, kukus, panggang....nak fry ke hape ke ... boleh je!! Kalau buat ayam masak merah pun boleh, tapi time makan tu basuh la. he he he. Masak merahkan macam2 masuk, sos la hape.


Semasa induction jangan amek sos or kicap. Not good. Ini if korang nak cepat berat korang turunlah. Jangan amek menu2 berkuah ... kalau nak cepat turun berat!! Kalau macam aku amek masa 3 bulan untuk turun 10kg, sebab aku suka makan ayam masak merah, aku kais-kais kuah dia. Aku suka masak lemak cili api, yang nie aku tak kais kuah dia. Kasi telan terus. If nak cepat lagi, rajin-rajinlah rekod berapa banyak karbo korang amek. Kalau direkod, akan lebih disiplin. Dok harap ingat hafal dalam kepala je, kang diet korang ke laut dalam. Buat penat je! Heh, cam aku le tew ... hahahaha


Setiap apa yang korang makan waktu breakfast, lunch and dinner ... please rekod!! Ini untuk memudahkan korang selidiki apa yang silap bila makan menu atkins, tapi berat statik! Satu lagi aku nak pesan, kadang berat korang statik but inci kurang. So, rajinlah ukur lilit badan sendiri ye. Banyak betul pesanan aku.


Aku share kat korang senarai menu yang aku selalu amek.


  • Ayam bakar dan ikan bakar - buat ayam panggang jgn letak madu
  • Ikan singgang
  • Sup/tomyam ayam
  • Sayur campur - buat sup atau tomyam
  • Telur kukus / goreng/ rebus
  • Ayam masak lemak cili api
  • Salad - no buah2 ye
  • Daging burger - kadang2 je amek
  • Sosej - pun kadang2 je amek
  • Sup telur
  • Ayam grill blackpepper
  • Semua jenis sayur - elakkan carrot, makan sayur hijau sebaiknya
  • Air putih/mineral 4liter sehari

Ini je menu aku asyik ulang-ulang makan. Aku share yang aku kerap ulang makan je dengan korang Ada lagi yang lenlain, tapi jarang makan dan aku pun lupa. Kalau ingat aku update later okey.


Nanti aku sambung lagi pasal atkins. Kalau rajin ler :=)




CK : Belum buat target baru

2 comments:

  1. yup.. sebelom ni diet atkins jugak.. turun 2kg.. statik 2 minggu tk silap.. tapi inci kurang.. now, DA kelaut sudah.. kena betul2 kental kan..

    ReplyDelete
  2. susah ga tu nak maintain makan tanpa karbo...huhuhuh

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!