Aktiviti di hujung minggu ini agak menarik! Menarik bagi sayalah. Mula tu plan nak pi office selepas breakfast. Puas memikir nak breakfast apa yang cepat, pantas dan tuntas....he he he. Sambil-sambil mengadap lappy pagi tadi...ting tong....terfikir mahu buat BURGER! Bila buat burger sebagai breakfast teringat kat bonda di kampung. Dulu masa kecik-kecik comel dan gebu, bonda rajin buatkan burger untuk breakfast.....
Makan burger pagi ini. Ini proses yang hampir nak siap. Perut pun dah melapar sebab masa tu dah jam 9.00am! Memang waktu untuk makan pagi. Asal terlambat sedikit makan....rasa gigil!
Tadaaa dah siap! Dua ketul burger. Satu untuk saya. Dan satu untuk adik saya. Sukalah dia saya willing buatkan breakfast [sekarang sudah ada teman bermanja kat rumah...ye ye ye]
Selepas makan. Tengok TV. Tengahari baru keluar. Uh! Takkan nak pi opis kot. Cancel bab pi opis. Kita merempit. Sebab Mybee telah dipinjam untuk ke Pilihanraya Kecil di Tenang. Hari minggu ini kita merempit la. Perancangan awal mahu ke Alamanda....tapi telah beralih arah ke Seri Kembangan. Cadang2 mahu ke rumah Mak Saudara. Tapi tak jadi juga bila dah terpandang sign board Jusco. Hu hu..... buruk betul perangai!
Tengok kat side mirror tuh. Betapa gigih saya mengambil gambar. Dalam masa yg sama risau HP saya melayang. Dah la tak sampai 2 bulan rasanya beli. Kalau melayang...mahu nangis nie. Adik saya pulak salah ambil jalan. Rupanya dia tak dapat bezakan kiri dan kanan. Itu masalah dia sejak kecik. Belajar je tinggi-tinggi...kanan kiri....left right pun susah nak tangkap. Adeeeeh. Terpaksalah ikut jalan jauh....huh! perabih minyak sungguh....
Dari Jusco, Seri Kembangan balik semula ke Putrajaya. Adik saya nak ke BSN. Nak beli pin nombor UPU. Hah! Nak sambung study lagi lah tu....mahu lawankah? he he he
Balik rumah lebih kurang 3pm. Perut dah lapar. Baiknya keluar tapi tak makan kat luar. Konon-konon jimat bajetlah. Adik saya jer nak sangat makan ayam goreng kat Jusco. So, ayam goreng tu dialah yang beli. Dia cakap sedap. Bolehlah...ranggup....sedaplah jugak.
Sampai sahaja rumah terus masak nasi. Potong kubis, cili dan bawang. Petang tadi makan nasi putih + masak lemak kubis udang kering campur soohun + ikan masin tenggiri goreng + ayam goreng Jusco + air soya! Kenyang tersandar. Lepas makan adik saya tido...saya plak terus layan tv.
Pastu plan nak ke opis jam 5.30 petang. Terpaksa cancel. Putrajaya hujanlah pulak tiba2....ermmmm
Sekian, cerita merempit dihujung minggu bersama Cik Kamoo....he he he
CK : Banyak kisah di sebalik merempit nie.....kisah2 susah sebelum senang yg byk menyedarkan saya. Hidup ini kita perlu sentiasa sabar dan bersyukur....

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!