Thursday, January 13, 2011

Dua Patah Perkataan : TERIMA KASIH!

Assalamualaikum....

TERIMA KASIH! Hanya dua patah perkataan. Tapi amat sukar terluncur daripada kebanyakan mulut kita. Kenapa? Tak perlu dibayar pun kalau sekadar mengucapkan terima kasih. Kadang-kadang mula memikirkan ramai di antara kita di zaman sekarang seolah meminggirkan dua patah perkataan ini.

Cuba lihat sekeliling. Situasi yang berlaku. Di mana-mana sahaja. Bila pertolongan dihulurkan...langsung tiada ucapan dua patah perkataan ini. Orang yang menolong biasanya tidak mengharapkan balasan pun. Cukuplah sekadar mengucapkan TERIMA KASIH. Cukupkan. Sekurang-kurang hati merasa gembira dan membuat si pemberi pertolongan merasa ikhlas dan tersenyum.

Bukan semua manusia begitu. Tapi kebanyakannya sukar meluncurkan kata terima kasih. Sungguh menyedihkan. Saya sendiri banyak berhadapan dengan situasi....'pertolongan dihulur, tiada kata terima kasih diucap'. Bukan meminta, tetapi sekurang-kurangnya berbudi bahasa.

Fikir-fikirkanlah. Moga-moga kita semua tidak menjadi begitu....



CK : Hanya meluahkan rasa ttg situasi semasa...namun, saya tahu tidak semua orang begitu. Masih ada yang kaya dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!