Aku tak faham kenapa boss aku malas? Malas tapi boleh jadi boss ... lagi aku tak faham kenapa? Nak kata dia bijak, ermmmm ramai orang office aku cakap boss aku nie bodoh sombong. Tak cerdik tapi berlagak bagus. Hah, lantaklah dengan apa yang orang cakap ... malas ke bodoh ke ... sombong ke .. hakikatnya dia boss aku. Dan kerana sifat dia tu, aku sepanjang masa terpaksa berwaspada.
Waspada.
Sentiasa tulis apa yang dia cakap. Bagi ada hitam putih. Sebab? Aku pernah 'ditikam' oleh boss sendiri. Nasiblah jadi anak buah! Sejak itu, aku terus berubah. Dia bukan boss yang tahu nak defence unit sendiri. Dia je betul ... yang anak buah buat cantik, baik tapi dia yang dapat nama. Yelah, nama pun dah boss kan!
Petang nie dia buat satu perkara yang dia biasa buat. Segala dokumen yang dia minta aku sediakan. Dan aku akan tinggalkan nota supaya dia baca. Dengan harapan dia takkan tanya aku berulang kali soalan bodoh dan aku perlu jawab semua tu. Aku takdelah cerdik mana ... tapi rasanya tak sebodoh dia kot ;=) Cuma aku takde rezeki nak jadi boss lagi ... ha ha ha kenyataan tak boleh blah langsung!!
Malang!
Malang sekali dia pemalas sangat nak baca nota yang aku bagi. Lepas tu panggil aku untuk bagi jawapan yang memang aku dah tinggalkan pada nota di setiap dokumen. Apakah? Ye, sebab dia boss ... aku jawab juga soalan dia walaupun dalam masa yang sama aku terfikir, "bangang je bagi jawapan yang dah sedia ada depan mata!". Itu adalah antara contoh kemalasan dia. Minta Allah jauhkan aku dari kemalasan. Amin!
Walaupun ramai orang kutuk sikap buruk boss aku termasuk aku sendiri pun kadangkala kutuk dia bila dia cuba bagi aku naik angin dan aku pun mula memuntahkan lahar! Macam gunung berapi. Nasiblah kau boss dapat staff macam aku ;=)
Dalam masa yang sama, dalam tak suka sikap boss sendiri, aku selalu tazkirah diri sendiri ..."macam mana pun dia boss, cuma hati-hati jangan sampai terjerat leher sendiri!".
Pernah kena, jadi aku sentiasa waspada! Okey boss ... bye ... ha ha ha
CK : Nak buat muka toya dengan aku, lastly ko datang juga menyembahkan ..... jangan berlagaklah kalau kita tak pandai. Minta diajar, orang boleh ajarkan!!
Report je. Hahaha.
ReplyDelete