Assalamualaikum....
Sebelum ini saya dah share entri tentang Rahsia Punggung. Kalau sape2 belum baca boleh KLIK DI SINI. Pagi ini saya share dengan korang tentang RAHSIA MATA pulak. Tengok mata sendiri...tengok mata orang lain pun boleh tapi jangan tenung lama-lama sangat kang jatuh cinta plak. Kalau yg single jatuh cinta...Alhamdulillah, kalau yg double or triple jatuh cinta sbb main tenung-tenung mata ni saya tak tahu ok.....korang jgn cari sakit sudaaah!
Ilmu firasat Melayu ini saya amik daripada Pak Ngah Farit Ismeth Emir. So, sama-sama kita tengok mata masing-masing joooom....
Saiz Mata Kecil - Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tetapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.
Saiz Mata Sedang - Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.
Saiz Mata Lebar - Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tetapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.
Mata Selalu Berkedip - Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.
Mata Jarang Berkedip - Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab, tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.
Mata Cengkung - Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tetapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.
Mata Redup - Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.
CK : Sape nak tenung mata saya? he he he
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!