Saturday, January 8, 2011

Petua Untuk Memiliki Bentuk Badan Menawan

Assalamualaikum....

Share petua lagi! Ini semua sbb azam nk kuruskan...[he he he...mampukah??]. Jomlah share petua makan untuk dapatkan bentuk badan menawan...! Petua khas dr Pak Ngah Farit Ismeth Emir...

+++++++++++++++++++++++++++


1.Makan buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Jangan terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur bahkan jika boleh, pelbagaikan.

2. Jangan sesekali menidakkan pengambilan susu dalam diet harian. Anda disaran meminum sekurang-kurangnya 2 cawan susu tanpa lemak. Anda juga boleh menggantikannya dengan yogurt atau keju.

3. Tidak menjadi hal jika sesekali anda mahu menjamah snek tetapi pilihlah yang rendah lemak. Antara yang boleh dipilih ialah sandwich, bertih jagung atau pun popia basah.

4. Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Untuk itu, apa kata masak dengan cara memanggang, membakar atau mengukus.




CK : Kena amal hari2....tp boleh ke bertahan!! Sesuai dgn azam nie....

2 comments:

  1. saye pun berat badan dah naik. Cara saye skrg ni tak makan benda berat lepas pkul 7 mlm. n tak lupe saye amalkan minum teh hijau. bagus tuk cuci usus.

    ReplyDelete
  2. wah sukanya tips ni..hehe
    nnt sye try

    cik kamoooo
    sye tag utk contest ni
    http://pearl-jade86.blogspot.com/2011/01/izamir-ridzwan-pendrive-giveaway.html

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!