Tuesday, January 11, 2011

Tabiat Buruk Yang Boleh Musnahkan Kerjaya Anda

Assalamualaikum....

Tahun yang masih baru. Baru hari ke-11. Elok sangat kalau berkongsi ilmu yang mampu memberikan kita semangat untuk bekerja dengan luar biasa hebat! Motivasi ini datangnya dari Pak Ngah Farit Ismeth Emir. Kita baca dan amalkan....


+++++++++++++++


Terdapat beberapa tabiat buruk yang akan memusnahkan kerjaya anda. Jika tidak dikawal, pasti prestasi kerjaya anda jatuh menjunam.

  1. Datang Lewat : dalam membina kerjaya, disiplin merupakan pokok utama. Lewat ke pejabat, gagal menepati temujanji dengan klien hanya akan melepaskan kerjaya anda.
  2. Bergosip : umpat-mengumpat di pejabat sememangnya menjadi budaya sebahagian daripada kita khususnya orang melayu. Namun, awas sikap bergosip ini tidak membawa sebarang faedah, hanya mengundang konflik yang akan memberi kesan buruk terhadap prestasi kerjaya anda.
  3. Menangguhkan Kerja : sikap sebegini hanya mengundang masalah. Penangguhan kerja akan menyebabkan anda melakukan kerja ala kadar sahaja. Jika dilakukan tergesa-gesa, pasti kualiti kerja terjejas.
  4. Menyalahgunakan Harta Syarikat : menyalahgunakan harta syarikat seperti telefon, mesin cetak dan sebagainya demi kepentingan sendiri adalah harus dielakkan. Berbual di telefon dalam jangka masa yang lama hanya membuat anda leka, kesannya banyak tugasan yang tangguh.
  5. Menolak Tugasan : Sikap memilih tugasan seperti enggan menerima tugasan luar, malas bertemu klien seharusnya dielakkan. Terima apa sahaja tugasan yang diberikan oleh bos anda selagi ia masih dalam skop pekerjaan anda. Sekiranya anda berterusan bersikap memilih, lupakan saja impian untuk cemerlang dalam kerjaya anda.

CK : Tahun ini dah target sesuatu dalam kerja! Semoga dapat!

2 comments:

  1. betul tuh.. bab datang lambat tuh.. huhu.. skali datang lmbt org da pikir macam2 :))

    New Entry "cinta rindu?? smpi bile??"

    ReplyDelete
  2. nasib baik sy still study...huhu ^_^

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!