Saturday, November 17, 2012

CERITA DARI HIGHWAY PLUS KE UTARA ...

Assalamualaikum ....




Happy weekend kengkawan ;)


Mood nak berblog dah mai, masa pun ada ... so, ingat hari ni nak buat entry sepanjang highway Plus la kalau mampu. muahahha ... aku cuba nak cover segala cerita sepanjang ketiadaan aku di blog picisan  nie ... cheeewah. Bermula di highway Plus sampai la kat Aloq Staq sana. Jauhnya la ... dan maybe panjang plak cerita nie. Cerita ini adalah permulaan bagi persiapan majlis perkahwinan adik aku yang dah selamat pada 10.11.12. Alhamdulillah, dia dah jadi isteri orang ;) Semoga kekal bahagia till Jannah my dear sista! Akaknya bila lagi ???


Pagi sebelum bergerak amek adik aku dan anak-anaknya, aku bangun 5am ... malam tu aku tidor kul 2am sebab pack segala baju. Aku ni kalau pack baju suka sangat buat last minute ... memang macam tu lah selalunya. Nasib baik aku rasa macam dah cukup tidur dan rehat. Nak drive 6 jam nie, tapi tidur sekejaplah sangat. hu hu. Kebiasaannya, kalau aku balik kampung drive sendiri dan ada penumpang ... aku akan masak utk bekalan. Pagi tu aku masak nasi, daging masak kicap, sup tulang dan ikan pari goreng. Cukuplah untuk kami 4 orang!


Dah bawa anak-anak aku memang malas nak berenti beli makanan kat R&R, bukannya apa ... kang nak memilih makan tu satu hal, bazir masa je! Baik masak je. Lebih mudah ... suka tak suka kena makan juga bekal yang dibawa. Lagi satu ... duit pun jimat! ha ha ha


8am, adik aku dah call ... terus aku pecut ke rumah dia. Siap pasang baby seat dalam myvi aku ... jam 8.45am gerak ke Petronas Presint 11. Isi petrol bagi full ... beli air mineral, nescafe dan roti untuk breakfast. Bajet memang takmolah benti lagi awal-awal, kalau boleh nak benti kat R&R masa nak lunch je.


9.00am dah start kuar dari Putrajaya menuju ke Highway ELITE. Nasib baik malam sebelum gerak aku dah top up touch n go RM100. Tak perlu fikir lagi nak kuar duit kecik kat tol lagi ... mudahkah? Bilalah nak beli smart tag plak ... lagi mudah rasanya ... he he he


Alhamdulillah, highway sangat lengang ... boleh memandu dalam keadaan selesa tanpa memecut dan kelam kabut walaupun hari tu adalah hari bekerja.  Patutnya mesti sesak, tapi Allah dah permudahkan segalanya. Terima Kasih Ya-Allah ...


Balik berteman nie seronok tau ... especially bawa adik sulung aku nie, dia rajin borak sket ... kira ngam ngan aku. Anak dia si Danny pun rajin pot-pet pot-pet. So, aku memang tak ngantuk ... drive dengan ceria dan bertenaga ;)


500 meter sebelum sampai ke R&R Sungai Buloh, adik aku suruh berenti .. si Dumok kecik tu bery bery plak. Urmmmmm harum satu kete tau. Nasib baiklah dekat sampai R&R dah, cepat-cepat pecut cari toilet, memang mudah ... masuk je dah ada parking. Walhal kereta punyalah banyak. Law of attraction, Alhamdulillah semuanya nampak mudah sangat hari tu termasuk cuaca! Tak hujan macam selalu ... langit cerah membiru.


Sampai R&R terus adik aku bawa si Dumok pergi basuh bery bery dan tukar lampi sekali. Sekejap je pun berenti, tak sampai 1/2jam. Siap-siap semua terus pecut dengan kelajuan maintain 110km/jam. Sesekali tersasar ke 140km/jam. Sorry polis ... ada AES tak erkkkk kat PLUS?? he he he dah berlalu baru nak tanya, tunggu surat saman ajelah kalau ada. ha ha ha



Dengan kelajuan yang maintain tu ... mula perasan macam F1 plak aih, hu hu kami sampai dekat Bukit Semanggol (bukit ke gunung yek ... selalu ulang alik pun leh lupa. teruklah!) yang berdepan Bukit Merah. Sampai dalam jam 12.25pm kat situ. Berenti kat wakaf dan start buka bekalan makanan. Jom lunch ... he he he


Ini bekalan makanan tengahari yang aku bawa. Makan beramai syok. Dengan Si Dumok tu, sekali suap menganga luas-luas je mulut dia. Dia nie memanglah kuat makan, so kitaorang panggil di Dumok sebab keadaan badan dia yang debab tuh. Hidangan tak sempat nak snap sebab perut dah lapaq sangat time tu. Hati plak dah laju sampai kampung.


Inilah si Dumok bam bam aku. Dia sangatlah baik. Cumanya skang nie dia kena chicken pox habis satu badan. Apa lagi memerap ajelah kejenya. Sian sangat. Chicken pox ni kan akan buat semua sendi rasa lemah dan sakit, so tak dapatlah Si Dumok jenjalan keliling rumah Tok and Wan dia, asyik jalan jatuh je.


Lepas lunch, terus memecut lagi ... bajet sampai kat kampung jam 3.00pm. Zohor kat rumah ajelah senang. Nasib baiklah aku tak mengantuk masa drive, kali ni berenti lagi kat Gurun ... isi minyak, sebabnya tengok dah tinggal 3 bar. Kalau nak ikut, cukup je sampai kampung aku kat Aloq Staq tu. Tapi aku nie malas dah balik rumah nak kuar-kuar lagi isi minyak kete. Aku isi kat Putrajaya kasi full dalam RM40. Masa kat Gurun pun aku top up lagi RM40.


Teruskan perjalanan ... dan Alhamdulillah, kami sampai kat rumah kampung tepat 3pm! 6 jam aku drive weh, kuar dari Putrajaya 9am dan sampai kampung 3pm! Hebatkan ... ha ha ha boleh upgrade cara pemanduan agar jadi sehebat F1. Berdesuuuup kot sampai kampung nanti ;)


Si Dumok keletihan, macam dia plak yang drive ... lena diulit intan anak buah aku yang sorang nie. Syok la hang, tidur dalam buai .... syooooooh jauh sket, kasi can driver nak tidur plak nie ... ha ha ha


Aktiviti di kampung sebelum hari majlis adalah makan ... makan ... makan ....!! Tak diet ke? Okeh, kita cuti diet ye anak-anak. Namun, pengambilan nasi di bawah kawalan. Setiap kali makan, nasi cuma setengah senduk sahaja. Lauk pauk, sayur mayur ... ulam ulaman, ko makanlah sampai kembung .... takpa!!



Sayur keladi ikan rebus!! Pernah rasa?? Mak aku masak ... guna keladi minyak. Sedap weh, dulu masa adik sulung aku kahwin, inilah menu dia yang jadi sebutan para tetamu. Sampai adik bongsu aku nie kahwin pun para tetamu dulu yang pernah datang siap tanya, "buat tak sayur keladi ikan rebus kenduri nie?". Baik punya penangankan?? Sedangkan 6 tahun dah berlalu tapi masih ramai ingat menu nie!  Adik sulung aku pun dah anak 3 orang weh ....


Menu kampung! Kau hadoooo?? Takdo kan?? Menu kampung ni pelik pelik tapi sodap. Habis camne ko nak diet kalau balik kampung. Kalau kau memang iman tebal gila menahan godaan, Insya Allah ... diet on dengan baik. Iman aku tak tebal ;( 


Ulam putat kedun, sambal belacan ikan rebus, sayur keladi ikan rebus, pekasam celup tepung dan ikan goreng! Semua nie buat aku kunyah 44kali sebab nak bagi kenyang betul-betul ... takmo tambah nasi. Nasib baiklah taktik aku nie berkesan. Yang aku dok tambah sayur keladi ngan ikan pekasam tu je. Alhamdulillah tetap kenyang. Mak aku dah memahami diet aku skang, aku makan setengah senduk nasi dia dah tak cakap apa dah. Dia tahu niat anak dia nie .... nak kurus leteeeeewwwww!!!



Sehari sebelum majlis akad nikah, semua berlonggok depan ayah aku. Tolong tengok ayah aku kupas umbut kelapa. Nak buat kerabu untuk majlis makan-makan lepas akad nikah. Lauk kampung lagi. Tapi sorry la tak sempat nak snap kerabu umbut kelapa dengan kerang tu. Sedap tau!!! Aku nie semua sedap ... ha ha ha, tapi dah betul sedap, aku cakaplah sedap ... betoi dak??

Umbut kelapa yang dah siap dikupas. Boleh makan camtu je ... lembut dan sedikit manis. Ada juga daun kelapa yang masih pucuk yang sangat muda ... itu pun boleh kunyah camtu je. Sedap .... eh, sedap lagi he he he


Ini pun sehari sebelum akad nikah juga, orang kampung datang beramai-ramai siapkan acar buah. Acar buah nie tahan lama .. kebiasaannya akan dibuat 2 hari sebelum hari kenduri. Biar segala perencah tu masuk dalam buah-buah berkenaan. Acar buah nie buat sekawah je. Bukannya orang makan banyak macam makan masak lemak tu. Ini cuma pelengkap menu je. Acar buah nie sangat popular di Kedah ... maksud aku utaralah ;)

Mak aku pun pandai buat acar buah nie, tapi anak dia tak pandai buat okey, jadi jangan ada yang gatai nk suruh aku buat pula ... macam member office aku tu tetiba suruh aku buat cucur peneram, walhal aku nie tahu makan je pun ;)


Sehari sebelum akad nikah juga, orang pelamin datang hantar dan pasang pelamin ... bila tengok kusi tu terus aku cakap adik aku, "pesal ko amek kusi camnie ... aku dah book awal2 nak wat style nie tau ... ha ha ha" berangannya lah kakak ko nie .... Aku sangat suke pelamin adik aku nie. Putih, suci, murni dan simple.....sweeeeeeeeeeeeeeettttt.


Rasa panjangnyalah hai entry nie, nantilah sambung lagi. Sakit pinggang dah dok menaip nie. Idea pun dah kering. Banyak lagi kot cerita yang aku nak cover, macam retis kot. he he he. Cerita hari akad nikah, hari kenduri dan hari bertandang .... tengoklah kalau rajin ya!! Jumpa lagie ... he he he






CK : Syoooknye kahwin dah ;)


2 comments:

  1. Haha...kalau ada baby bery bery dlm keta memang bau sangat harum...

    Anak akak yg kecik tu.. Selalu melepas dlm keta. Dengan a/c memang wangi. Wangi la sangattttt

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!