Sunday, November 25, 2012

SAMBUNG CERITA MAJLIS KAHWIN MY SISTA

Assalamualaikum ...




Bersambung citer lama .... hari tu ada cerita sket kat sini <---- pasai majlis kahwin adik aku awal November. Dah penghujung November baru aku sambung. he he he ... sibuklah katakan. Masuk kerja mood turun naik. Jadi mood blogging turut sama turun naik gak ;=)


Aku sambung cerita nie masa hari akad nikah adik aku. Adik aku akad nikah selepas Zohor. Masa hari dia akad nikah tu, 10.11.12 ... tarikh cun tu, ada sepasang lagi bakal diijabkabul jugak. Cumanya dorang buat majlis kahwin bulan Disember. Majlis kahwin adik aku plak, esoknye!



12.45 pm, ayah aku dah gesa anak-anak dia dan sedara mara ke masjid. Tinggal mak aku, SIL dan beberapa orang kampung dekat rumah. Nak settlekan bab makan selepas selesai majlis akad nikah. Sian mak, dah 3 kali anak dia kahwin ... tak kesempatan dia nak pergi masjid. Cuma ayah aku je lah sbb ayah yang nikahkan adik-adik aku. Anak ayah! Macam mak dia ok je ... dia cakap takpe, janji semua selamat.


Okeh, selamat sudeh ... adik aku selamat menjadi isteri orang dengan 2 kali lafaz tak salah aku. he he he aku berdiri depan ayah aku. Itupun tak berapa jelas dengar. Mulanya my BIL tu lajunyelah dia lafaz ... pastu imam cakap, sekali lagilah! Kali kedua tu ... sah! Yeeeeeeeeehaaaaaa habis debaran. Muka pucat sebelum akad. he he he


Time nak sign sijil nikah, ayah plak lupa bawa cermin mata. So, abang aku amek part ayah bawa sijil nikah tu untuk adik sign. Adik sulung aku dulu semua ayah yang uruskan. Time aku plak?? Entahlah camnekan ....


Akadnikah dah selesai! Balik rumah sesi makan-makan dan bergambar ngan kengkawan dan sedara mara kedua-dua pihak. Gambar kt atas tu pengantin dan kengkawan. Selesai bab akadnikah ... sibuk plak untuk majlis sanding keesokan harinya. Aku kepenatanlah sangat. Rasa nak pengsan semua ada. Tapi ku gagahi juga sebab hati aku yang kesian dekat my mom and dad yang dah tak larat tu.


Ayah aku cam nak pengsan, sebab diakan kencing manis ... so ada masanya dia rasa tak larat sangat. Mak aku macam biasalah, ionlady ... semua benda dia nak buat walau tak larat. Aku suruh dia rehat ... dia rehatlah kejap. Pastu dia bangun, dia plak suruh aku rehat .... ha ha ha cam kelakar plak!


Malam sebelum majlis kahwin, kul 11pm aku sibuk buat rendang ayam cili api untuk dijadikan menu pengantin. Lauk tambahan la. Mak aku suruh! So, aku layankan ajelah ... nak kata sedap itu idaklah. Tak pernah aku masak sampai 5 ekor ayam. Selalu buat 2 ekor ayam je. Bolehlah, jadilah juga ... part rasa yak berapa pedas sangatlah. Kot nanti pengantin sakit perut plak ... he he he


Sambil masak rendang tu, aku ... my adik sulung & hubby dan abang aku sibuk membungkus telur kat pokok bunga tuh. Sempatlah siap dalam 150 biji telur ... selebihnya aku suruh anak buah aku isi telur rebus dalam kotak je. Senang! Lagipun dah ada orang kampung hantar pokok bunga telur nie. Cumanya tak semeriah dulu la.


Seingat aku, masa abang kahwin tulah saat paling best! Malam, orang kampung datang rumah ... hantar kuih dan bunga telur. Buat kerja sama-sama. Cuma takde istilah berinai ajelah. Abangkan ... lelaki ... hu hu! Masak air gula ... masak air putih la ... aish bak kata macam-macamlah. Sedara mara pun ramai. Skang zaman dah berubah, sedara mara pun sibuk ... orang kampung yg tua2 selalu tolong semua dah sakit dan ada yang dah meninggal dunia (Al-Fatihah). So, kemeriahan tu tak terasa sangatlah. Cuma tinggal kami adik beradik je memeriahkan suasana ;=)


Selesai buat bunga telur, yang perempuan-perempuan sibuk siapkan hiasan pinggan untuk menu pengantin. Senang buat siap-siap ... rendam dalam air dan masukkan dalam fridge. Biar dia kembang dengan cun terutama bunga cili tu. Esok tu tak perlulah kelam kabut.


Malam tu memasing tidur lambat dan jam 1.30am ... lembu disembelih. Abang & anak2 dia ... BIL aku sibuk pergi tengok lembu kena sembelih tu. Masa abang aku kahwin, lembu disembelih kat belakang rumah aku je. So, aku boleh tumpang tengok. Kali nie, lembu tu sembelih kat rumah jiran aku ... tak dapatlah tengok. Kul 2.30am baru aku masuk tidur! Penat ... sakit pinggang semua ada!!!


Pagi tu aku bangun awallah jugak ... 6am! Hari kenduri kena bangun awal ... kang orang kampung datang buat kerja, ko dok tidur lagikan. Orang kampung 6.30am dah datang untuk lapah dan potong daging lembu untuk dimasak. 

Kebiasaannya, pagi hari kenduri ... orang kampung yang buat kerja tu akan dijamu makan dengan pulut kukus dengan ikan kering serta sambal ikan bilis. Cam dalam gambaq kat atas tu. Pulut tu aku yang punya, so ada extra rendang ayam la plus kari telur rebus aku masak .... lauk tambahan... he he he


Aku tak tahu tempat lain macam mana, cuma aku perasaan masa abang aku kahwin, adik sulung aku dan adik yang bongsu nie ... dah macam satu tradisi tetamu akan dijamu dengan pulut kukus pada pagi kenduri. Eh, tak ngantuk ke? Orang kata makan pulut nie ngantuk ... he he he


Selesai mandi, makan ... aku start sambung tugasan yang mak aku amanahkan buat aku. Masak satu jenis lagi lauk pengantin! Aku decide buat udang tempura je. Senang. Nak buat udang butter tapi sehari sebelum pergi cari unsalted butter dan susu penuh krim non hado. Akhirnya, jadi udang tempura je! Harap adik aku yang jadi pengantin tu sukalah ... ke ko tak lalu makan dah dik???


Rasa bangga sekejap sebab menu yang aku masak dihidangkan atas meja makan pengantin. Mak cakap, "oklah tu ... kira akak dah berani masak banyak-banyak utk bg orang lain makan!". Aku senyum je .... dalam hati, hai kesian mak aku. Dia penat. Ayah pun ... ;=(


Kenduri kahwin memang memenatkan. Tapi ada kepuasan di situ kalau kita buat sendiri. Aku dah lalui kepenatan 3 majlis kahwin adik beradik aku. Aku puashati sangat sebab dapat sumbang kudrat aku yang tak seberapa. 


Cumanya, paling penat kenduri adik bongsu akulah. Periuk besar ... kuali besar semua aku hangkut basuh ... tak tergamak tengok mak ayah nak buat semua tu. Bagilah dorang rehat kejap. Dorang pun dah tua tak macam dulu lagi, aku yang muda nielah kena kerah tenaga sket .... walau sakit pinggang jangan cakaplah. Masa tidur nak gerakkan badan pun tak boleh. Sebab itulah aku amek cuti panjang ... bukan untuk sesiapa pun tapi untuk darah daging sendiri especially mak ayah. 


Walaupun abang aku bising-bising aku nie belum nak kahwin la dan cakap hal bukan-bukan yang dia tak tahu kebenarannya ... Tapi aku bersyukur sangat, bila masih single aku mampu memberi kudrat buat mak ayah disaat mereka memerlukan. Aku boleh balik 2-3 hari awal masa kenduri kahwin tanpa apa-apa halangan sebab aku sorang diri. Aku boleh juga berkorban buat adik beradik aku tanpa nak harap apa-apa balasan. Cakap-cakap abang aku tu, aku telan je walau kadang hati sakit juga. Aku malas nak fikir sangat ... jodoh itu rahsia Allah. Jika kita dah usaha, merancang ... serahkanlah segalanya pada Allah swt. Sampai masanya, tepat orangnya .... akan adalah nanti! Kalau tiada, mungkin Allah swt dah rancang yang terbaik buat hidup aku. In Shaa Allah ....



Oppppsss teremosi kejap. Memang emosi pun. Itulah hakikatnya. 


Selepas 3 hari majlis kahwin adik aku, aku pun balik .... sebelum tu siap singgah Penang naik Bukit Bendera! Nanti aku cerita ..... he he he






CK : Demam dah baik dah sket .... time utk rehat!




1 comment:

  1. Wah...air tangan kakak jadi hidangan. Bunga telur. Haish... dah makin dilupakan....

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!