Assalamualaikum....
Mood saya hari ini memang tak baik sungguh. Macam-macam masalah dilonggokkan ke atas tanggungjawab saya. Mula rasa bosan. Tapi saya dah mula psiko otak sendiri terbalikkan masalah ini jadikan sebagai cabaran dan peluang. Belajar dari kesilapan. Muhasabah diri...
Kadang-kadang orang tak pernah cuba faham tanggungjawab kerja kita. Mereka hanya tahu berbicara soal masalah kerja mereka. Kesusahan kerja mereka. Sekalipun tidak ada suara untuk menyoalkan beban dan masalah kerja saya. Hinggakan ada masanya kerana kesilapan orang lain menyebabkan mood kerja saya ke laut tiba-tiba!
Kadang-kadang sesetengah manusia lebih selesa menuding kesilapan kepada orang lain. Asalkan tengkuk sendiri selamat dari kena sembelih! Owh! Ayat agak kasar...maaf di situ! Terlalu mengambil mudah soal tanggungjawab kerja...membuatkan saya rasa amat kecewa. Mereka lupa bahawa mereka juga penting dalam perlaksanaan tugasan orang lain. Mereka lupa yang mereka adalah cebisan berguna dalam pasukan. Tanpa mereka puzzle tidak dapat disiapkan. Kerana sikap lalai dan ambil mudah itu menyebabkan mood orang yang ingin bekerja hanyut ke laut.
Saya tahu saya tak mampu mengubah mereka. Tapi saya akan terus berdoa. Dan saya akan mengubah diri saya....bersikap dengan sedikit tegas mungkin lebih baik rasanya!

[Saya tahu untuk berjaya....bermacam cabaran dan ujian perlu saya harungi]
CK : Hari-hari yang dilalui penuh kesabaran dan mereka mencabar kesabaran saya...
adoi~ sasbar yer cik kamo0o :D bise la.. mesty ada mslh.. y penting kita pndi handle ^^
ReplyDeleteNew Entry "Teruja na balik besok xD"