Teringat zaman budak-budak. Masa bersembang dengan Encik Abie. Sama-sama bincang pasal zaman sekolah. Kena denda. Kena buat homework yang berlambak. Kena pergi kelas sukan petang-petang. Bila ingat balik memang indah. Tapi semasa berada pada umur kanak-kanak zaman itu, terasa menyampah pun ada.
Mana tak menyampahnya. Masa darjah 1 dan 2 kalau salah tulis satu perkataan kena ulang lagi tulis perkataan yang sama berkali-kali. Kadang-kadang sampai 50 kali. Cikgu macam dah takda kerja lain nak suruh buat. Cepatlah habis mukasurat buku sekolah tu. Dah nak kena minta mak dan ayah beli buku latihan sekolah baru!
Lepas itu, kalau tak siap kerja sekolah. Kena berdiri atas kerusi [saya tak pernah kot rasanya...he he he]. Itu belum campur kena berdiri di luar kelas. Yang paling best...kena berdiri sebelah kaki dengan menjunjung buku teks atas kepala! Mahu cikgu tu disumpah seranah [dalam hati ajelah].
Balik sekolah tengahari. Penat lagi. 4.30 petang kena pergi sekolah semula. Ada latihan sukan. Rumah sukan ikut kaler-kaler [merah, biru, hijau dan kuning]. Rumah sukan nama bunga-bunga [mawar, kenanga, cempaka dan seroja]. Sekolah rendah rumah sukan merah. Sekolah menengah rumah sukan Kenanga. Lari separuh padang. Patah balik. Kena marah dengan cikgu sebab tak habiskan larian. Dah kena lari semula. Dalam panas terik. Terbakar rasanya. Sebab itu masa zaman budak hingusan kulit pun gelap [sekarang putih gebu sangat ke?].
Zaman budak hingusan. Kalau takda CINTA MONYET. Macam tak sah! Nasib baik tak sangkut cinta monyet. Kalau sangkut mesti ranting kayu hinggap tengah belakang. Nak belajar ke nak kahwin? Mesti tak tahu nak jawab apakan! Takut. Lebih takut bila dalam buku rekod kemajuan ada markah yang menggunakan pen merah. Jangan mimpilah ayah nak sign buku rekod tu. Jenuh memikir apa cara nak buat. Suka tak suka mengadap dan tadah telinga. Nak main-main ke nak baca buku. Janji tak buat tapi bila dah lupa buat lagi. ha ha ha
Banyak cerita-cerita best zaman budak hingusan. Walau pun tidak senakal mana. Tapi masih ada kenangan untuk disimpan. Paling tidak lupa kena kayuh basikal [gherek] dari rumah ke sekolah yang jauhnya lebih kurang 20km setiap hari dengan melalui jalan tanah merah di sekelilingnya sawah padi [orang Kedah panggil bendang]. Pergi balik 40km....bayangkan! Masa balik sekolah adalah agak memeritkan...sebab panas!! Sampai rumah dah penat....teguk air then tidur sampai petang. Malam baru baca buku dan siapkan kerja sekolah!
Zaman budak hingusan. Dan sekarang Alhamdulillah....setiap kepayahan itu ada balasan yg baik. Cuma dulu bila cikgu tanya.."cita-cita nak jadi apa?"....Terus jawab, "saya nak jadi CIKGU!". Rupanya cita-cita itu tak kesampaian pun. Namun, bersyukur dengan kerja sekarang....rasanya lebih baik dari jadi CIKGU kot...he he he!
Selamat tinggal zaman budak hingusan yang telah berlalu sekian lama.
CK : Balik sekolah makan laksa kat kedai Mak Ngah tepi jalan.....lepak2 dengan geng!

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!