Assalamualaikum.....
Sharing is caring! Mari kita share petua lagi. Untuk kaum wanita semoga sentiasa cantik molek. Tapi mesti cantik dalaman juga ya. Hati mau bersih! Kalau rupa je yang cantik tapi hati tu asyik2 dengki, ngumpat sana sini dan dendam hingga ke mati. Tak guna jugakan. So, biar seimbang cantik dalaman dan luaran....betul tak. Macam biasa petua ini datang khas dari Pak Ngah Farit Ismeth Emir.
Jom layaaaaaaaaaaaan........
+++++++++++++++++++++++++++++
Diet Tinggi Protein - Jika anda mengamalkan diet tinggi protein, kemungkinan besar menjadikan anda kelihatan 3-8 tahun lebih tua dari usia sebenar. Diet tinggi protein sebenarnya menyebabkan sumber kalori hadir daripada lemak yang memberi kesan kepada jantung. Jika sebelum ini anda menggemari daging merah, cuba tukar kepada ikan dan tambahan sayur-sayuran.
Minuman Berkafein - Minuman berkafein ada kebaikannya jika dalam kuantiti yang berpatutan kerana ia membantu proses membakar lemak, namun jika dalam kuantiti yang berlebihan ia boleh memudaratkan dan memberikan kesan buruk. Antaranya ia boleh mempercepatkan proses penuaan kulit. Bagi mengatasinya, minumlah jus buah-buahan. Sebaiknya, minum air 6 hingga 8 gelas sehari. Ini akan menghidratkan kulit serta melancarkan sistem pembuangan air kecil.
Makanan Tinggi Gula - Gula memang membahayakan dan menyebabkan pelbagai penyakit datang terutamanya diabetis dan darah tinggi. Namun sebenarnya gula juga menjadikan anda kelihatan lebih tua. Bagaimana gula bertindak? Apabila kadar gula dalam darah menjadi tinggi, gula akan masuk ke kolagen kulit, sehingga menjadikan kulit kelihatan kaku. Oleh itu awasilah juga makanan yang tinggi kandungan gula.
CK : Mahu cantik...mahu cantik...he he he!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!