Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Ilham didakwa di bawah Akta Anti-pornografi yang membawa hukuman penjara maksimum 12 tahun dan denda sehingga AS$600,000 (RM1.83 juta)
Keputusan perbicaraan bekas penyanyi Peterpan itu akan diumumkan dua minggu lagi.
"Sebagai seorang artis, Ariel tidak memberikan contoh yang baik kepada masyarakat serta tidak mengakui perbuatannya.
"Dia juga berbelit-belit dalam memberikan keterangan semasa perbicaraan," kata pendakwa raya di Mahkamah Bandung, Jawa Barat di sini hari ini.
Semasa tiba di mahkamah, Ariel dikawal ketat oleh polis kerana bimbang keselamatannya terancam.
Di luar mahkamah, sekumpulan penunjuk perasaan di luar mahkamah berteriak kerana tidak berpuas hati dengan cadangan pendakwa raya.
Mereka tidak dapat menerima cadangan pendakwa raya yang disifatkan terlalu ringan dan tidak setimpal dengan perbuatan penyanyi popular itu.
"Kalau lima tahun hukumannya kami tidak boleh terima. Pelaku pornografi itu merosakkan moral dan harus dikenakan hukuman seberat-beratnya. Kalau boleh dihukum mati," kata seorang daripada penyelaras demonstrasi itu.
Sementara itu, pasukan peguam bela Ariel kesal dengan cadangan pendakwa raya itu.
Menurut seorang daripada peguam bela penyanyi itu, Boy Afrian Bonjol, semua saksi yang dipanggil memberi keterangan di mahkamah tidak langsung mengaitkan Ariel dalam dakwaan ini. Tetapi kenapa dia hendak dipenjarakan?," soal Boy. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!