Untuk seseorang yang pernah baik giler dengan aku suatu masa dulu
Hari ini aku nak ucap terima kasih sangat-sangat dekat kau!
Terima kasih kawan ....
Aku kenal siapa kau dalam hidup aku. Kenapa Tuhan temukan kita untuk menjadi kawan.
Rupanya kau tak suka kalau aku lebih dari diri kamu.
Dan, hari ini kau tunjukkan kebodohan diri dengan melakukan sesuatu yang sangat tidak professional!
Kau calitkan orang lain hanya kerana kau sudah mula tak suka diri aku.
Kau mudah lupa
Dulu, kau umpat orang sana
Hari ini orang sana kau jilat sehabis jilat!
Dulu, kau keji sehabis keji orang sana.
Kau gelar macam-macam ... aku senyum tika itu
Hari ini makin ketara, dan kau seolah terasa enak menjilat ludah sendiri yang sudah basi. Barangkali!
Apa pun kau buat pada aku hari ini dan sebelumnya ... percayalah, aku tidak akan balas.
Sebab aku bukan pendendam
Aku akan terus senyum ... kerana senang, susah payah aku bukan di tangan manusia
Tapi, atas kehendak Allah swt.
Aku masih anggap kau kawan
Bukan untuk tunjukkan diri aku baik sedangkan kau tidak anggap aku begitu
Aku anggap kau kawan kerana dulu kita pernah menjadi kawan.
Cuma satu, kau jangan risau .... rahsia engkau aku pegang. Aku simpan.
Rahsia aku, terpulanglah sama ada kau amanah untuk pegang & simpan atau kau selesa untuk jajakan!
Kau sudah ada ramai kawan sekarang ... semoga kau bahagia!
Cuma, adakah kawan-kawan sekeliling kau sekarang akan ada waktu susah dan senang nanti?
Atau ... hanya kawan sewaktu gembira dan mengata bersama???
#Kau tetap kawan di hati aku ... walau ada jurang yang kau cipta ;=)
#Biar di mana pun aku dilempar atau dipulau sekalipun ... Allah masih sayangkan aku. Dia masih hadirkan manusia lain menjadi teman, kawan dan sahabat dalam hidup aku. Terima kasih Ya-Allah!
CK : Sujud syukur lepas nie sebab dah tahu ... orang anggap kita serupa musuh, sedangkan kita tiada anggapan begitu buat sesiapa!
Salam Ukhwah :)
ReplyDeleteseronok baca entry cik kamoo.
walaupun die dah jadi begitu ck tetap sabar. ye, bukan nak tunjuk baik. tapi lebih baik biarkan aje org seperti ini.. lambat atau cepat pasti die akan sedar, Allah tetap bersama kita, susah & senang :)
Take Care CK !!
assalamualaikum CK....insyaAllah Allah sentiasa adakan...;)
ReplyDeletehmm... memang ada kawan yg mcm tu, dia kawan ngan kita sebab dia nak tunjuk dia lebih dari kita. dan bahagia bila dia lebih dari kita.
ReplyDeletesabar k. akak pun ada jugak kawan mcm tu. tapi akak buat derk ja. malas nak fikir. kekadang datang jugak angin menunjuk nunjuk tu. tak pe. berbaik sangka k.
jika dia boleh bahagia dan gembira sebab buat mcm tu kat kita, semoga Allah gantikannya dengan kebahagiaan kita yg berlipat ganda.
berbaik sangka K.
doakan agar dia berubah..
tag kamu
ReplyDeletehttp://lovingwantie.blogspot.com/2012/11/first-giveaway-by-irsya-healthy-house.html
mmg rmai mnusia yg hipokrit dn tikm blkg camni... sabajelakan..
ReplyDelete