Tuesday, January 4, 2011

Azam Baru Sedang Bermula....

Assalamualaikum...

Perghh....citer pasal azam baru lagi! Baru 4 hari di Tahun 2011 kan...so, semangat mesti lain macam sket. Saya nak cerita ttg semangat lain macam saya ttg kerja di tahun baru. Baru 2 hari kerja di tahun baru, tapi saya dah rasa kelainannya. Mungkinkah sebab azam yg saya buat...[azam untuk meningkatkan produktiviti kerja] yg mewujudkan kelainan ini. Rasa seolah saya sedang mengejutkan dan menggerakkan unconscious mind dengan lebih hebat!. Adakah semuanya kerana azam yang terdapat DI SINI??

[Kita perlu membina diri kita untuk menjadi luar biasa hebat dalam usaha mencapai setiap impian! Insya-Allah pasti BOLEH!!]

Sepanjang 10 tahun bekerja...inilah kali pertama saya buat azam melibat karier saya yg tak seberapa tp saya bersyukur sgt! Kehidupan saya pun lebih baik berbanding 5 tahun lepas. Tambah2 bila menerima rezki yg tak terduga. Alhamdulillah....

[Saya pernah melalui kepayahan hidup....dan bersyukur berada di tahap sekarang!
Mungkin bagi orang lain rasa biasa2 sahaja bila lihat tahap saya sekarang
Tapi bagi saya...ia amat bermakna]


Berbalik kepada azam baru yg sedang bermula.....termasuk hari ini baru 2 hari saya bekerja di tahun baru....tp 2 hari yg cukup bermakna, cukup hebat dan cukup luar biasa! Saya pun tidak tahu dari mana dtgnya semua semangat ini. Berbeza dgn tahun2 sebelumnya....asal tahun baru sahaja mesti nak relax2 dulu. Tapi 2011...tidak wujud istilah relax! Saya lebih byk diam [sebelum ini pun diam juga...tp lebih diam dr sekarang!], tidak on intenet waktu kerja kecuali sebelum kul 9.00am dan antara waktu lunch!, kerja hari ini...sedaya upaya saya siapkan hari ini. Tapi baru 2 hari...apapun saya berharap sikap yg baik ini berterusan sampai bila2 selagi saya masih bekerja!

Bila datang kerja awal pagi....saya dah set dalam kepala saya perkara2 berikut;
  • Maafkan semua orang
  • Berbaik sangka dengan semua orang
  • Senyum
  • Baca doa sebelum mula kerja [Ayat Kursi+Ayat Seribu Dinar+Surah Al-Insyirah+Mohon hajat yg baik berlaku pada hari ini]
  • Sedaya upaya cuba untuk tidak mengeluh
  • Sedaya upaya cuba untuk tidak marah kepada perkara yg kecil2
  • Memandang semua kerja penting dan menyusun ikut keutamaan...
  • Anggap kerja ibadah [dulu ada masanya anggap kerja ini sbg beban sdgkan tiap2 bulan dapat ganjaran]

Alhamdulillah....2 hari ini berlalu dgn begitu bermakna! Bukan nak membangga diri dgn perkara 2 hari ini cuma nk share sesuatu yg baik...tak salahkan?! Untuk dijadikan amalan bersama. Mungkin orang lain lebih terdahulu memulakannya...dan saya terlambat! Tapi saya berusaha untuk berubah kepada sesuatu yg lebih baik....

[Kita yang memilih sama ada untuk berjaya atau gagal....buatlah pilihan sekarang!]

Dan saya berdoa.....azam ini berterusan dan saya tunggu pengakhirannya bagaimana! Harap2 saya berjaya menjadikan azam ini satu kenyataan yang buat saya rasa puas, gembira, bahagia dan bersyukur dengan kerjaya saya! Amin.....

Kejayaan ada masanya sukar untuk dimiliki...tetapi dengan usaha yg berterusan, doa dan tawakal....pasti ia menjadi milik kita!!



CK : Its better late than never......manusia boleh berubahkan??!!

1 comment:

  1. perkongsian yang hebat....nak cuba praktikkan juga la....benda baik tak salah kita cuba...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!