Sunday, January 2, 2011

Petua Untuk Cepat Kaya

Assalamualaikum....

Pagi-pagi dah cerita pasal KAYA!...Pakcik Kayooo.....bukan kaya yang sapu kat roti tu tau. Tadi masa saya on FB...kebiasaannya akan terjah FB Pak Ngah Farit Ismeth Emir dulu. Cam biasa...cari ilmu dan petua! Kali ini Pak Ngah share dengan kita ttg PETUA UNTUK CEPAT KAYA [Kalau dah follow petua nie....dan betul2 jadi kaya, jgn pulak lupa yg susah ya...berzakat sekali ok!]

Tahun baru nie...ada sesape yang berazam nak jadi kaya ke? Kalau ada yang berazam untuk meningkatkan dan mengukuhkan kedudukan kewangan...jom kita share petua ini. Cuma saya nak ingatkan kalau dah kaya harta benda.....jgn pula miskin budi bahasa dan perilaku ya!! Kongsilah kekayaan yang kita ada itu dgn org lain sama ya.....

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



1. Perlu mempunyai daya fokus yang tinggi. Tetapkan matlamat kita untuk menjadi kaya, dan tetapkan jangka masa sasaran. Kemudian, berusaha dan beri tumpuan untuk mencapainya tanpa menghiraukan perkara lain yang boleh menganggu dan melambatkan usaha kita.

2. Masa memainkan peranan penting sekiranya ingin cepat kaya. Uruskan masa dengan sebaik mungkin. Lakukan banyak kerja dalam masa yang singkat. Kebiasaan manusia kerja 5 hingga 7 jam sehari, anda perlu kerja 12 hingga 14 jam setiap hari. Dengan melakukan ini, anda dapat mencapai matlamat 2 kali ganda lebih cepat daripada majoriti manusia.

3. Berjimat bila berbelanja. Wang yang diterima jangan pula dibelanja sesuka hati oleh kerana kekayaan bukan bermakna berapa banyak kita peroleh, tetapi ia bermaksud berapa banyak kita simpan. Jauhkan dari skim cepat kaya, pelaburan internet yang hanya akan membazirkan wang anda saja.

4. Aliran pendapatan berganda. Fokus pada matlamat. Sekiranya matlamat menjadi kaya, cara menjadi kaya boleh dipelbagaikan. Mulakan perniagaan kerana sembilan per sepuluh rezeki datang dari perniagaan. Kalau kerja sepenuh masa di pejabat, mulakan perniagaan sambilan. Kemudian, melabur juga wang kita (bukan pelaburan internet) untuk mendapatkan aliran pendapatan berganda. Dalam masa yang sama, pelbagaikan peluang perniagaan dan pelaburan. Ini akan gandakan pendapatan.

5. Aturkan strategi. Kejayaan kewangan bukanlah nasib. Susun strategi simpanan, pelaburan. Aturkan strategi perniagaan. Apakah langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat itu? Ilmu apa yang patut ditambah untuk menjadi kaya? Siapa perlu kita dampingi untuk memudahkan kita mencapai kejayaan? Sekiranya langkah tidak menjadi, apakah pelan B yang boleh dilaksanakan?

6. Menjadi cepat kaya, bukanlah nasib (selain menang loteri). Duduk dan drafkan perancangan seperti jurubina memerlukan pelan untuk membina bangunan yang megah, anda juga perlu pelan untuk mencapai kebebasan kewangan. Untuk kaya cepat, pelan lebih mantap dan sempurna perlu dilakukan.



CK : Saya nak amalkan perkara yg ke-3 tu.....bukan nak kaya sgt! Senang dan tenang pun dah cukup Alhamdulillah.....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!