Pernah pergi Tanjung Dawai?
Kalau tak pernah, meh aku bawakan secara maya ...heeeee! Tanjung Dawai nie terletak kat Negeri Kedah, negeri aku le teww ... dekat-dekat area Singkir Laut ... Bedong sana ... atas sket pada Yan, Kedah! Tak faham sila tengok google map ye. huuuu
Masa balik raya haji baru nie, aku jadi driver untuk ayah dan bonda. Ayah dah tak mampu nak drive jauh-jauh lagi dah. Dia cepat rasa pening nak pitam. Biasalah umur pun dah lanjut, keadaan kesihatan dia amat membimbangkan aku. Tapi itu, aku nie jauh sangatlah daripada dia ;=(
Perjalanan dari Alor Star ke Tanjung Dawai mengambil masa lebih kurang 40minit ke sejam. Bergantung kepada kelajuan kenderaan anda ;=)
Ayah ajak aku pi Tanjung Dawai. Katanya nak cari ikan kering banyak-banyak untuk menu tambahan masa kenduri nanti. Kat Tanjung Dawai, ikan keringnye masih baru dan boleh dikatakan agak murah. Kat sini, kalau nak beli ikan kering mesti terbaiklah ... tapi kalau nak cari belacan, mak aku kata kurang sedap belacan Tanjung Dawai. Mak aku kata belacan Simpang Kuala lagi sedap. Mak aku la kata ...
Tengoklah ikan bilis nie ... geram aku tengok. Macam nak borong semua je. Aku nie dah la peminat bilis goreng dengan sambal bilis. Ikan bilis memang wajib ada kat dalam fridge. Aku suka simpan ikan bilis dalam fridge, sebab bila digoreng dia akan lagi rangup ... krupppp krupppp krupppp.... haaa camtulah gayanye ;=)
Yang bergantung-gantung nie ikan tenggiri masam tau. Setiap bungkus tu cuma harga RM10. Aritu aku beli juga sebungkus, tapi tauke dia .. Kak Ta, bagi aku cuma RM5 je. Sebab katanya kitaorang dah beli banyak ikan kering, itu yang dia bagi diskaun. Kalau korang pi Tanjung Dawai, pergilah dekat Kedai Kak Ta nie, no. lot aku dah lupa ... tapi papan tanda kedai dia ada tulis Kak Ta tak salah aku.
Kakak nie sangat peramah dan tidak kedekut orangnya. Murahlah rezeki akak moga moga! Haritu dia siap bagi ikan kering free lagi dengan keropok kering ....freeeeeeeeeeeeee rezeki jangan ditolak. Ambil je masuk plastik he he he
Selain ikan kering, dekat kompleks perniagaan di Tanjung Dawai nie juga ada jual keropok kering dan keropok lekor. Tapi tak suggest sangatlah ... bagi tekak aku kurang sedap sket. Banyak tepung dari ikannya. Korang borong je ikan kering banyak-banyak ... yang nie memang aku suggest kat korang.
Lepas penat shopping ikan kering, maka aku ... ayah dan bonda bergerak balik. On da way balik, kami singgah makan tengahari dekat Naim Gulai Sembilang Tanjung Dawai ... yang nie nanti aku cerita, betapa sedapnya gulai sembilang dia ... tunggu tau. Nanti aku cerita ...
Kalau pi Kedah, jangan lupa pi Tanjung Dawai tau .... boleh borong ikan kering ;=)
CK : Dah start buat entry autopublish.
penah pi 1x je tg dawai.tu pun g mkn je..masa outstation...sekarang ni takde chance la nk p lag..da kawen ni...bos tak bg outstation da kot..bg chance dekat adik2 bujang..hehe..eh..nk kirim boleh..=) pos le kat kl...
ReplyDeleteye. sy juga suka akan ikan bilis! krupp krupp! hahha
ReplyDeleteMenarik2.
ReplyDeletewow!
ReplyDeletesalam cik kamoo...bestnye boring ikan kering...udang kering best2 tak. kros mmg plan nak p sabah ni sblm blk msia utk borong udang kering tapi kalau @Tg dawai lagi urah & segar better p beli sana noo. alang2 pun mmg nak blk kulim gak. walla!!!tq so much for the info. sib baik baca N3 cik kamoo ni.
ReplyDeletekite kalau pergi mesti nek boat dari pantai merdeka. bayar RM3 jer.
ReplyDeletememang suka beli ikan kering kat sini. sebab ada ikan gelama masin yang telah di buang perut. suka..
@MAY Boleh je nk kirim, kalau sy balik kedah lagi sy announce kat sini utk sape yg nk kirim...hheheheh
ReplyDelete@kura eh, samelah kite ;=)
ReplyDelete@Pizli Mat Wazip nk kata menarik sgt idak la....kompleks dia kecik je
ReplyDelete@:: Mrs.Eady :: ;=)
ReplyDelete@rostina76 nti jgn lupa pergi borong tau
ReplyDelete@wantie waaa tak pernah naik boat lagi kt situ....
ReplyDeleteTak ponah sampai sini.
ReplyDelete