Monday, January 10, 2011

Lelaki dicekup rakam aksi wanita di tandas

10/01/2011 4:55pm

KUCHING 10 Jan. – Kegiatan seorang lelaki merakam video wanita membuang air kecil di dalam tandas awam di sini, terbongkar apabila seorang mangsa warga Australia menyedari perbuatan itu lalu melaporkannya kepada polis.

Berikutan itu, suspek berusia 20-an ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana menceroboh hak peribadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika mangsa, pelancong warga Australia melawat Muzium Kuching bersama teman lelakinya.

Difahamkan, mangsa berusia 20-an sebelum itu bertanyakan suspek yang dipercayai bekerja di situ untuk ke tandas.

Namun sebaik sahaja selesai menggunakan tandas, wanita itu terkejut apabila ternampak kelipan cahaya mencurigakan daripada sebuah kotak sabun.

Jurucakap polis berkata, hasil pemeriksaan mangsa menemui sebuah telefon bimbit di dalamnya.

“Mangsa terus memaklumkan kepada teman lelakinya yang kemudian membawa telefon itu ke pondok polis berdekatan untuk tujuan laporan.

“Suspek bagaimanapun nekad mengikuti mangsa dan meminta pegawai polis memulangkan telefon bimbit itu kepadanya.

“Rayuan suspek tidak diendahkan dan sebaliknya dia ditahan untuk disoal-siasat,” katanya di sini hari ini.

Kata jurucakap itu, hasil pemeriksaan, polis menemui kira-kira sembilan lagi klip video wanita membuang air kecil di dalam telefon bimbit suspek. - Utusan



CK : Dah takde keje lain ke nak buat! Wahai wanita2 di luar sana...sila berhati2!!

1 comment:

  1. macam xde keja lain..skrg ni kena hati2 dah..sana sini ada je benda tersembunyi..last2 x sdh2 aksi jd perhatian org dimna2..

    p/s ; masuk tands kena tgk skeliling dulu..lg2 kat atas bumbung..biasa ada lubang aircond..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!