Assalamualaikum....
Sharing is caring! Pagi ini saya nak share petua untuk mudah mendapat pekerjaan. Petua ini adalah sebagai usaha selebihnya kita berserah pada Allah. Hanya kerana dia yang lebih tahu mana yang terbaik buat kita. Jangan mudah putus asa dalam mencari pekerjaan yang kita rasa sesuai dengan jiwa kita...namun apapun jangan terlalu memilih kerja! Jika anda belum ada pengalaman bekerja...pilihlah kerja yang biasa-biasa dahulu untuk gain more experiences. Walaupun kerja yang dipilih itu tidak bersesuaian dengan kelulusan anda. Maybe anda ada degree tapi .... kesukaran utk dapat kerja yg sesuai dgn kelulusan....terima dahulu apa yang ada dan dalam masa yg sama terus berusaha utk dapatkan pekerjaan yg sesuai dengan kelulusan!
Ok....jom kita share petua menarik ini....
1. Kemahiran
Setiap insan mempunyai kemahiran mereka yang tersendiri, ada yang mahir bercakap, ada yang mahir mengurus, ada yang mahir menaip dan sebagainya. Untuk menjamin anda mudah mendapat kerja, maka perlu ada salah satu kemahiran yang membolehkan anda menarik perhatian pemberi kerja. Kemahiran seperti ini lah yang akan menjadi keistimewaan pada diri anda yang akan membezakan kelayakan anda dalam bidang akademik.
2. Penampilan Diri Anda
Sekiranya ada ingin meminta kerja dalam bidang yang profesional, maka sesuaikanlah pemakaian anda dengan bidang kerja yang anda minta. kalau boleh pakai lah pakaian seperti model di atas yang ada status good 2, kemas dan kalau si penemu ramah nak interview pon sejuk je mata die memandang.
3. Pengetahuan Yang Luas
Bagi memudahkan anda mendapatkan perkerjaan, Lengkapkan diri anda dengan pengalaman, pengetahuan dan kelayakan akademik yang sesuai dengan perkerjaan anda. Terdapat pekerja yang mendapat kerja bukan kerana akedemik tetapi berdasarkan pengetahuan yang dimilikinya.
4. Berfikiran Positif
Berfikiran terbuka, bertoleransi, dan bersemangat tinggi merupakan sifat positif yang perlu ada dalam diri anda.Biasanya cirri-ciri ini dinilai semasa anda ditemu duga.Tujuannya adalah untuk mengenalpasti pandangan seseorang terhadap majikan dan perkembangan semasa.
5. Beretika
Seseorang itu perlu mempunyai etika dan nilai personaliti yang baik. Etika dalam kerja seperti jujur, cekap, amanah, bertimbang rasa, saling bantu membantu dan bertanggungjawab akan mendapat peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan perkerjaan.
6. Mempunyai Kemahiran Sampingan
Selain mempunyai kemahiran utama, anda perlulah mempunyai kemahiran sampingan seperti berkemahiran dalam bidang IT, berkomunikasi dengan baik, pengurusan kerja yang cekap. Ciri-ciri ini penting bagi bakal majikan kerana mereka memerlukan pekerja yang sentiasa berdedikasi dan bersedia menjalankan tugas.
7. Pengetahuan Semasa
Selalunya pekara ini diambil ringan oleh pencari kerja. Kadang-kadang si penemuduga akan bertanyakan isu semasa samaada dalam dan luar negara untuk melihat sama ada bakal pekerjanya peka dengan isu semasa ataupun tidak.
Kredit : Pak Ngah Farit Ismeth Emir
CK : Walaupun kerja sekarang byk menduga emosi saya....tp saya suka! Terlalu mencabar....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!