Friday, January 21, 2011

Bila Cinta Kau Tumpah pada KERJA!

Assalamualaikum...

Bila kau rasa dh jatuh cinta dgn kerja, kerja blonggok pun kau rasa ok je! Kau boleh senyum-senyum walaupun kerja kau banyak gile! Kau tak gile tapi org lain yang gile tengok kau. Kau kerja macam esok tak akan ada!! Kerja kau tak stress tapi orang buat kau jadi stress tapi kau still ok lg. Itulah hebatnya kalau kau kerja dengan ikhlaskan hati!! Psiko diri utk fikir yang baik-baik & positif sahaja. Sebab kalau kau 'jatuh' dalam dunia kerja, jangan mimpi ada yg akan tolong melainkan diri sendiri! Kalau ada pun mungkin sahabat yang baik gile dengan kau, tapi dia bukan gile la!

Hidup ini kau kena positif. Terutama positif dlm kerja. Sebab kau akan jumpa dgn macam2 orang. Yang kadang2 buat kau jadi tension gile...even kau tak gile walaupun sedikit. Itu belum masuk lagi cerita bodek, ampu serta kipas mengipas dalam dunia kerja. Kalau kau bukan jenis mcm tu memang kau tak akan boleh terima. Oh! ingatlah kerja yang kau buat kena ikhlas, kalau belum ikhlas, belajar-belajarlah untuk ikhlas dan terima kerja ini sebagai satu ibadah. Kalau kau tak ikhlas dan tak terima kerja itu ibadah...sebab itu akan ada sahaja nak menipu. Oh! fikir tentang orang lain yang kerja dengan jujur. Satu lagi...kerja itu akan jadi darah daging sebab kau terima gaji dari kerja yang kau buat. Kalau kau bujang mungkin duit gaji tu kau makan sorang...habis kuat kau bagi kat mak bapak kau. Oh! sanggup ke kau nak bagi duit yang ikhlas dan menipu tu kat mak bapak kau! Sendiri jawablahkan. Kalau kau dah kahwin....jamu anak bini makan....erghhh sendiri fikir ok!

Kau tentu suka orang jujur dalam bekerja bukan. Tambah-tambah orang yang tak sembunyikan kebenaran. Dan sanggup mengaku kesilapan! Berapa ramai yang berani mengaku..."Itu silap saya....saya minta maaf!"

Tapi kalau kau kerja dgn happy...dgn senang hati...apa pun arahan kau ok sahaja! Apa sahaja masalah kau terima sahaja. Tak akan ada alasan bodoh mahupun tak logik. Bila orang-orang lama bercakap...."HIDUP DENGAN ALASAN KITA TAK AKAN BERJAYA, MALAH TAK AKAN PERGI SEJAUH MANAPUN!". Tak ada pun kau nak cakap benda bukan2. Selalunya kerja itu ok sahaja. Yang buat kita tak ok adalah.........[isilah sendiri apa yang buat kau rasa tak o.k!]

Sampai hari ini...kau perlu bersyukur bila kau adalah seorang pekerja! Sebab kau ada kerja! Sedangkan ramai gile yang kat luar sana sedang cari kerja. Tengah sibuk taip resume...tengah sibuk sediakan gambar ukuran passport...tengah sibuk buat salinan sijil SEMATA-MATA NAK CARI KERJA! Jadi bila kau dah ada kerja. Duduk diam-diam dan buat kerja. Tak payah mengumpat secara berjemaah. Sebab mengumpat ini kau akan nampak orang lain semua salah...orang lain semua buruk, sedangkan kau pun ada salah jugak dan kau pun buruk juga. Tak payah sibuk kerja orang lain. Sebab kau kan dah ada kerja sendiri. Cukup time makan...makan. Cukup time kerja...kerja [Nak mengular..itu ikut sukalah....janji kerja kau siap! Tapi agak-agaklah nak ngular pun]. Jangan bodek...jangan ampu...jangan kipas...apatah lagi guna air cooler! Oh! Sangat kesian pada orang lain yang bekerja dgn jujur...! Kalau kau bodek...ampu...kipas...air cooler...buatlah! Lepas kat dunia...akhirat belum tentu!

Kau bertuah sebab kau ada kerja. Bila ada kerja kau ada majikan. Kecuali kau buka company sendiri. Mungkin kau majikan dan kuli dalam satu masa. Jadi bila kau adalah majikan. Jadi bila kau adalah kuli. PROFESSIONALlah dalam bekerja. Majikan suka. Kuli pun suka.

Jadi kerja ini akan buat kau happy! Mengeluh sikit2 adatlah...sebab kau dan aku manusia! Tak pernah rasa sempurna...apa yang dicakap sebenarnya..."AKU SUKA KERJA AKU" Itu sahaja yang nak dicakap sebenarnya. Penat tapi aku terima dengan penuh rasa terbuka dan rasa syukur! Alhamdulillah .... Allah kurniakan kerja yg cukup baik buat diri masa sekarang ini. Kalau tak bersyukur lagi...tak tahulah apa yang dihendakkan lagi sedangkan ada orang lain yang tak ada apa yg kau ada!

Kau fikirlah sendiri. Jangan tunggu orang berubah. Sebab mereka tak akan berubah...jadi kau yang perlu berubah utk jadi lebih baik....bukan utk sesiapa tp utk diri sendiri...keluarga....organisasi....negara dan agama.

Kau belum cukup baik....dan fikirlah untuk menjadi yang terbaik....[sedang fikir!]. Jangan peduli apa yang orang perkatakan tentang kau...peribadi kau...dan kerja kau...sebab orang bukan tahu pun yang sebenarnya apa. Apa orang tahu adalah mengumpat kau dengan senang hati. Oh! Tak kisah pun....kau happy saja sbb hanya kau yg tahu apa terjadi. Janji kau buat kerja kau sampai siap. Tentu malam kau akan tidur lena!



CK : Note yang saya tulis di facebook saya...bila amat kecewa dengan politik pejabat maka lahirlah semua ini. Maafkan kekhilafan saya andai kalian terasa hati. Saya sekadar meluahkan rasa untuk meredhakan keresahan hati.....itu sahaja!

3 comments:

  1. tunggu 4 tahun lagi..baru dapat rase pengalaman kerja yang sebenar..hehe

    ReplyDelete
  2. salam..seharusnya begitu,,jangan fikir sangat apa org nak kata selagi kita di jln yang betul..selebihnya tawakal lepadaNya

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!